| Kenalan Hanzsensei |

Showing posts with label my design. Show all posts
Showing posts with label my design. Show all posts

Mahabbah (suami,isteri dan .....)


 



Lama sudah katun ni..
baru post masa ini..
InsyaAllah..moga kebaikan buat kalian dan keluarga kalian...:)

FH : segala komik, kartun,wallpaper daripada blog saya ini adalah gratis (percuma) 100%, dipersilakan menyebarkan. Smoga dengan usaha sekecil ini, mendapat kebaikan bersama. Put some credits ya!

Hidayah

Just a bit sketching and editing with adobe photoshop..


Hidayah bertitik tolak dari sedarnya kita tentang konsep hamba kepada Tuhan.
Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa mencari kesempurnaan dalam beragama..

wassalam..

p/s: Penghuni syurga adalah sebaik-sebaik Muslim....
Ya Allah tuntunlah kami ke jalan keredhaanMU...



Nda ku mau salam~

klik gambar untuk lebih jelas...:)
dilukis dengan PAINT..cincai eh..

" Hanz, aku ni cetek bab agama ni. Mo tanya soalan bah... boleh bah kan?"

" Owh, bisa aja sih. InsyaAllah.. aku cuba jawab yang aku tahu"

" Begini bah, tahu juga ko yang aku ni dari sekolah biasa dulu kan? Jadi ada kami buat reunion kunun. Jadi berjumpalah dengan ex-schoolmate. Besalam-salamlah dengan geng perempuan..Oklah..cam biasa. Tapi bila sama geng lelaki aku inda mau salam. Aku tahu, kalau perempuan nda boleh sentuh lelaki bukan mahram. Jadi si Awang hulur juga tangannya..."

"Nah..mesti ko rasa serba salahkan?"

" Nah..tau pun ko. Jadi, bila aku nda hulur tangan tu, dia cakap aku sumbung la..alim sudah..nda mo kawan la..Aku try cakap 'nda bulih bah salam sama lelaki'. Di balas balik, 'aku muslim juga bah! bukan juga naik nafsuku salam dengan ko'"

" Mesti ko nda salam kan?"

" Eh, camna ko taw ni Han? Ko bulih baca fikiran ka ini? Hahaha~"

" Naa..aku teka saja bah. Aku ucapkan tahniah sama ko!"

" Eh, kenapa? Pasal aku nda salam lelaki ka?"

" Satunya itu. Duanya, ko berjaya pertahankan hukum Islam walau orang lain nampak remeh ja'"

" Hem..tapi kalo dia paksa juga mo salam?"

" Ko tapuk(sembunyi) tangan ko di belakang. Sambil tu, ko terangkan sama dia,

'DALAM ISLAM, perempuan inda bulih sentuh bukan mahram kecuali pasangannya dan ahli keluarga saja'. Kalau dia memaksa juga, ko beringat 'Yang halal sudah jelas.Yang haram pun sudah jelas' Lebih baik ko sentuh ogok (khinzir), dari ko sentuh sengaja bukan mahrammu. Kalu sentuh ogok, ko kena samak ja dan inda berdosa. Tapi ko sentuh sengaja bukan mahram, berdosa ging..

Kalau dia cakap 'nda naik nafsu', ko cakap baik-baik sama dia begini,'Aku nda mau salam ko kecuali ko jadi mahram aku'"

" Maksudnya, dia jadi suami aku?"

"Naa..pandai si kawan.Hehehe~"

" Nda ku mau eh..Hahaha~"

*inda:nda=tidak

Borak-borak bersama seorang sahabat lama. Alhamdulillah borak yang ada isinya. Nama dalam borak adalah bukan nama sebenar kecuali hanz..huhuh..dan susun galur cerita ada penambahbaikan kerna asal cerita dalam dialek Brunei.hohoho~

Tambahan hadis tentang bersentuhan,

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)”

Saya tahu ada yang TAHU tentang hal bersentuhan ini. Tapi janganlah anda yang TAHU buat-buat TIDAK TAHU sehingga membelakangi hukum kerna menjaga maruah di mata manusia yang nilainya tidak setanding disisi Allah.

“Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar: 9)

Wallahua'lam...

p/s: Maaf, pembaca yang tidak memahami dialek Sabah. Kalau ada yang tidak faham, tanya ya..^^

Grafik Sesuka Hati

Musim peperiksaan ni (ada 3 papers lagi ooo...),
sempat juga saya me'manipalusi' beberapa foto 'housemate'.
Berbekalkan Adobe Photoshop CS2,
bantuan pakcik Google dan
tunjuk ajar kawan-kawan pakcik Google,
(hehehe..)
saya sempat design-men'design' foto
dengan teknik sesuka hati!..hoho..

wallpaper iklan eskrem Kornito..hehehe~


wallpaper inspirasi..wow..hehe~


manipulasi genius zombie kunun~


graffiti dinding kunun2~


wallpaper fighting never putus asa kunun3..~

poster bakal ahli politik S'wak..hehe~


album cover retro style...hohoho~


rasanya, seram ka?

InsyaAllah, masih mencoba dan terus mencoba
untuk terus design-mendesign ni...

Sesiapa rasa-rasa fotonya ingin dimanipulasi oleh saya,
menjadikan foto anda tampak dinamik..(wawawa...)
atau ingin jadikan ia 'kertas dinding' komputer anda..
Anda boleh hantar ke email saya..
Tawaran FREE of CHARGE sehingga hujung bulan Disember ini~
(ilmu seciput cuma..tapi dengan latihan demi latihan..
InsyaAllah, saya akan berikan yang Terbaik~:)

p/s: komik pun in progress...composing song pun in progress..idea masih berjalan dan berjalan mencari masa terBAEK...hehehe~^^

Semoga Sukses~

Assalamua'laikum..
Salam sejahtera~
Sempena Exam tidak lama lagi ni...
Sempat juga ku titipkan kartun simple ini..
hehe...


Firstly..sketching and scanning~


Secondly: Editing with Adobe Photoshop. Tada...
(guna threshold..-betul ke aku eja tu..hehe..)


Lastly, yang ni aku colouring sikit...
a.photoshop+photoscape
(amik bhgian dua karakter kartun tu ja..hihi..)

Dibenarkan sharing kartun2 di blogku ini..
Semoga memberi manfaat buat semua...
(^^)

p/s: jangan lupa bawa slip periksaan, kad matrik, pen,pensel, pemadam dan yang sewaktu dengannya...Moga anda semua sukses. Menuntut ilmu kerana Allah, nescaya anda akan tenang menghadapi ujian..hihi...peringatan buatku juga tu...:)

Back to The Real Chenta (komik)

Tetiba rajin buat melukis-lukis kebelakangan ni...
terhasil juga satu komik simple...
Yang penting memberi kebaikan buat semua..








klik untuk membesarkan saiz ya~

p/s: saya suka melukis lagi..sekian..hehehe..^^

Saya Suka Melukis..hoho

Sekadar conteng2 by Farhan Hafiz..hehe..

Tetiba tangan ni rasa macam mau melukis..
(baru lepas satu paper exam..ada lagi 4 papers...wahaha..)
ku 'gagahi' juga walau lama sudah ku tinggalkan kerja lukis-lukisan ni..
hehehe...

Masa sekolah rendah dulu,
teringat pernah melukis..
boleh2 buat komik lagi..hahaha...

Kartun yang ku lukis banyak pengaruh
dari manga@komik jipun..hehe..
dulu2 minat baca Naruto, Bleach, One Piece..etc

Bah tengok2 la simple katun di bawah..
mula-mula aku sketching..
drawing...scaning...editing..colouring..
software adobe photoshop+photoscape..
(ni cara2ku..sangat2 amatur..hahaha..)



klik gambar untuk tengok lebih jelas ya!...

p/s: saya suka melukis..hihi..^_^

Alasan Terima Pakai

Sudah lama tidak mengemaskini blog yang seusia 3 tahun ini...(rupanya lama juga eh..:)

Mungkin alasan ini boleh diterima pakai:
1. Tiada internet di rumah.
2. Tiada idea untuk menaip.
3. Tiada masa.
4. Malas? (huhuhu...)

dan alasan ini aku terima pakai:

1. Menjaga anak buah yang baru lahir bulan 5 lepas.
2. Mencari idea buat lirik.
3. Membantu ibuku tersayang.
4. Menonton Astro AFC. (Asian Food Channel..wahaha...)


Untuk alasan yang aku terima pakai disini ada sebabnya..
(ayat agak skema..harap maklum..hehe)

1. Tanggal 7 Mei 2010, Hari Jumaat, Time Azan Maghrib lahir baby gurl comel pasangan kakakku dan suaminya bernama Nur Asnirah Arissa. Nama Arissa tu bermaksud keazaman dan kekuatan di 'suggest' oleh unclenya ini. (hehehe...) Sekarang umurnya cukup sebulan lebih dan bertambah comel. Aku menjadi baby sitter kali kedua selepas anak buah pertama, Camilia.
(Ada sudah bakat ni jadi bapa mithali..insyaAllah..hehehe..)


Selepas di lahirkan. Skrg Arissa semakin comel..hihi..:))

2. Idea untuk mencipta lirik dan lagu agak terbatas tetapi idea tu masih dalam kategori proses..huhu.. Ideanya mencipta lirik berkaitan semangat interpersonal. Komplikated tapi mahu buat simple lirik. Tidak berat mendengar, senang di fahami dan rentak yang catchy dan fresh. Baru tahu rasa macammana idea komposer ni bukan senang kerana lagu yang berkesan adalah lagu yang ada jiwa..(waaa.....)...ada idea?

3. Cuti ini banyak membantu ibuku berniaga dan mengemas rumah. Rasa seronok bila buat kerja-kerja rumah dengan mum, apalagi bila time memasak, berguru dengan my mum tentang asas-asas ramuan masakan. Memang best!

4. Cuti ni memang tidak lari dari menonton TV. Channel yang aku tengok bukan more to movie or drama, tapi lebih kepada masakan. Jadi AFC (asianfoodchannel) adalah pilihan utama. Minat masakan ni bukan setakat diriku sahaja tetapi adik lelakiku juga minat menonton bersama. Kerana uniknya seni masakan tu, membuatkan aku minat dengan masakan. hehehe...

Sekian entri kali ini, kata-kata terakhir kerana kali ini tiada p/s...hehehe..

Jangan biarkan minat dan bakat anda diselubungi misteri dan teka teki juga terkubur begitu sahaja...

seram ka? inda' ba..hehe..
wassalam...:)



Just Around The Corner..

Assalamua'alaikum and Hi my friends...

Fuuhh..Even though the Final Exam for this semester is just around the corner, I still looking after this blog. Everyday is a busy day. And a busy day makes me really concentrate more to the examination starts 26 April. The first paper is Islamic Historiography - related to the great Islamic History and biographies of great Islamic historians. I love this subject because I like history as I read the notes just like I read a novel. (hehehe...)



kinda busy..but this is for you not just only for who're taking the exam but all the way in our life, something that we must do as we are Muslims..:))
[click the picture to make it larger and clear..]

Hem...this is also a simple entry for this week. InsyaAllah.. after my 'war' is end on 8 May, my blog will be my priority to share my ideas and develop new articles about all that i love to do, my journey, and so on...hoho..

Syukran..thank you for reading my entry!:))

p/s:after this exam, i'll make a contest.....bout music and lyric..hehehe...shhh..

Lagu Berjalan Dalam Hujan- cover santai by FeelHoney

Atas permintaan ramai..(aiseh..macam ramai..hahaha..) dengarkan lagu ciptaanku yang tidak seberapa ini. InsyaAllah.. isi lagu ini yang penting untuk kita hayati..


Arigato Gozaimas buat FeelHoney kerana 'jamming' lagu ni.
Jadi sempat merakam suara mereka secara 'live' santai..hehehe...

klik link ini untuk muat turun: Berjalan Dalam Hujan
jangan lupa pasword ini: farhanhafiz
Owh..liriknya ada sedikit sahaja berubah dan ditambah..


BERJALAN DALAM HUJAN
berjalan dalam hujan,
sepi sendiri tiada siapa,

tiap langkah gundah terasa,
pulang ku hampa
kelam dan suram...



izinkan ku menangis,
dalam titismu oh rintik hujan,
biarkanku kebasahan,
Agar tak siapa pun tahu,Align Centersedihku~


chorus:

andainya ada waktu,
ku bisa renung semula,
apakah ada belas untukku...

hanya tuhan yang mengerti,
apa yang ada di hati,
sandarkan jiwa pada Ilahi~


bridge:

Baru kini ku sadari,
Hujan turun mengiringi,
tiap doaku lantunkan,
pengubat sunyiku~


::ulang korus::

Dan tiba-tiba hujan berhenti~

lirik: hanz
lagu: hanz
idea:bie


muka hepi c madie sambil aku mengalun lagunya~hahaha

p/s: ada lagi satu lagu..tapi tiada lirik...rentaknya agak catchy...hem..baik aku buat competition buat lirik kan?hehehe~:))

'Berjalan Dalam Hujan' -New Song, I've compose!

Alhamdulillah...

Sudah sekian lama aku ingin menggubah sebuah lagu dengan sepenuhnya hasil idea sendiri (termasuk kord gitar sendiri..hoho). Hasilnya sebuah lagu yang asalnya idea sahabatku Hasbi FeelHoney, menjadi lagu yang santai dan semestinya ada unsur islami. Rentak lagu ini sederhana dan sesuai dinyanyikan sewaktu hujan. (hohoho...)..

begini kisahnya....

Lirik lagu ini aku gubah semula dari idea asal kepada lirik yang tidak terlalu '
berat' untuk halwa telinga. Mudah difahami dan tidak tersirat sangat..
namun jiwa tersirat masih ada..(:



BERJALAN DALAM HUJAN

berjalan dalam hujan,
sepi sendiri tiada siapa,
tiap langkah gundah terasa,
pulang ku hampa kelam dan suram...

izinkan ku menangis,
dalam titismu oh rintik hujan,
biarkanku kebasahan,
Agar tak siapa pun tahu,
sedihku~

chorus:

andainya ada waktu,
ku bisa renung semula,

apakah ada belas untukku...


hanya tuhan yang mengerti,

apa yang ada di hati,

sandarkan jiwa pada Mu Robbi~

bridge:

Baru kini ku sadari,
Hujan turun mengiringi,
tiap doaku lantunkan,

pengubat sunyiku~

lirik&lagu: hanz
idea asal :bie
FH


p/s: lagu ni juga dibuat time hujan. almaklumlah sebelah petang hujan, ideanya masa balik kuliah time hujan. huh! sadis basah..hahaha..(^_^)

apa yang anda faham tentang lirik ini?hoho~:P

Doa Rindu buat Mereka~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sesekali menjenguk blogku yang seusai teguh meniti waktu.
Andai ia berbicara, pasti kata rindu menyapa,
" Bilakah masa aku ingin bersama pemilikku?".
Aku menjawab," Sudah Pasti sekarang ada masa untukmu. Namun hanya sebentar cuma ku memberi rasa buatmu..Bersabarlah...".

Entah sejak akhir ini, madahku seakan berbunga. Bukan kerana hati mekar kerana bunga menerpa, tapi terkadang aku merasa perlu memberikan keindahan tiap bahasa, andai disulam bait puspawarna bersama alunan bicara berhikmah. MasyaAllah.. Namunku harap pembaca bisa mengerti bahasa yang hanya ku simpulkan sedikit tersirat bersama makna yang mudah dimengertikan.

Alhamdulillah..Segala Puji Bagi Allah..Tuhan Semesta Alam, Pemilik Hati dan Nyawa.. Panjatku rasa syukur ini kerana memberi kekuatan selama hidup ini hingga kini.. Syukur nikmat ini kita panjangkan dalam setiap hela nafas kita. Terkadang ucapan syukur kurang menjadi bahasa indah menterjemah rasa nikmat. Bersama kita sematkan kalimah Thoiyibah sebagai tanda syukur pengucapan kita.Alhamdulillah..(buat diriku jua...)



Hari Sabtu lalu..
Suatu kenangan yang manis buatku dan juga teman-teman Sabah dan Sarawak. Kami berkesempatan melaksanakan operasi khidmat masyarakat bersama anak-anak yatim dan tahfiz di Madrasah Hasyimiah, Selayang. Tampak perjalanan tidak sejauh mana, namun terdetik dihati apakah bahasa pengantar yang sesuai buat media pengantara dengan mereka. Anak-anak ini adalah dari keluarga Myanmar lantaran itu, bahasa yang terfikir adalah bahasa Inggeris. (bahasa Myanmar? sorang pun x pandai..hehehe)






Tugasku di sana sebagai jurugambar bersama kamera SLR (kepunyaan Saiful..tQ bagi aku guna..). Memang kehadiran pelawat dialu-alukan ke madrasah ini untuk bersama meluangkan masa dengan anak-anak yatim yang sudah tidak punya ayah dan ibu. Aku sempat berkenalan dengan dua orang adik,Harun dan Mohamad. Umur sekitar 12-15 tahun dan mereka antara yang 'senior' di sana. Hem..fikiran kami agak meleset bila asyik terfikir soal bahasa. Kebanyakan anak-anak di situ ada yang fasih berbahasa Melayu. Dan tidak kurang berbahasa Inggeris.




Bila tugasku mengambil gambar, aku sempat men'dekat'kan lensa kamera untuk menatap wajah adik-adik ini. Jelas wajah keriangan memberi erti yang sangat bermakna buat mereka titipkan kenangan suka bersama kami. Tambahan ketika mereka menyanyikan nasyid selawat, terasa runtun jiwaku bila alunan merdu adik Anuar dengan irama urdu yang mendayu menikam segenap hati-hati kami. Benak hatiku mendoakan moga Allah memelihara mereka sepanjang jalan hidup ini.





Kami bagaikan adik-beradik pada masa itu. Makan bersama, ada yang masih kecil disuapkan, ada yang sendirian dihiburkan. Kasih sayang dicurahkan walau sekejap umpama hujan rintik membasahi bumi. Setitik anugerah hujan memberikan kenikmatan buat hidupan sekalian. Sedikit aktiviti diadakan bersama sudah cukup memberikan keceriaan pada mereka.



Sewaktu melangkah pergi menuruni tangga, aku bersama teman-teman terdiam sejenak. Bagaimana mereka selepas ini? Yang pasti, kami merindui saat dan detik itu hingga kini. Lelah jerih tiada rasa bila mengenang anak-anak ini. Bila ku tatap gambar-gambar ini, bagai ingin terbang bertanya khabar, menghulur kemesraan semula.



Moga Allah kirimkan doa rindu ini, dengan berharap mereka sejahtera dan sentiasa tabah menghadapi kehidupan dengan keimanan dan kekuatan dari Yang Maha Pengasih dan Penyayang.


p/s: di kesempatan ini, Tahniah diucapkan buat penasyid2 GREK1029 atas kejayaan tempat kedua kategori persembahan dalam Festival Ko-K Pendidikan. Jadikan nasyid sebagai seni dakwah Islam yang berkesan..Allahumma Anta! Hu....

-para penasyid teramai dimuka bumi-40 lebih...fuh..:p






Beraya Rumah Kak Yana + Jalan2 CONVEST = Destinasi Gombak


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga Keberkatan Hidup mengiringi tiap hari anda...
Moga senyuman dan lafaz syukur menitip di bibir sebelum mula bermadah.


Huhu~ sesawang semakin bersawang! Kerana batasan waktu lagi sebagai alasan basi berulat virus..hehe.. tidak mampuku untuk mencari masa sesuai. Ringkasnya dengan formula matematik, mudah menterjemah kenapa tidak meng'update'.

study+ assemen+show+exam+lain2 berkaitan (hooo~) = busy
( simple kan... not pimple ya..!)

Yang atas tu sebagai pembuka bicara. Sesibuk mana pun tidak seperti PM, masih sebagai student yang perlu mengurus masa dengan baik. Hakikat masa itu ibarat mata pedang memang satu pepatah yang amat sesuai buat student macam aku ni. Apa pun, aku nukilkan jua perjalanan sehari ini seperti tajuk di atas nun...
(maaf siapa yang tak dapat ikut ya..sapa2 yang berkenaan r..:)


sahabat2 ging konvoi yang suka senyum

Perjalanan ke rumah Kak Yana (lawyer ni..merangkap peminat FH..hoho~) bermula jam 11 dari rumah 13 uStaRz. Konvoi dengan 7 motor bermacam jenis dengan 13 orang jejaka Borneo= Sabah +Sarawak (Syib termasuk borneo uda walau dia kelate..hahaha). Bermula perjalanan diiringi bacaan doa by Akh Syaifullah.

Perjalanan ke rumah Kak Yana mengambil masa setengah jam juga. Aku bersama Man, tetiba ditahan masa dilaluan motor oleh polis trafik, tapi sahabat2 lain boleh terus lepas....Pelik juga walau benar... Mungkin muka c Man ni macam suspicious someone on their list but he was an innocent person bah.. (Sori Man..huhu.. ) sepanjang perjalanan, kami tergelak dengan situasi tu.. ish..ish..ish...


bersama Kak Yana, empunya tempat beraya..tQ kak!

Sesampai di rumah kak Yana, apalagi.. mula langkah kanan mesti dengan salam, diselangi bicara perkhabaran bersama utusan raya, langkah berterusan menghadap hidangan, makan sahaja apa tersedia.. Sudah agak sate jadi tumpuan, tapi tidak ketinggalan, bubur kambing yang tidak pernahku rasa. Sekali rasa..Fuhhh...sadap bah kata urang Sabah.

Selepas menjamah juadah maka kami berbalas kata, bermadah bicara bersama Kak Yana, lantas gambar diketik sebagai memori kenangan. Akhir bersama, salam dihulur (ayah Kak Yana ya..)maaf dipinta, untuk pergi ke destinasi seterusnya.
UIA, here we come!


pic d luar masjid UIA..saja ja letak Nur Qaseh tu..

Konvokesyen UIA masih berlangsung masa ini sehingga 17 Oktober kalau tidak silap ya.. masuk UIA pergi ke masjid. Hadap Ilahi lebih awla sebelum ke bazar konvo. Seronok melihat para graduasi bersama keluarga, tanda kejayaan dalam perjuangan ilmu selesai pada satu level lagi..(ilmu takkan habis, continuous selagi kita belajar..).
Baju konvo UIA lebih smart dari UM, baju konvo UM agak klasik sikit..hahaha~sekadar gurauan ya..


dun do this at home..hoho~ mo jadi otromen

Jalan2 keliling bazar pastu balik ke rumah..Fuh..letih..namun inilah perjalanan sehari bersama sahabat-sahabat. Susah cari masa untuk berjalan bersama ni..huh~
Akhirulkalam, ucapan terima kasih infiniti~ syukran jazilan, arigato gozaimas buat Kak Yana atas jemputan raya ke rumah akak.

p/s:

pic atas tu tiada kaitan ya..
just candid snap behind fiko...
jadi aku design sikit-sikit n create jadi story yang never ada ni..
hahaha~main2 ja fiko ya..

slamat ari raya..(^_^)

JPS full part (at) YouTube

Assalamualaikum dan salam Ramadhan Kareem..

10 malam terakhir,
tercari-cari hikmah,
balik barokah lailatulqadar,
moga jadi insan kamil..

update sikit blogku ini,
besawang sudah kali..hihi..mahu saja menarikan jari jemari tapi ada saja kerja aku lakukan terutama reka bentuk grafik. (insyaAllah..next entry is bout my design.. how i love this creative hobby n try to create new ideas in grafic design)

but for this entry,
especially for who are always asking me..(hoho..:p)..
"Mana filem pendek kamu tu? lama sudah aku mo tinguk ni...!"
nahh.. present for u all...

Full Part of
Jangan Pandang Serong
ada 4 part... enjoy...:)









p/s: give ur comment after watching those videos.hoho.. bcoz we are just newbies in this arena..hahaha~ enjoy ya! (^_^)

Kenangan 'Jangan Pandang Serong'

Salam Ramadhan Kareem.. bulan mulia ini semakin hari semakin pergi meninggalkan kita.. Masuk Ramadhan ke-11 ini aku menghitung hari yang lalu, betapa pantas masa itu berputar sehingga aku merasakan moga Ramadhan kali ini dapat menjadikan diriku lebih baik dari sebelumnya.

poster promo tayangan..seram ka? hoho~

Entri yang aku berikan adalah suatu kenangan Ramadhan semasa berada di kolej kediaman ke-8 Kinabalu UM. 'Jangan Pandang Serong' adalah satu tajuk filem pendek yang telah memenangi Pertandingan Video Sempena Ramadhan di sana. (sekarang tinggal d klj 13..hahaha~). Pengarahnya? Hasbi @ Bie FH yang memang banyak idea kreatif bukan sahaja dalam seni suara bahkan bakat mengarah filem pendek juga terserlah..

Trailer cerita ini saya sudah lama upload di laman YouTube, tapi filemnya belum di upload lagi memandang kekangan masa untuk memotong video menjadi part pendek. Namun aku akan cuba juga nanti memandangkan ramai yang ingin melihat cerita yang penuh tragik ni..(hoho~..tanya siapa sudah melihat cerita ni...)

Memang tidak dijangka sambutan menggalakkan pada hari tayangan. Penuh satu dewan, tidak seperti program yang dianjurkan yang biasa aku ikuti semasa di kolej. Salah satunya mungkin kerana promosi untuk tayangan tersebut sangat menarik dan menjadi suatu pertanyaan. cerita apa ni? hahaha~


ini dia trailer Jangan Pandang Serong..huhu~

Pembikinan filem ini hanya 3-4 hari sahaja termasuk acting, editing dan publishing. Memang simple jalan cerita tapi menjanjikan suatu debaran dan pertanyaan yang belum ada jawapan. Semestinya punya pengajaran tersendiri yang boleh dititip bersama pada akhir filem tersebut.

mungkinkah?

Ramadhan kali ini, ramai sudah bertanya akan sambungan cerita JPS (Jangan Pandang Serong..singkatan tu..).
hem..
mungkinkah akan ada sambungan kedua?....

credits to all crews' JPS

bie (producer+ director)
wafi+ elty + sarul + otai + fiko + syib + madie (cameraman) + sepul (makeup artist) + aina( tQ alat makeup..hehe..) = JPS mantop!


p/s: lucu masa part kena megi tu.. termasuk kari megi di mata.. tahan ja...hahaha~ :p

Alunan 'Sekadar Lelaki Biasa'...


Apa yang tersirat adalah satu lagu luahan hati sang teruna yang mendambakan cinta suci dari seorang muslimah. Luahan ini berupa monolog sang teruna yang berharapkan biar cinta suci yang lahir ini melalui permohonan pada Pencinta Agung, AllahuRabbi. Sang teruna berasa dirinya serba kejahilan dan wujudnya cinta ini merobah dirinya dengan jalanan yang diredhai Ilahi.

Lirik puitis ini ciptaan Hanzsensei dan Bie FeelHoney dengan lagu irama pop balada yang bertepatan dengan mood serta penerimaan halwa pendengar. Walaupun sekadar rakaman amatur tetapi hasil yang dicipta, alhamdulillah... memuaskan dengan arrangement music oleh Elty. Dengar-dengarkan lagu ini melalui link muat turun di bawah.


SEKADAR LELAKI BIASA

wajah nan rembulan
meruntun jiwaku
tiap tutur kata

penuh keimanan


tetapi diriku

berbeda denganmu
aku hanya insan penuh kejahilan


adakah mungkin
kan ku miliki kasih
atau sekadar dalam hati


korus:
ya Allah perkenankan doaku
jadi ku halal baginya

tuk membimbingku kepadaMu

ku harapkan...

adakah harus ku kata

rahsia cinta di jiwa

siapalah aku

sekadar lelaki yang biasa


cintaku tak berarti milikinya

tapi cukup sekadar doa
bahgiaku untuknya

Singers: Hanz, Fika, Elty, Mizal, Wafiey feat Bie FH & Kimo FH
Lyric: Hanzsensei & Bie FH

Arrangement: Elty

13 UstarZ Creative Studio


Klik Muat Turun Lagu:
lagu ini sudah di 'remove' link nya kerna ramai keliru dgn
new version of this song from Feelhoney..Maaf..



p/s : Masa buat lagu ni, time cuti mid-sem lepas. Saja-saja mengisi masa lapang... Terimalah hasil ini seadanya. Kritikan membina anda memang dialu-alukan. hehehe~:p



Iklan: Album Nasyeed Underground memang best! sudah dapatkannya? Harga istimewa di bawah FeelHoney Management masih lagi ada. Dapatkannya sekarang!
Link pada sidebar blog ini...


masa:1156 pm
tempat: Kolej 13 taman Jaya. hoho~


Wallpaper _Jihad Untuk DiriMu


Alhamdulillah.. Ada juga hasil masa cuti yang tersisa ini, aiseh... terimalah wallpaper tajuk Jihad Untuk Dirimu. background itu gambar meja study masa di 8th.hehehe..

If you want that wallpaper, just click the picture and save as in your computer...
wassalam..

Wallpaper simple 'Dare to Syahid?'..


Hem.. design ni saya buat time boring. Masa yang sama teringat pula jihad umat Islam di Palestin.. Jadi, dari terbiar idea memendam je, saya buat ar design yang simple ni.. 'Dare to Syahid?'.. kat muka tu da nampak macam ada orang berjalankan? dan muka orang tu ada darah.. nak cabar sapa-sapa yang berani syahid... Takbir!!!...

p/s: Kalau nak ambik wallpaper ni, klik je image tu, dah keluar semua image, klik kanan..pilih Save image as..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin