| Kenalan Hanzsensei |

Update

Update.
Jenguk sekejap.
Tenung post lama-lama.
bah, ada sudah idea.
Nanti taip.

Assalamualaikum. Permisi. :)

Aku Suka Pedalaman

Akhir post di blog ini adalah pada 12 September 2013. Oh, rupanya sudah lebih setahun tidak update.
............................................

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Menjadi seorang pendidik. Sudah setahun dan 5 bulan.
Dikelilingi bukit bukau. Hijau hutan. Padi bukit cantik tersusun.
Kawasan pedalaman Sabah. Tambunan. SMK Desa Wawasan namanya.



Banyak perkara telah dilalui sepanjang bergelar pendidik. Jiwa terdidik dan merasa masih kurangnya ilmu yang ada pada diri ini. Pengalaman sedia ada dan baharu digabung jalin untuk menghadapi hari-hari seterusnya. 

Teori dan realiti. Nampak sama tapi tidak serupa. Hakikat yang setiap hari aku hadapi. Yang pasti realiti lebih mencabar. Dan ada yang menjadi mudah. Dan aku suka. 

Suasana berbeza dari tempat asal. Awalnya memang bisa. Bisa kerana menahan dinginnya alam sekeliling. Setiap pagi, tubuh ini sudah lali dengan dinginnya air sejuk, asalnya dari sungai. Alah bisa,tegal biasa. Dan pastinya aku suka.

Anak-anak kampung. Kebanyakkannya orang Dusun. Kulit putih melepak. Itulah anak didikku. Pemikiran mereka masih mentah. Mudah terpengaruh. Baharu dengan isu dunia. Namun celik dengan hiburan. Yang pasti,aku perlu mendahului mereka. Supaya faham apa yang ada dibenak hati mereka. Agar menjadi orang kampung yang genius. Dan aku suka.

Sekolah menggunakan separa elektrik talian dan janakuasa enjin (genset). Begitu juga dengan asrama. Bukanya genset jam 500 pagi dan 600 petang. Tutupnya pada jam 400 petang dan 1100 malam. Apa yang aku suka, dengan kurangnya aku menghadap teknologi, aku sudah menjadi ulat buku. Dalam sebulan, aku bisa menghabiskan 4-5 buku. Dan aku pinjamkan kepada anak-anak didik. Dan aku sangat suka.

Banyak yang aku suka berada di sini. Jauh dari pikuknya kota. Tenang jiwa dan segar sentiasa. Ya,aku suka.
Terima kasih Allah.

FH : Siapa kata pedalaman tidak best? Mari aku tumbuk muka satu-satu. Negatif seja. Sampai bila mahu akal di bawah tempurung kepala?

Jambatan Ilmu


" Ustaz, buka bilik ICT ka?"
" Buka kejap lagi jam 11 (pagi) nanti. Mo main game ka ini?"
" Nda. Mo pinjam buku ustaz"
" Buku apa?"
" Tu novel sejarah Islam, Sallahuddin Al-Ayubi"
" Bah,bulih seja. Kalo mo pinjam, syaratnya jaga ia bagai harta dan nyawa sendiri ya. hehe.."
" Boleh bah ustaz!"

Memang tidak dinafikan, buku karangan Pak Latip mudah difahami. Senang dihayati. Tidak berat. Apalagi dalam memahami susun galur sejarah pejuang-pejuang Islam yang membakar semangat dalam bentuk kerangka novel dan penceritaan yang menarik. 

 Pemandangan dari dewan sekolah

Mungkin juga antara faktor mendorong semangat membaca ini kerna faktor suasana dan tempat. Aku dihantar mendidik generasi muda di pedalaman sana dalam suasana yang berbeza daripada tempat asalku. Cuaca yang sentiasa sejuk dari malam hingga ke pagi. Kawasan sekolah yang dikelilingi bukit dan punya anak sungai yang tidak jauh dari tempat tinggalku.

Tambahan, faktor jana kuasa elektrik yang masih menggunakan dua enjin trak atau sinonim dengan nama genset yang membekalkan elektrik ke seluruh kawasan sekolah punya limitasi. Jam 5 pagi hingga 11 malam adalah masa operasinya.

Dan faktor utama juga adalah kurangnya penggunaan internet. Bukan kerna mereka tidak mahu menggunakan tapi kadar penerimaan yang terhad dari pemancarnya. Terkadang aku gunakan internet untuk keperluan program dan pendidikan hanya pada masa kemuncaknya tiba. iaitu seawal pagi ketika genset dihidup dan pada petangnya sebelum genset direhatkan (tutup).

Ya. Itulah faktornya. Maka untuk menghilangkan rasa bosan dalam ketiadaan kemudahan inilah aku bertekad mahu menghidupkan kembali jiwa dan akal ini. Setiba di bandaraya KK, dengan hanya niat untuk membeli buku soalan dan latihan pelajar sahaja. 

Benakku sentiasa berfikir, "Aku tiada apa-apa. Jika ada ilmu yang bisa membuka hati mereka untuk sentiasa berjuang dalam hidup, inginku mencarinya. Tapi apa?"

Terlintas di fikiranku suatu filem kontroversi "Kingdom of Heaven" yang mencetuskan idea untuk mengenali si penakluk Jerusalem, Sallahuddin Al-Ayubi.

"What is Jerusalem's worth?"
" Nothing...Everything!"

Bermula dengan Novel Sejarah Islam berjudul Salahuddin Al-Ayubi karya Pak Latip (Abdul Latip Talib) aku mulakan misi membaca kembali. Plot cerita yang menarik. Mudah difahami. Aku menghabiskan novel itu hanya dua hari. Timbul rasa sesal tidak membeli lebih banyak kisah pejuang Islam seperti ini.

Kembali ke Kota Kinabalu, aku bertekad membeli lebih banyak novel sebegini. Umar Al-Khattab, Saad Abu Waqas, Muhammad Al-Fateh dan Khalid Al-Walid. Semua karya Pak Latip. Baca punya baca. Semua dihabiskan dalam purata satu buku dua hari. Alhamdulillah.


Koleksi Novel Sejarah Islam karya Pak Latip

" Assalamualai'kum ustaz"
"Waa'laikumussalam Ana."
" Ustaz, ada lagi kah buku novel sejarah begini? "
" Ada. Tu atas meja."
" Saya mo pinjam lagi bah. Buku ni abis sudah saya baca"
" Dua hari?  Siuk ka buku tu?"
" Best dari buku Sejarah "
" Hoho.."

Dalam hatiku 
"  Buku punya jiwa hanya boleh tanggapi oleh pembaca yang  menjiwainya "

Terima kasih Pak Latip!

p/s: Balik KK terus borong buku. Hohoho....:)

Farhan Hafiz
1000pm, 28/9/2012

Mahabbah (suami,isteri dan .....)


 



Lama sudah katun ni..
baru post masa ini..
InsyaAllah..moga kebaikan buat kalian dan keluarga kalian...:)

FH : segala komik, kartun,wallpaper daripada blog saya ini adalah gratis (percuma) 100%, dipersilakan menyebarkan. Smoga dengan usaha sekecil ini, mendapat kebaikan bersama. Put some credits ya!

Boleh Bah Kalau Kau ! (mode:posting)


" Hello..Assalamua'alaikum. Saya Farhan Hafiz. Mau tanya pasal penempatan saya. "

" Waa'laikumussalam. Bagi nama penuh "

Apabila 'kak' kerani memberikan jawapan yang aku tunggu selama setengah tahun ini, akhirnya...

" SMK Desa Wawasan, Tambunan "

" Apa ? Tambunan ?"

" Iya, Tambunan. Nanti 23 Mei, Encik Farhan berkumpul di PPD Tambunan untuk taklimat lanjut ya."

" Ok, terima kasih."


Monolog Seketika : Bersangka Baik


Walau dalam gembira menyambut jawapan itu, hatiku sedikit berbaur gelisah. Bukan tidak bersyukur. Tapi itulah naluri apabila sekali lagi berpisah dengan ibu bapa. (Setelah 7 tahun diperantauan)

" Siapa mau tolong mama bejualan di gerai ni karang ?" 

" Kenapa aku inda di tempatkan antara dua sekolah yang jaraknya hanya 10 minit berjalan kaki dari kediaman ku ni ?"

Benak hati ini sentiasa bertanya. Aku cuma perlu bersangka baik untuk semua takdir yang Allah tuliskan buatku ini dengan redha dan sabar. 

“Aku mengikut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika mereka mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku menyebutnya dalam diri-Ku. Apabila mereka menyebut nama-Ku dalam kumpulan, nescaya Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka. Jika mereka menghampiri-Ku sejengkal, Aku mendekati mereka sehasta. Jika mereka menghampiri-Ku sehasta, Aku mendekati mereka sedepa, dan apabila mereka datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan, Aku datang kepada mereka berlari.”
- Hadis Qudsi riwayat Bukhari & Muslim

Ter'Flash Back' : 8 tahun lalu
Hem, apabila aku amati setiap perjalanan ke arah ini, aku sedari Allah tunjukkan jalan yang terbaik dan takdir yang mampu aku hadapi. 

" Tunjukkan kami jalan yang lurus,"
- Al-Fatihah: 6

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."
- Al-Baqarah: 286
Sebelum mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan Pendidikan Islam ini, aku mendapat tawaran ke jurusan IT dan Seni Kulinari di kolej swasta. Dua bidang yang aku minati. Masa itu, pilihan ke arah IT lebih dekat di hati kerana jarak ke kolej tersebut hanya di sekitar Kota Kinabalu. Hanya perlu menaiki bas.

Detik membuat keputusan, aku berbaring di bilik. Aku pejamkan mata. dan menghela nafas sepanjangnya. Cuba hilangkan rasa 'memilih' buat sementara dan menenangkan jiwa yang berbolak balik ini. Aku memohon agar Allah tunjukkan aku jawapan terbaik untuk ku sampaikan kepada ibu bapaku.

Saat membuka mata, pandangan pertamaku adalah pada ayat yang terpampang di hadapanku. Cantik berbingkai. Surah At-Talaq: 2-3. Ayat yang kebanyakan peniaga yakin untuk melariskan perniagaan. Senyum sendiri. Eh, kejap. Maksud ayat ini.

 "Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. " 
- At-Talaq: 2-3
  
TAQWA dan TAWAKKAL. 
Lantas, dalam hati bertanya, " Apa bah ini taqwa?"
Dalam khutbah selalu pesan " Bertaqwalah kepada Allah "
Hem, aku tidak faham perkataan seringkas ini. 
Kalau Tawakkal, faham juga maksudnya. Serahkan semuanya pada Allah setelah berusaha.

Dalam fikiran ada satu jalan yang bisa menunjukkan aku maksud keseluruhan ayat ini. Bukan sahaja maksud Taqwa dan Tawakal. Tapi keseluruhan hal yang berkaitan dengan kehidupan. Iaitu memahami Islam secara menyeluruh. Aku sudah yakin dan nekad untuk membuat pilihan itu.

" Mama..Bapa.. aku mau pigi Kelantan. Pigi Nilam Puri "

" Bah, mana-mana jak. .Ada Nik Aziz tu sana. Baguslah " jawab bapa.

" Jauh tu Kelantan. Teda apa-apa kah kalo di sana?  " jawab mama.

Itulah peranan media utama . Melahirkan persepsi negatif buat kami yang tidak memahami keadaan Kelantan yang sebenar. Corak pemerintahan. Suasana dan rakyatnya.

Namun, itulah stigma, persepsi dan impresi. Yang pertama bisa mempengaruhi seterusnya. Ternyata jika tidak mengkaji dan berpijak di buminya yang nyata, kita tidak akan faham hakikat sebenar sesuatu perkara. Jadi, bermusafirlah aku ke negeri gelaran Cik Siti Wan Kembang.

(pada asalnya,aku tidak terfikir yang aku akan menjadi mahasiswa UM kerna menganggap Nilam Puri adalah sebuah kolej juga.haha. Rupanya, ia adalah Akademi Pengajian Islam UM cawangan Kelantan, di Nilam Puri. )

Hok politk ambo duk tepi sebab ambo budak baru nok ngaji. Hok tradisi keilmue, ambo respek mace ni. (two thumbs up).  Meme 1st time, tok panda pahe2 nok kecek lagu mano..mace aye itik.  Tapi doh masuk tempat ore, kena panda-panda hidup. hahaha. Maaf jah kalu ado saloh oyak. hehe..:)

teringat lagu tupa..Halim Yazid. haha.

Alhamdulillah, 3 tahun di Kelantan. ternyata hakikatnya baik belako! 
4 tahun di Kuala Lumpur, memang banyak 'lumpur'.


Persepsi Awal Perlu Positif

Tambunan, pertama kali dan terakhir ke sana masa kem motivasi tingkatan empat. Kawasan geografi berbukit. Kelilingnya Banjaran Crocker. Zon Pedalaman. Ada yang mengatakan 'Tambunan is Switzerland of the East '. Cuaca sejuk. Majoriti kaum dusun /kadazan. Jarak dari Kota Kinabalu, kira-kira 80 km. Anggaran 2 jam lebih perjalanan.

Aku cuba mencari 'gambaran' awal sekolah itu dengan bantuan pakcik 'Google'. 
Persepsi pertama seharusnya positif. Tetap dengan sangkaan baik.
" Eh, tiada laman web sekolah? Ok. Cari gambar kalau ada. " 

" WAH ! Cantiknya sekolah.."

 di bawah tangga, ada sungai.
(Kaki pancing macam aku ni, sukalah kalo dengar sungai..hahaha..)
 gambaran kelas-kelas dari sekolah tersebut.
(unik & cantik)
 Pemandangan yang sangat 'awesome'
(menurut gambar, aircond semulajadi di sini..hehe..)

Tanpa berlengah, aku sampaikan berita ini kepada ibu bapaku. Dalam hati masih berbaur macam-macam bila melihat kedua orang tuaku, aku tetap gagahi jua.

" Mama..Bapa...aku diposting ke Tambunan "

" Bah, syukurlah. Ramai sumandak tu. " jawab bapa.

" Mama target di Ranau atau Tawau. Tambunan. Ok juga tu. " jawab mama pula.

Jawapan mereka 'simple' dan lucu. Tergelak juga menyambut jawapan yang tidak disangka-sangka. Tapi itu sudah cukup menyenangkan hatiku. Belajar cakap dusun laini... lalalala..hehe..
Terima kasih Allah! :)

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
 -Al-Insyirah : 5-6

Out of Comfort Zone. 
Survival mode. Activate.


FH : Buat guru-guru baru dari Semenanjung yang dihantar ke Sabah atau Sarawak. Be Strong! Ikhlaskan hati..Boleh bah kalo kau...:))




 

Jom Dakwah! (Kertas Dinding)



InsyaAllah kita mampu..
Dan jadikan DAKWAH sebagai urusan kita..
Walaupun hanya sepotong ayat, secebis kata untuk ingatan sahabat sekalian.
Sudah ada usaha ke arah berDAKWAH..
Variasikan dakwah dengan segenap medium dan kebolehan yang ada.

Siapa lagi yang boleh melainkan kita yang bergelar MUSLIM.
Allah pasti membantu kita..:)

"Tiada daya dan upaya melainkan kekuatan (pertolongan) dari ALLAH "

Celik Jiwa



Jika setiap hari, kita biasa membaca akhbar (yang adakala menyakitkan hati dan akal) cuba kita lazimkam membaca Al-Quran setiap hari dan jadikan sbgai amalan (tabiat) seharian.

Amalan membaca Al-Quran inilah jalan terbaik untuk mengubati hati dan akal yang sering dilanda emosi lebih-lebih lagi dalam menghadapi dunia yang smakin mencabar kini.

Jadikan al-Quran sebagai 'bestfriend forever', insyaAllah...perasaan berkecamuk itu pasti akan terungkai apabila membaca Al-Quran.

“Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran, kecuali mereka akan memperoleh ketenteraman, diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan nama mereka disebut Allah dalam kalangan malaikat.”
(Hadis riwayat Muslim, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Abu Daud)

 “Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
(Hadis riwayat Bukhari, Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

“Bacalah al-Quran. Kerana ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaat kepada para pembacanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Jom kita menjiwai Al-Quran!
Baca, faham, hayati,koreksi... :)

FH : Jika anda bertemu pakcik ini. Sampaikan salam dariku.
- Farhan Hafiz, Masjid Jamek,2010

Bukan Salah Cinta?



Bukan Salah Cinta
Lirik/ Lagu : Nur Amin Mulia (Feelhoney Ent.)

Maafkan silapku kawan 
andai kau terbeban
berat perasaan yang memburumu
hadir tanpa undangan 

Aku juga insan biasa
yan pasti punya rasa cinta
kau boleh palingkan ku tapi demi cinta

Aku boleh lepaskanmu
tapi demi cinta
aku terima keputusan itu 
buat penghormatan

Ku sedar jua kekurangan
harga diriku pertahankan
demi Tuhan kelak nanti ku kan berubah
kerna Tuhan...

Ku bebaskan perasaan 
cinta seluruh manusia
rasa simpati di hati
tidak ingin menyakiti

Andai kau rasa terluka
itu bukan salah cinta
itu tanda dari tuhan
hidup bukan 'tuk membenci
ikhlas hati Tuhan membalasi ~

Lagu ni ciptaan sepenuhnya Amin Feelhoney. Kata-katanya mudah dan puitis. Aku memerlukan pendengaran dan penghayatan yang baik untuk memahami tiap bait lirik yang dihasil beliau ni. Ia indah buat mereka yang memahami. dan pernah mengalami. hehe. :)

Si Amin berkata begini :

 " Ini adalah sebuah lagu sedikit sentimental tentang cinta seorang kawan yang tidak kesampaian tapi dia terus kuat dan jalani persahabatan seperti biasa. Ilham ini dari kata-kata Hamka : 

"Cinta bukan melemahkan semangat tapi menghembuskan kegagahan"

Moralnya : Kalau cinta tak terbalas / putus cinta, jangan terus bermusuhan. Allah pasti membalasi dengan sesuatu yang lebih baik buat hambaNYA. 


Wassalam ~
(^_^)


FH : Si Amin ini orangnya cool dan berjiwa-jiwa. Kata-katanya jiwa. Dirinya jiwa. cuma dia bukan orang jawa. dia Sekadar Lelaki Biasa...< sempat promo lagu Feelhoney.hehe. 




 sekarang feelhoney tengah menyiapkan rakaman dan photoshoot untuk album penuh. 
lagu-lagu yang bakal dimuatkan  kebanyakan dari preview ini.
Keep supporting us!

Terkenang-kenang

Assalamua'laikum dan Salam sejahtera.

Kalau dikira dengan bulan, memang hampir 5 bulan...
Kalau dikira dengan hari, memang hampir 150 hari...
Kalau dikira dengan waktu, memang hampir 3600 jam...
Aku tidak update ini blog...huhuhu~

Alasan? tiada masa? atau malas?
jawapan keduaku ambil : malas bah!
update blog ni memang senang, cuma taip sikit-sikit. settle!
tapi apa yang mahu ditaip? hehehe...

Kerja menaip ni agak lama juga ditinggalkan. Maka datanglah rindu masa 'student life' dulu. (flash back pula...)

Awal semester, pensyarah bagi assignment. Semangat membuak-buak untuk siapkan sesegera mungkin.
Tengah semester. " Awal lagi ni mo buat... Relax dulu."
Dekat akhir semester. Library jadi kunjungan utama. Penuh buku rujukan dimeja. Mata bertukar jadi mata burung hantu. Barulah nampak hasil assignment dengan jayanya. hehe.

Alhamdulillah. Ilmu dan pengalaman semasa bergelar mahasiswa banyak mengajar dan mendidik erti kehidupan.

Sahabat-sahabat serumah yang berjumlah 13 orang itu lah yang banyak mewarnai hidup dan hari-hari sepanjang pengajian. 13 orang serumah? hahaha. Ingin juga dicoret kisah bersama mereka. Semua mereka sangat berbakat. Ada yang hebat bermain bola, menyanyi, memasak, memancing dan macam-macam lagi kebolehan yang Allah berikan pada mereka.

Walau berbeza sifat dan perangai juga pandangan, keserasian sentiasa wujud bila bersama. Lama nda jumpa, cuma sedikit coretan buat kenang-kenangan. Tacing2x...



Masa ni ber-13 sebelum add sorang lagi member.



setelah ber-14 orang...


Dan beginilah..keadaannya..
unity in diversity..haha..



Tidak dilupakan, wonderpet kami, kucing sebelah kanan tu.
Si Bumbum
(sebab kami selamat kan dia dari bumbung rumah..hehe)


FH : Kehadiran kalian dalam hidup ini amat bermakna. Semoga suatu masa kita reunion kembali.! ..

Masih Ada 'Semangat'nya


2.30 pagi, 3 Mei 2011

" Hello..U dua orang saja jaga sini?"

" Iya..macam begini juga.."

Langkah ku teruskan juga ke dalam KK Supermart selepas bertegur sapa dengan dua orang pekerja yang setia menunggu pelanggan di luar pintu kedai. Ku capai air kotak favorite 'teh hijau' di peti dingin dan terus ke kaunter.

Selepas itu, aku terus menyapa kembali mereka berdua.

" U tidak kerja esok? atau cuti?"

" esok saya ada exam. tu yang tak tidur lagi..hehe.."

" U orang Chinese kah? macam muka chinese.."

" Haha..muka saya macam chinese kah? saya muslim. tu yang ada janggut ni..."

" Owh..sorry2..U asal mana?"

" Saya asal Sabah. U tahu Sabah?"

" Owh..Sabah! ini pemilik kedai KK ni orang Sabah juga. KK tu Kota Kinabalu.."

" Owh baru saya tahu! U asal mana?"

" Myanmar..saya 5 tahun sudah kerja sini.."

" Patut U punya cakap melayu lancar saja..Bagus!.."

Ku habiskan sisa air kotak. Sebelum beredar, aku sempat memberi kata semangat buat mereka.
(hahaha...)

" U dua orang kerja bagus-bagus ya.."

" kerja kuat pun gaji sama ooo..."

" iya? hem..brapa gaji korang kat sini?"

" boleh la dalam rm1100..tiada naik juga..5 tahun tiada naik oo.."

" owh..start kerja sini sampai sekarang tiada naik gaji? bonus?"

" tiada naik juga gaji. bonus itu chinese new year kena bagi rm100 saja..tapi untuk kalau orang sini kerja. gaji dalam rm1300 boleh naik sampai rm2000..bonus pun ada dalam rm300.."

" Wah...macam gitu kah? tapi tidak apa.. U boleh masih survive sampai sekarang kan.. "

" Memang boleh juga survive. Saya maw juga hantar duit sama famili di Myanmar. Itu pasal saya kerja jauh sini.."

Aku melihat dari raut wajah, memang ada kejujuran pada matanya. Untuk bersedia jauh daripada keluarga memang suatu yang harus punya kecekalan hati yang tinggi.

" Tidak apa. U sudah dapat kerja, hantar duit sama U punya keluarga sudah bagus. U masih ingat keluarga walau jauh sampai sini.."

" Betul2... U bagus cakap sama kami. Macam saya punya boss juga. Kasi ingat sama famili...U apa nama?"

" Saya Farhan. Ok lah saya maw chow dulu..U punya nama?"

" Owen...ini kawan saya Kimmow.."

" Saya balik dulu Owen, Kimmow. Jaga kedai ni bagus-bagus ya! "

Mereka mengangguk. Lantas hati kecil berkata,

" Alhamdulillah, Malaysia tanah penuh rezeki. "

pekerja asing antara pemangkin ekonomi negara. hohoho...~

Allah Maha Pemberi Rezeki. DIA memberikan rezeki dan nikmat tidak terhitung pada kita tanpa mengira kaum, agama dan darjat pun selagi kita berusaha dengan daya dan upaya kita serta berSYUKUR dengan apa yang ada.

P/s : Belek-belek draft blog, terjumpa entri yang 'hampir' siap ni. Ish3..lama nya sudah ni! Namun, 'semangat'nya masih ada!

Kemana Hilangnya Mata Pena

Assalamualaikum..
salam sejahtera..

Asyik berkata sawang mula bersawang, memang jenuh memikir...:)
Hakikatnya, idea yang sekian lama berbuku mulai pudar dek pelbagai perkara yang lebih penting dan awla...itulah yang terbaik buatku..

Ada beberapa ucapan terima kasih ingin ku sampaikan..(dengarkanlah..hehe...)




Ucapan terima kasih kerana mengikut perkembangan blog ini sehingga jumlah follower di atas semakin bertambah sehingga angka 135...

Ucapan terima kasih juga kepada silent reader yang membaca blog ini kerana bagiku jumlah angka pengikut tidak penting tetapi isi penulisan adalah nilai berharga buat pencambahan idea dan ilmu..

Ucapan terima kasih juga kerana sehingga kini anda tidak jenuh membelek blogku dan bertanya sendiri... " Kemana hilangnya mata pena si Hanzsensei ?"

Jawapanku, sedang mengasah sehingga terbit tinta baru!

Lalu, mana hasilnya?

Hasilnya? Ku coretkan sedikit sahaja ya!

Julai 2011 : Usai pengajianku di UM, selepas latihan mengajar di SBPI Gombak.
Ogos 2011 : Puasa Ramadhan bersama keluarga!
September 2011 : Mengatur jadual FH dan perancangan seterusnya...

Bah, sudah...hehe

Wassalam.
Jangan Marah ya...:)

p/s: Feelhoney dan Elhamz akan menjalani rakaman 'intensif' bermula oktober ini. Segala update tentang perkembangan mereka sila kunjungi facebook mereka.

Hidayah

Just a bit sketching and editing with adobe photoshop..


Hidayah bertitik tolak dari sedarnya kita tentang konsep hamba kepada Tuhan.
Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa mencari kesempurnaan dalam beragama..

wassalam..

p/s: Penghuni syurga adalah sebaik-sebaik Muslim....
Ya Allah tuntunlah kami ke jalan keredhaanMU...



Usprak?

Ujian : Bahasa Jepun
Kelas : 2 AB
Masa : 10.50 am- 11.20 pm
Guru ganti : Cikgu _______
Pengganti : Ustaz praktikal

Pertama kali masuk kelas sebagai GURU (relief...hehe)
terima kasih kepada guru pembimbing yang bagi guideline tentang prosedur ujian bagi kelas tertentu..Mudah dan teratur!

Langkahku bermula dengan mengambil kertas ujian Bahasa Jepun di bilik Unit Peperiksaan sekolah.

Langkah kedua, mencari kelas form 2 AB...(setiap tingkat saya round itu sekolah...haha..)

Masuk kelas tersebut...pelajar blur. Lalu saya memberi salam.

" Semua berdiri..."..ujar ketua kelas.

" Assalamualaikum cikgu..."

Mereka pula bagi salam kemudian membacakan doa.

" Er..cikgu! boleh gerak ke kelas lain ke? "

" Eh..ni bukan kelas...Owh..ok..sesiapa yang amik ujian bahasa jepun sila berada di kelas ini. Mandarin dan Jerman di kelas lain. " tetiba ada mentol keluar di atas kepala. hoho...

Saya tengok pelajar semua. Ok cukup korum.
Muka masing-masing blur..ada stress sikit..haha..
Mereka belum kenal saya kot?
tengok kertas ujian...JEPUN!

" Assalamualaikum...Watashi Farhan-Sensei. Ohaiyo gozaimas! "
saya main tibai je bahasa jepun..haha..

" Waalaikumussalam.. Ohaiyo!! "
pelajar menjawab sambil tersenyum. Eh, pandai cakap Jepun?

" Hehe...Semua simpan buku. Bahagikan kertas ujian ini. Masa ujian adalah 2 jam 30 minit. Moga dipermudahkan menjawab soalan. Jangan lupa baca Basmalah!"

" Saya ajar PI di kelas ni selepas cuti. Saya tak ajar bahasa Jepun tapi bahasa Arab..hehe..Jadi semua bersedia. Inna ma'al u'sri yusra...Kalau ada nak jawapan, tanya je saya. Saya pun tak faham bahasa ujian ni.."

" Hahaha..."

First masuk kelas.
Arigato Gozaimas..^_^

Cerita 3 Jam


" Kamu kalau dah keluar nanti, orang akan banyak tanya pasal hukum-hakam. Tidak kisah, samada kamu ni belajar Pendidikan Islam atau Pendidikan Quran."

Saya dan kawan-kawan memang berfikir sedalamnya apa yang diperkatakan oleh Abang Wan, seorang yang banyak pengalaman dalam seni.Sepanjang perbualan selama hampir 3 jam di Restoran Bapak antara kami membuka minda tentang situasi masyarakat kini yang perlukan hidup beragama.

" Sepatutnya kamu belajar tentang feqah dulu, paling kurang pun yang asas-asas sebab kamu akan masuk dalam masyarakat kerna title kamu sebagai ustaz."

" Saya kesian juga tengok orang yang belajar tinggi sampai PHD sekalipun masih merangkak-rangkak dalam bab agama, mengaji al-Quran. Eloknya kan, kita di tekankan dulu bab agama dalam akidah, tauhid barulah bab-bab yang lain tu..Rasulullah pun mulanya memberi kefahaman tentang Islam, barulah masuk bab-bab memanah dan lain-lainlah."

" Ni lah bang sistem pendidikan di Malaysia, berorientasikan peperiksaan. Semua orang sibuk mengejar pencapaian dalam exam semata." saya menyampuk sekejap.

" Ya, betul. Bab-bab kerohanian dan agama ni patut ditekankan lebih awal. Isu-isu yang tak sepatutnya berlaku boleh dielakkan kalau dah ada pendinding dalam hati. Kamu semua bagus lah..belajar agama muda-muda ni. Teruskanlah..macam abang ni dah tua-tua sikit baru sibuk nak cari semua. Macam hari tu masa abang pi kursus JAWI, ada satu topik yang kami kena bincangkan.."

" topik apa tu bang?"

" Buat baik atau buat jahat. Mana lagi senang nak buat?"

" Em.."

" Hehe.. Semua orang fikir mesti buat jahat yang senang kan? kalau saya, buat jahat tu lah paling susah. Contohnya, kalau nak mencuri, pertama: nak kena niat mencuri, kedua: nak perah strategi, ketiga: nak juga beli peralatan untuk mencuri, keempat: nak kena tengok tempat nak dicuri, kelima: nak jaga-jaga kalau ada polis..banyak lagi lah!"

" Contoh buat baik tak perlu banyak senang je..(tetiba abang ni senyum).. hah..kan dah dapat pahala..kamu berselawat sekali je pun, Nabi selawat balik kepada kamu 10 kali. Kan senang buat baik dari buat jahat, kalau nak buat jahat paling-paling koman lah..mengumpat. Kau da lintasan niat, kau nak becakap tu pun guna tenaga, tambah-tambah nak fikir dan cari point mengumpat. hahaha.."

Kami tersenyum dan mengangguk tanda setuju.

" Bagus tu kalau korang nak bagi point ceramah ke.. nanti korang kena juga berdiri di hadapan, bagi tazkirah dan ceramah ngan masyarakat. boleh buat lagu-lagu kesedaran.. tapi buatlah dalam versi klakar. Hehe.." " Buat juga kartun lawak-lawak, sindiran masyarakat yang common tentang perkara agama. Agama tu penting dalam hidup. "

" Kalau kau dah dapat apa yang kau nak, last-last baru kau fikir..apa yang aku sudah buat ni? Apalagi aku nak buat ni? Cukupkah bekalan ku untuk hidup ni?..Inilah peranan kamu yang faham agama dengan mereka yang di luar sana. variasikan dakwah dengan medium yang korang ada! Buat lagu-lagu untuk mengajak berselawat, tentang feqah untuk budak-budak..supaya dorang ni ada guideline yang menarik kelak..InsyaAllah..kamu boleh tu..datang saja ke studio, mainlah piano, buat muzik..abang akan tolong.."

Perbualan sepanjang 3 jam, memang saya rasa cukup bermakna. Ada isi yang boleh dikongsi apa lagi dalam bab menyampaikan kefahaman beragama. Merasa begitu kerdil dengan ilmu yang senipis kulit bawang ni berbanding abang itu yang punya berbagai idea dan jiwa yang Islam yang semakin menebal.

Islam itu indah, mereka yang mencari Islam akan merasa keindahan...:)

fh'= Pengalaman baru merakamkan suara latar animasi bagi majalah Gila-Gila..tQ abang Wan atas tunjuk ajar..dan rakan-rakan- Elty, Madie dan Fika: Satu lagi majalah r..hehe~

another task and job to do : exam, LM, drawing, designing, psn, repairing lappy..managing show..woho..!:)

Mendidik sebelum mendidik - PSN

" Saurus means lizard "

" owh..that's mean all of this dinos were big lizard. So that, the cicak on the wall is dinosour too. "

" You are really smart girl."

" But abang. Saya hate cicak but love dinosour."

" if the dinosour are here, would you love it?"

" ya! as you can see there (sambil tunjuk robot dinosor setinggi 20 kaki), the dinosour doesn't hurt us"

" Hahaha.."


" Saya dinosor yang baik hati. Harap maklum. hehe.. "

Dalam hati, " Bijak juga Lyssa ni. Umur 8 tahun dah fikir tentang sekelilingnya."

Sempena Dinos Alive di Pusat Sains Negara, saya berkesempatan menjadi fasilitator selama dua hari satu malam di sana. Yang istimewanya, pada minggu lepas diadakan Holiday Science Camp with Dinosour dengan jumlah peserta 24 orang. (wah,banyaknya! oh yeah...)

Peserta kem ini berumur antara 7 tahun hingga 14 tahun. Dan semestinya anak-anak orang kaya..hehe..Apa tidaknya, yuran untuk kem ini adalah rm200. (wah, murah sangat! oh,yeah!)


Pada sudut pemikiran dan pengetahuan mereka, saya boleh anggap mereka adalah budak-budak yang pandai kerana sepanjang kem ini, mereka banyak bertanya dan memberikan respon berdasarkan pengetahuan sedia ada.


" Abang, macam mana tsunami terjadi?"

" Tsunami ni terjadi akibat gempa bumi dasar laut. tekanan yang kuat hasil daripada gegaran gempa bumi dasar laut menyebabkan terjadinya tsunami."

" Oh begitu! Kat Malaysia ada kena tsunami juga kan?"

" Ya..Ada...di Malaysia, kita kena tempias tsunami dari Acheh tu.."

Datang dua orang budak Syah dan Thaqif ke arahku, seakan mahu mendengar perbualan saya dan Haziq. Saya pun mengajak mereka duduk bersama dan saya mencerita tentang keadaan geografi kawasan Lingkaran Api Pasifik. (Sedikit pengetahuan yang masih saya ingat ketika belajar Geografi Tingkatan 3).



" Ok, Abang bagi contoh tentang kedudukan Malaysia dalam Lingkaran Api Pasifik."

Saya ambil tangan Syah sebagai Semenanjung Malaysia dan tangan Thaqif sebagai kepulauan Borneo (Sabah,Sarawak dan Kalimantan). Saya letakkan tangan saya di bawah tangan mereka sebagai Kepulauan Sumatera dan Jawa.


" Lingkaran Api Pasifik melingkari sekitar Malaysia. Indonesia berada di lingkaran ini,juga Filipin "

" Di mana Filipin dari tangan-tangan kami ni bang?"
tanya Thaqif.

" Saya tahu bang. Filipin ni atas Sabah Sarawak kan?" ujar Syah, ingin kepastian.

" Ya, betul Syah! Nak tengok Filipin di mana? Filipin letaknya di sini." sambil saya menunjuk bahu Thaqif.

Kami ketawa bersama. Perumpamaan yang saya berikan untuk menerangkan tentang Geografi Asia Tenggara menarik minat mereka. Saya cuba mengaitkan bencana alam ini dengan Lingkaran Api Pasifik seperti gempa bumi, tsunami dan gunung berapi yang pernah terjadi di negara yang berada dalam lingkungan tersebut.


" Malaysia juga mungkin terkena bencana alam dahsyat ni."

" Tapi bukan kita kira selamat ke? kita kan berada di luar lingkaran ni?" tanya Haziq.

" Allah sebut 'Kun Fayakun' (Jadi, Maka jadilah!), tidak mustahil bagi Allah semua itu. Cuba Thaqif pegang bahu kanan dengan tangan kanan."

" Ini Malaysia (kepulauan Borneo- tangan kanan Thaqif) dan bahu saya ni Filipin." Thaqif memegang bahunya.

" Boleh jadi Malaysia pun kena lingkaran tu kan? waahh..."

" Betul Thaqif. Tidak mustahil bagi Allah untuk melakukan semua tu..?"

" Betul!" ujar Thaqif. Syah dan Haziq pun cuba melakukan apa yang Thaqif lakukan.


" Nah..adik-adik! Selama kita duduk di bumi ni, jangan pisahkan diri dengan Tuhan. Belajar sains, geografi dan dinosor pun kena ingat dan sandarkan pada Allah."


" Kun Fayakun!" jawab Syah. Memahami apa yang saya sampaikan.


Jam menunjukkan 715pm. Bath time untuk bebudak ni.

" Baik. Syah dan Thaqif tak pi mandi?"

" Saya pakai perfume je bang. Sebelum datang sini, dah mandi siap-siap. Hehe.." jawab Thaqif.

" Saya malas nak mandi. Mandi perfume BOSS..hehe" jawab Syah pula.

Dalam hatiku..." Mak aih...mandi perfume? Kaya banar...hohoho..."

fh': takziah buat penduduk Jepun atas kejadian Tsunami dan gempa bumi yang berlaku. Saya yakin mereka bisa bangkit seperti selepas Perang Dunia Kedua..Ganbatte!!\(^_^)/

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin