| Kenalan Hanzsensei |

Showing posts with label kembaraku. Show all posts
Showing posts with label kembaraku. Show all posts

Boleh Bah Kalau Kau ! (mode:posting)


" Hello..Assalamua'alaikum. Saya Farhan Hafiz. Mau tanya pasal penempatan saya. "

" Waa'laikumussalam. Bagi nama penuh "

Apabila 'kak' kerani memberikan jawapan yang aku tunggu selama setengah tahun ini, akhirnya...

" SMK Desa Wawasan, Tambunan "

" Apa ? Tambunan ?"

" Iya, Tambunan. Nanti 23 Mei, Encik Farhan berkumpul di PPD Tambunan untuk taklimat lanjut ya."

" Ok, terima kasih."


Monolog Seketika : Bersangka Baik


Walau dalam gembira menyambut jawapan itu, hatiku sedikit berbaur gelisah. Bukan tidak bersyukur. Tapi itulah naluri apabila sekali lagi berpisah dengan ibu bapa. (Setelah 7 tahun diperantauan)

" Siapa mau tolong mama bejualan di gerai ni karang ?" 

" Kenapa aku inda di tempatkan antara dua sekolah yang jaraknya hanya 10 minit berjalan kaki dari kediaman ku ni ?"

Benak hati ini sentiasa bertanya. Aku cuma perlu bersangka baik untuk semua takdir yang Allah tuliskan buatku ini dengan redha dan sabar. 

“Aku mengikut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika mereka mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku menyebutnya dalam diri-Ku. Apabila mereka menyebut nama-Ku dalam kumpulan, nescaya Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka. Jika mereka menghampiri-Ku sejengkal, Aku mendekati mereka sehasta. Jika mereka menghampiri-Ku sehasta, Aku mendekati mereka sedepa, dan apabila mereka datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan, Aku datang kepada mereka berlari.”
- Hadis Qudsi riwayat Bukhari & Muslim

Ter'Flash Back' : 8 tahun lalu
Hem, apabila aku amati setiap perjalanan ke arah ini, aku sedari Allah tunjukkan jalan yang terbaik dan takdir yang mampu aku hadapi. 

" Tunjukkan kami jalan yang lurus,"
- Al-Fatihah: 6

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."
- Al-Baqarah: 286
Sebelum mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan Pendidikan Islam ini, aku mendapat tawaran ke jurusan IT dan Seni Kulinari di kolej swasta. Dua bidang yang aku minati. Masa itu, pilihan ke arah IT lebih dekat di hati kerana jarak ke kolej tersebut hanya di sekitar Kota Kinabalu. Hanya perlu menaiki bas.

Detik membuat keputusan, aku berbaring di bilik. Aku pejamkan mata. dan menghela nafas sepanjangnya. Cuba hilangkan rasa 'memilih' buat sementara dan menenangkan jiwa yang berbolak balik ini. Aku memohon agar Allah tunjukkan aku jawapan terbaik untuk ku sampaikan kepada ibu bapaku.

Saat membuka mata, pandangan pertamaku adalah pada ayat yang terpampang di hadapanku. Cantik berbingkai. Surah At-Talaq: 2-3. Ayat yang kebanyakan peniaga yakin untuk melariskan perniagaan. Senyum sendiri. Eh, kejap. Maksud ayat ini.

 "Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. " 
- At-Talaq: 2-3
  
TAQWA dan TAWAKKAL. 
Lantas, dalam hati bertanya, " Apa bah ini taqwa?"
Dalam khutbah selalu pesan " Bertaqwalah kepada Allah "
Hem, aku tidak faham perkataan seringkas ini. 
Kalau Tawakkal, faham juga maksudnya. Serahkan semuanya pada Allah setelah berusaha.

Dalam fikiran ada satu jalan yang bisa menunjukkan aku maksud keseluruhan ayat ini. Bukan sahaja maksud Taqwa dan Tawakal. Tapi keseluruhan hal yang berkaitan dengan kehidupan. Iaitu memahami Islam secara menyeluruh. Aku sudah yakin dan nekad untuk membuat pilihan itu.

" Mama..Bapa.. aku mau pigi Kelantan. Pigi Nilam Puri "

" Bah, mana-mana jak. .Ada Nik Aziz tu sana. Baguslah " jawab bapa.

" Jauh tu Kelantan. Teda apa-apa kah kalo di sana?  " jawab mama.

Itulah peranan media utama . Melahirkan persepsi negatif buat kami yang tidak memahami keadaan Kelantan yang sebenar. Corak pemerintahan. Suasana dan rakyatnya.

Namun, itulah stigma, persepsi dan impresi. Yang pertama bisa mempengaruhi seterusnya. Ternyata jika tidak mengkaji dan berpijak di buminya yang nyata, kita tidak akan faham hakikat sebenar sesuatu perkara. Jadi, bermusafirlah aku ke negeri gelaran Cik Siti Wan Kembang.

(pada asalnya,aku tidak terfikir yang aku akan menjadi mahasiswa UM kerna menganggap Nilam Puri adalah sebuah kolej juga.haha. Rupanya, ia adalah Akademi Pengajian Islam UM cawangan Kelantan, di Nilam Puri. )

Hok politk ambo duk tepi sebab ambo budak baru nok ngaji. Hok tradisi keilmue, ambo respek mace ni. (two thumbs up).  Meme 1st time, tok panda pahe2 nok kecek lagu mano..mace aye itik.  Tapi doh masuk tempat ore, kena panda-panda hidup. hahaha. Maaf jah kalu ado saloh oyak. hehe..:)

teringat lagu tupa..Halim Yazid. haha.

Alhamdulillah, 3 tahun di Kelantan. ternyata hakikatnya baik belako! 
4 tahun di Kuala Lumpur, memang banyak 'lumpur'.


Persepsi Awal Perlu Positif

Tambunan, pertama kali dan terakhir ke sana masa kem motivasi tingkatan empat. Kawasan geografi berbukit. Kelilingnya Banjaran Crocker. Zon Pedalaman. Ada yang mengatakan 'Tambunan is Switzerland of the East '. Cuaca sejuk. Majoriti kaum dusun /kadazan. Jarak dari Kota Kinabalu, kira-kira 80 km. Anggaran 2 jam lebih perjalanan.

Aku cuba mencari 'gambaran' awal sekolah itu dengan bantuan pakcik 'Google'. 
Persepsi pertama seharusnya positif. Tetap dengan sangkaan baik.
" Eh, tiada laman web sekolah? Ok. Cari gambar kalau ada. " 

" WAH ! Cantiknya sekolah.."

 di bawah tangga, ada sungai.
(Kaki pancing macam aku ni, sukalah kalo dengar sungai..hahaha..)
 gambaran kelas-kelas dari sekolah tersebut.
(unik & cantik)
 Pemandangan yang sangat 'awesome'
(menurut gambar, aircond semulajadi di sini..hehe..)

Tanpa berlengah, aku sampaikan berita ini kepada ibu bapaku. Dalam hati masih berbaur macam-macam bila melihat kedua orang tuaku, aku tetap gagahi jua.

" Mama..Bapa...aku diposting ke Tambunan "

" Bah, syukurlah. Ramai sumandak tu. " jawab bapa.

" Mama target di Ranau atau Tawau. Tambunan. Ok juga tu. " jawab mama pula.

Jawapan mereka 'simple' dan lucu. Tergelak juga menyambut jawapan yang tidak disangka-sangka. Tapi itu sudah cukup menyenangkan hatiku. Belajar cakap dusun laini... lalalala..hehe..
Terima kasih Allah! :)

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
 -Al-Insyirah : 5-6

Out of Comfort Zone. 
Survival mode. Activate.


FH : Buat guru-guru baru dari Semenanjung yang dihantar ke Sabah atau Sarawak. Be Strong! Ikhlaskan hati..Boleh bah kalo kau...:))




 

Usprak?

Ujian : Bahasa Jepun
Kelas : 2 AB
Masa : 10.50 am- 11.20 pm
Guru ganti : Cikgu _______
Pengganti : Ustaz praktikal

Pertama kali masuk kelas sebagai GURU (relief...hehe)
terima kasih kepada guru pembimbing yang bagi guideline tentang prosedur ujian bagi kelas tertentu..Mudah dan teratur!

Langkahku bermula dengan mengambil kertas ujian Bahasa Jepun di bilik Unit Peperiksaan sekolah.

Langkah kedua, mencari kelas form 2 AB...(setiap tingkat saya round itu sekolah...haha..)

Masuk kelas tersebut...pelajar blur. Lalu saya memberi salam.

" Semua berdiri..."..ujar ketua kelas.

" Assalamualaikum cikgu..."

Mereka pula bagi salam kemudian membacakan doa.

" Er..cikgu! boleh gerak ke kelas lain ke? "

" Eh..ni bukan kelas...Owh..ok..sesiapa yang amik ujian bahasa jepun sila berada di kelas ini. Mandarin dan Jerman di kelas lain. " tetiba ada mentol keluar di atas kepala. hoho...

Saya tengok pelajar semua. Ok cukup korum.
Muka masing-masing blur..ada stress sikit..haha..
Mereka belum kenal saya kot?
tengok kertas ujian...JEPUN!

" Assalamualaikum...Watashi Farhan-Sensei. Ohaiyo gozaimas! "
saya main tibai je bahasa jepun..haha..

" Waalaikumussalam.. Ohaiyo!! "
pelajar menjawab sambil tersenyum. Eh, pandai cakap Jepun?

" Hehe...Semua simpan buku. Bahagikan kertas ujian ini. Masa ujian adalah 2 jam 30 minit. Moga dipermudahkan menjawab soalan. Jangan lupa baca Basmalah!"

" Saya ajar PI di kelas ni selepas cuti. Saya tak ajar bahasa Jepun tapi bahasa Arab..hehe..Jadi semua bersedia. Inna ma'al u'sri yusra...Kalau ada nak jawapan, tanya je saya. Saya pun tak faham bahasa ujian ni.."

" Hahaha..."

First masuk kelas.
Arigato Gozaimas..^_^

Cerita 3 Jam


" Kamu kalau dah keluar nanti, orang akan banyak tanya pasal hukum-hakam. Tidak kisah, samada kamu ni belajar Pendidikan Islam atau Pendidikan Quran."

Saya dan kawan-kawan memang berfikir sedalamnya apa yang diperkatakan oleh Abang Wan, seorang yang banyak pengalaman dalam seni.Sepanjang perbualan selama hampir 3 jam di Restoran Bapak antara kami membuka minda tentang situasi masyarakat kini yang perlukan hidup beragama.

" Sepatutnya kamu belajar tentang feqah dulu, paling kurang pun yang asas-asas sebab kamu akan masuk dalam masyarakat kerna title kamu sebagai ustaz."

" Saya kesian juga tengok orang yang belajar tinggi sampai PHD sekalipun masih merangkak-rangkak dalam bab agama, mengaji al-Quran. Eloknya kan, kita di tekankan dulu bab agama dalam akidah, tauhid barulah bab-bab yang lain tu..Rasulullah pun mulanya memberi kefahaman tentang Islam, barulah masuk bab-bab memanah dan lain-lainlah."

" Ni lah bang sistem pendidikan di Malaysia, berorientasikan peperiksaan. Semua orang sibuk mengejar pencapaian dalam exam semata." saya menyampuk sekejap.

" Ya, betul. Bab-bab kerohanian dan agama ni patut ditekankan lebih awal. Isu-isu yang tak sepatutnya berlaku boleh dielakkan kalau dah ada pendinding dalam hati. Kamu semua bagus lah..belajar agama muda-muda ni. Teruskanlah..macam abang ni dah tua-tua sikit baru sibuk nak cari semua. Macam hari tu masa abang pi kursus JAWI, ada satu topik yang kami kena bincangkan.."

" topik apa tu bang?"

" Buat baik atau buat jahat. Mana lagi senang nak buat?"

" Em.."

" Hehe.. Semua orang fikir mesti buat jahat yang senang kan? kalau saya, buat jahat tu lah paling susah. Contohnya, kalau nak mencuri, pertama: nak kena niat mencuri, kedua: nak perah strategi, ketiga: nak juga beli peralatan untuk mencuri, keempat: nak kena tengok tempat nak dicuri, kelima: nak jaga-jaga kalau ada polis..banyak lagi lah!"

" Contoh buat baik tak perlu banyak senang je..(tetiba abang ni senyum).. hah..kan dah dapat pahala..kamu berselawat sekali je pun, Nabi selawat balik kepada kamu 10 kali. Kan senang buat baik dari buat jahat, kalau nak buat jahat paling-paling koman lah..mengumpat. Kau da lintasan niat, kau nak becakap tu pun guna tenaga, tambah-tambah nak fikir dan cari point mengumpat. hahaha.."

Kami tersenyum dan mengangguk tanda setuju.

" Bagus tu kalau korang nak bagi point ceramah ke.. nanti korang kena juga berdiri di hadapan, bagi tazkirah dan ceramah ngan masyarakat. boleh buat lagu-lagu kesedaran.. tapi buatlah dalam versi klakar. Hehe.." " Buat juga kartun lawak-lawak, sindiran masyarakat yang common tentang perkara agama. Agama tu penting dalam hidup. "

" Kalau kau dah dapat apa yang kau nak, last-last baru kau fikir..apa yang aku sudah buat ni? Apalagi aku nak buat ni? Cukupkah bekalan ku untuk hidup ni?..Inilah peranan kamu yang faham agama dengan mereka yang di luar sana. variasikan dakwah dengan medium yang korang ada! Buat lagu-lagu untuk mengajak berselawat, tentang feqah untuk budak-budak..supaya dorang ni ada guideline yang menarik kelak..InsyaAllah..kamu boleh tu..datang saja ke studio, mainlah piano, buat muzik..abang akan tolong.."

Perbualan sepanjang 3 jam, memang saya rasa cukup bermakna. Ada isi yang boleh dikongsi apa lagi dalam bab menyampaikan kefahaman beragama. Merasa begitu kerdil dengan ilmu yang senipis kulit bawang ni berbanding abang itu yang punya berbagai idea dan jiwa yang Islam yang semakin menebal.

Islam itu indah, mereka yang mencari Islam akan merasa keindahan...:)

fh'= Pengalaman baru merakamkan suara latar animasi bagi majalah Gila-Gila..tQ abang Wan atas tunjuk ajar..dan rakan-rakan- Elty, Madie dan Fika: Satu lagi majalah r..hehe~

another task and job to do : exam, LM, drawing, designing, psn, repairing lappy..managing show..woho..!:)

Mendidik sebelum mendidik - PSN

" Saurus means lizard "

" owh..that's mean all of this dinos were big lizard. So that, the cicak on the wall is dinosour too. "

" You are really smart girl."

" But abang. Saya hate cicak but love dinosour."

" if the dinosour are here, would you love it?"

" ya! as you can see there (sambil tunjuk robot dinosor setinggi 20 kaki), the dinosour doesn't hurt us"

" Hahaha.."


" Saya dinosor yang baik hati. Harap maklum. hehe.. "

Dalam hati, " Bijak juga Lyssa ni. Umur 8 tahun dah fikir tentang sekelilingnya."

Sempena Dinos Alive di Pusat Sains Negara, saya berkesempatan menjadi fasilitator selama dua hari satu malam di sana. Yang istimewanya, pada minggu lepas diadakan Holiday Science Camp with Dinosour dengan jumlah peserta 24 orang. (wah,banyaknya! oh yeah...)

Peserta kem ini berumur antara 7 tahun hingga 14 tahun. Dan semestinya anak-anak orang kaya..hehe..Apa tidaknya, yuran untuk kem ini adalah rm200. (wah, murah sangat! oh,yeah!)


Pada sudut pemikiran dan pengetahuan mereka, saya boleh anggap mereka adalah budak-budak yang pandai kerana sepanjang kem ini, mereka banyak bertanya dan memberikan respon berdasarkan pengetahuan sedia ada.


" Abang, macam mana tsunami terjadi?"

" Tsunami ni terjadi akibat gempa bumi dasar laut. tekanan yang kuat hasil daripada gegaran gempa bumi dasar laut menyebabkan terjadinya tsunami."

" Oh begitu! Kat Malaysia ada kena tsunami juga kan?"

" Ya..Ada...di Malaysia, kita kena tempias tsunami dari Acheh tu.."

Datang dua orang budak Syah dan Thaqif ke arahku, seakan mahu mendengar perbualan saya dan Haziq. Saya pun mengajak mereka duduk bersama dan saya mencerita tentang keadaan geografi kawasan Lingkaran Api Pasifik. (Sedikit pengetahuan yang masih saya ingat ketika belajar Geografi Tingkatan 3).



" Ok, Abang bagi contoh tentang kedudukan Malaysia dalam Lingkaran Api Pasifik."

Saya ambil tangan Syah sebagai Semenanjung Malaysia dan tangan Thaqif sebagai kepulauan Borneo (Sabah,Sarawak dan Kalimantan). Saya letakkan tangan saya di bawah tangan mereka sebagai Kepulauan Sumatera dan Jawa.


" Lingkaran Api Pasifik melingkari sekitar Malaysia. Indonesia berada di lingkaran ini,juga Filipin "

" Di mana Filipin dari tangan-tangan kami ni bang?"
tanya Thaqif.

" Saya tahu bang. Filipin ni atas Sabah Sarawak kan?" ujar Syah, ingin kepastian.

" Ya, betul Syah! Nak tengok Filipin di mana? Filipin letaknya di sini." sambil saya menunjuk bahu Thaqif.

Kami ketawa bersama. Perumpamaan yang saya berikan untuk menerangkan tentang Geografi Asia Tenggara menarik minat mereka. Saya cuba mengaitkan bencana alam ini dengan Lingkaran Api Pasifik seperti gempa bumi, tsunami dan gunung berapi yang pernah terjadi di negara yang berada dalam lingkungan tersebut.


" Malaysia juga mungkin terkena bencana alam dahsyat ni."

" Tapi bukan kita kira selamat ke? kita kan berada di luar lingkaran ni?" tanya Haziq.

" Allah sebut 'Kun Fayakun' (Jadi, Maka jadilah!), tidak mustahil bagi Allah semua itu. Cuba Thaqif pegang bahu kanan dengan tangan kanan."

" Ini Malaysia (kepulauan Borneo- tangan kanan Thaqif) dan bahu saya ni Filipin." Thaqif memegang bahunya.

" Boleh jadi Malaysia pun kena lingkaran tu kan? waahh..."

" Betul Thaqif. Tidak mustahil bagi Allah untuk melakukan semua tu..?"

" Betul!" ujar Thaqif. Syah dan Haziq pun cuba melakukan apa yang Thaqif lakukan.


" Nah..adik-adik! Selama kita duduk di bumi ni, jangan pisahkan diri dengan Tuhan. Belajar sains, geografi dan dinosor pun kena ingat dan sandarkan pada Allah."


" Kun Fayakun!" jawab Syah. Memahami apa yang saya sampaikan.


Jam menunjukkan 715pm. Bath time untuk bebudak ni.

" Baik. Syah dan Thaqif tak pi mandi?"

" Saya pakai perfume je bang. Sebelum datang sini, dah mandi siap-siap. Hehe.." jawab Thaqif.

" Saya malas nak mandi. Mandi perfume BOSS..hehe" jawab Syah pula.

Dalam hatiku..." Mak aih...mandi perfume? Kaya banar...hohoho..."

fh': takziah buat penduduk Jepun atas kejadian Tsunami dan gempa bumi yang berlaku. Saya yakin mereka bisa bangkit seperti selepas Perang Dunia Kedua..Ganbatte!!\(^_^)/

Just Science It!

" Who wants to be a volunteer here?"
" Me!...Me!..."

Meriah. Teruja.
Ungkapan yang mudah saya ucapkan menggambarkan keseronokan 300 pelajar sekolah rendah apabila Encik Aziz meminta seorang sukarela berdiri di atas pentas. Aktiviti ini dinamakan sebagai Science Show yang diadakan di Pusat Sains Negara pada jam 12.00 tengahari dan 2.30 petang.

" Baik. Sebelum saya minta anda menjadi sukarela di hadapan ini, sila tengok apa yang akan terjadi apabila saya masukkan bunga kekwa ini ke dalam larutan nitrogen ini. Anda perlu tahu nitrogen adalah daripada gas dan ia menjadi cecair apabila ia dibekukan pada suhu -40 darjah Celsius.."

Encik Aziz memasukkan sekuntum bunga kekwa berwarna putih ke dalam larutan nitrogen atau sinonim dinamakan ais kering. Kemudian dia menunjukkan bunga kekwa tadi kepada pelajar.

" Okay..Tengok apa yang akan terjadi selepas saya masukkan bunga ini ke dalam larutan ini "
" Wah..the flower turn into ice!"


Kemudian, Encik Aziz mengenggam bunga tersebut. Anda boleh mengagak apakah yang berlaku. Ya..bunga yang bertukar menjadi ais tadi, hancur menjadi serpihan ais.

" Ok. Now, who wants to be a volunteer? and of course put your hand inside this nitrogen liquid. "
" me...!..me...!" ujar sebahagian pelajar tadi.

Nampaknya mereka tidak faham akan keadaan yang akan berlaku apabila bahan pejal dimasukkan ke dalam cecair tersebut.


" Ok, let me do it again.." ulang Encik Aziz dan mengulangi semula eksperimen seperti di atas. selepas itu, dia bertanya lagi.

" siapa yang nak jadi sukarelawan di hadapan dan masukkan tangan ke dalam cecair ini?"

------------------------------------------------------------------------------------------

Anda rasa ,apakah respon pelajar-pelajar ini apabila eksperimen tersebut diulang semula?
Mahu atau Tidak?

Pertamanya, jika kita menilai tahap kognitif @ pemikiran pelajar ini adalah pada tahap pengetahuan dan semestinya suka pada perkara baru serta menyeronokkan. Sesuatu perkara yang baru akan mereka cuba lakukan kerana perasaan ingin mendapatkan pengalaman baru sentiasa mahu dan mahu.

Laksana itulah, apabila kita menghadapi situasi berhadapan dengan kanak-kanak atau pelajar yang masih muda ,didiklah mereka dengan sesuatu yang memberi kesan positif dan bermakna dalam hidup mereka. Ini kerana apabila pemikiran mereka sudah dirangsang dengan kesan positif, pemikiran positif inilah akan melahirkan dan mengembangkan tahap pemikiran mereka kepada idea-idea baru.

Just Science It! hehe...

Seronok. Gembira.

" Me!..Me!..."
" Saya!...Saya!..."

Itulah respon mereka di Science Room tersebut. Maka perkara yang gembira dan seronok seperti itu, menyebabkan sebahagian mereka mengangkat tangan menjadi sukarelawan mencelup tangan ke dalam larutan nitrogen tersebut.hehehe...

Lantas, Encik Aziz memberikan penerangan tentang apa yang akan berlaku jika tangan mereka dimasukkan ke dalam cecair tersebut. Ya..Akan menjadi seperti bunga kekwa tadi. Hancur. hohoho...


Bisik seorang pelajar dalam anggaran usia 9 tahun.


" Wah, nanti saya boleh jadi Iceman!"

Dan saya berbicara sendiri ." Adik, jadilah seorang yang Lebih hebat daripada Iceman!"

fh': Seronok menjadi kanak-kanak..imaginasi tahap superhero tu!!..hehe..:P









Owh sebelum tu, Pusat Sains Negara sekarang mengadakan Dinos Alive (klik link untuk maklumat lanjut) . Jom reramai jenjalan ke sana special minggu ini sempena cuti sekolah. Hanya minggu ini saja spesel..hehe..




Suka-Suki Aidiladha-17112010


Entri kali ni bekisar tentang beberapa orang pemuda perantau, merantau menyeberang Laut China Selatan untuk menuntut ilmu. Mereka tidak dapat balik beRaya Qurban bersama keluarga kerana pihak penganjur tidak men'sponsor' tiket penerbangan mereka. (hahaha~)

mereka2...

Namun begitu, bila bersama teman-teman perantauan, ibarat satu keluarga yang berkumpul meraikan kemuliaan Aidiladha kali ini. Lantas pada hari sebelum Aidiladha, mereka merancang mengadakan majlis makan-makan bersama. Ingin juga mereka membeli daging lembu untuk santapan raya, namun begitu ayam juga tetap jadi pilihan mereka.


Tambahan, mereka telah menangkap ikan , dan hasilnya dapat menampung keperluan mereka bersama. Ibarat peribahasa, kais malam makan pagi..(hahaha..) - mereka memancing pada malam hari dan hasilnya di masak pada pagi atau tengahari. Namun inilah juga tanda kesyukuran buat mereka.

Inilah hasil tangkapan mereka.. tempat memancing dirahsiakn..hahaha~

Pada malam sebelum raya, mereka mempersiapkan segala keperluan untuk memasak esok hari. Sambil-sambil mereka menyiang ikan, menyediakan bahan-bahan dan menggosok baju raya untuk esok, alunan lagu raya tetap dimainkan.(walaupun tu lagu raya Aidilfitri..hihihi..)

Incik Bie memasak bihun goreng untuk
mereka yang kebuluran..hahaha



Inilah hasil setelah diblender tuan2 dan puan2....
halia, bawang merah, lada, serai, bawang putih..hoho

Usai solat Aidiladha, mereka pun pulang ke rumah dengan sukaria. Mereka menyiapkan juadah lauk pauk seperti ayam panggang, ikan masak sambal, air jagung, kerang bakar dan nasi putih. Tidak semewah mana namun mereka lebih menyukai kesederhanaan.

Masjid Haji Kamaruddin, PJ~

Merekalah geng2 yang terlibat~

chef import dari masjid..hehehe~

kerang bakar yang melatup~

ikan masak sambal masam manis... katering tel: 0123456789


Alhamdulillah..rezeki aidiladha..~:)

Selesai sesi masak-memasak, mereka pun makan bersama-sama. Lihatlah wajah ceria mereka..hohoho..hati manyak senang ooo..~


ketawa besar nampak~..

Baik punya~:P

sekian cerita suka-suki~
wassalam..^^

p/s: Aidiladha membawa makna yang besar dalam kata 'pengorbanan'. Lantas pengorbanan inilah membawa kepada kesyukuran...^^

Gracias a todos (IKON'10)

credits to Bie FH for being the photographer!

esto es sĂłlo una simple inscripciĂłn para hoy ...
SĂłlo quiero decir muchas gracias a la organizaciĂłn de IKON'10
porque han estado haciendo un programa exitoso ...
Aunque todas se ven muy cansado, pero las sonrisas en sus caras son realmente describir lo feliz y disfrutar de trabajar juntos como un buen equipo. Este es el gran momento voy a recordar y lo convierten en uno de mis dulces recuerdos con todos los miembros del equipo.

RECUERDE .. Somos un modelo para el futuro ..
y recibe a prepararse para la educaciĂłn desafĂ­os ...(^_^)

p/s: understand with this language? if not, translate it with Google Translator..hohoho..:)

Sujud Syukur Pada-Mu

Kerisauan melanda di jiwa tatkala terfikirkan apakah nasib adikku dan rakan-rakanku ketika ini? Jam di Masjid At-Taqwa menunjukkan jam 720 malam. Sebentar lagi Isyak, namun kelibat mereka masih belum kelihatan. Pada kebiasaan, perjalanan sejauh jarak Keningau ke Kota Kinabalu tidaklah hingga waktu begini.

"Ya Allah...tenangkan hati yang berkecamuk ini~" detik hatiku.

Hanya dengan doa' ku lantunkan, semoga ketibaan mereka kembali dari Kem Motivasi Tingkatan 4 di Kg Bayangan, Keningau selamat dan baik sahaja.

Dudukku di belakang saf. Tidak tenang di buatnya, lantasku bangun dan berjalan ke beranda masjid. Akhirnya, kerisauan ku terjawab...


Danger!! Slow sikit bawa bos!

" Bang Farhan, dorang (mereka) kemalangan! Bas dorang naik terbabas. Cikgu Rizal bawa abang ikut sekali pergi hospital sekarang,"


Kata-kata juniorku itu sudah cukup menjawab kebimbangan hatiku. Lantas, aku dan beberapa sahabat terus bergerak ikut serta Cikgu Rizal ke Hospital Queen Elizabeth.

Setiba di hospital, aku segera ke wad kecemasan. Ku lihat kelibat rakanku memegang lengannya.

" Kamu ok ka semua? mana Farizul?"
" syukur kami selamat semua. Adik abang di dalam bilik tu. Kejap lagi keluar."

Tidak sampai 2 minit menunggu, ku lihat adikku keluar dari bilik wad dalam keadaan pucat sambil memegang bahunya. Benak hati mengucapkan kesyukuran tidak terhingga lantas ku gapai bahu adikku.

" Ok juga Rez? tiada injured ka?"
" Adui bang..tiada apa jua. tapi bahuku ni sakit..Alhamdulillah, cuma si Ghauth saja yang cedera ringan,"
"Alhamdulillah... risau betul abang,"
"Nau'zubillah kemalangan tadi. Keluar saja dari bas, terus ramai-ramai kami SUJUD SYUKUR. Mahu buat laporan polis nanti ni,"

Sementara urusan laporan diproses, aku bersama sahabat-sahabat yang turut serta Cikgu Rizal, pulang semula ke asrama. Tanda kesyukuran ini ku rafa'kan pada sujud syukur selepas solat Isya'.

Pengalaman di atas berlaku pada tahun 2003, sewaktu aku tingkatan 5. Sedikit info mengenai tajuk entri iaitu Sujud Syukur.

Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka. Syarat-syaratnya niat untuk sujud syukur, takbiratul ihram (AllahuAkbar..), sujud dan salam. Sujud Syukur dilakukan di luar solat. Mudah bukan?

Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :

“Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Bacaan semasa sujud syukur adalah harus dibawakan dengan bacaan zikir ketika sujud sembahyang. Untuk keterangan lanjut mengenai sujud syukur ada link ini.



Berzikirlah.. pujilah kebesaran Allah kerana dengan kasih sayangNya, kita mampu lagi terus bernafas dan menikmati indahnya hidup ini.

wassalam...

p/s: ucaplah Alhamdulillah..syukur kita kepada Allah... ucapan syukur kurang dilafaz pabila gembira, malah digantikan dengan 'Yahhuuuu...!'.. fikir-fikirkan, dan selamat beramal...:))

Perihal Perjalananku



Assalamualaikum dan Salam Berbahagia..

Alhamdulillah..aku sudah tiba di Kuala Lumpur setelah perjalanan yang memenatkan dari Sabah. Walau penat tapi kerinduan pada keluarga terus bertapak walau jauh di mata tapi dekat di hati. Hampir semua kenderaan awam telah aku gunakan untuk sampai ke destinasi rumah di Petaling Jaya ni. Bermula dari airplane, skybus, LRT dan akhir sekali teksi.

Sememangnya jejak langkahku meninggalkan bumi Sabah agak keberatan namun digagahi juga dengan semangat juang bagi menghabiskan sesi pengajian di UM. Apa tidaknya sebelum berangkat ke airport, aku sempat mencium dua orang anak buahku yang comel, Camilia dan Arissa. Arissa sudah pandai tersenyum riang. Camilia sudah pandai berbicara dan pintar.

"Umur saya 2 tahun laa..."

Sepanjang penerbangan ke KL, sekali-sekala terimbas wajah-wajah kesayangan hamba..(hehe..)..ya.. my parents, my bro n sista wif my nieces.. tidak dilupakan sahabat-sahabatku yang berada di Sabah yang bertanya khabar berita, bertegur sapa, mencuit rasa. Sesekali juga aku senyum sendiri bila terkenang kampung halaman.

Arissa baru berumur 56 hari.
tapi sudah pandai tersenyum riang..hehe..



Ok..bertukar mood kepada perjalanan.
Sebelum berangkat ke airplane AirAsia, aku sempat bertegur sapa dengan seorang uncle, namanya Sylvester. Entah kenapa aku lebih mudah berbicara dengan orang yang veteran dari yang muda. Mungkin kerana pengalaman mereka sepanjang hidup membuatkan aku berminat mendengar. Kami berbicara soal pendidikan di Sabah apabila dia mengetahui aku pelajar jurusan Pendidikan.

"Kamu ambil kos apa di sana? Enginering ka? atau muzik? "
"Saya ambil Pendidikan."

(dia fikir aku ambil kos muzik sebab aku bawa gitar. kalau ambil kejuruteraan, mungkin gaya engineer kali kan...hehehe..)

"Owh..bagus tu dik. Ya lah..kalau kita mengharap guru-guru di Semenanjung untuk mengajar di Sabah belum tentu pencapaian pendidikan kita naik. Kamu nanti mengajar di mana? di Sabah juga ka?"

"ya uncle. Kami dihantar balik mengajar di Sabah."

Itu sedikit dialog antara aku dan uncle Sylvester yang berasal dari Penampang, Sabah. Dia juga ke Kuala Lumpur tapi berlainan penerbangan. Tujuannya untuk melawat anaknya yang sakit di hospital di sekitar Kuala Lumpur. Katanya dia sudah 15 tahun tidak ke KL.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Sesampai aku di LCCT, perut berbunyi merdu kerana lapar, sesuai juga my mum telah bungkuskan makanan, nasi berlauk ayam masak merah. Lepas ambil beg dan berkemas kejap, terus ke medan selera. Selesai makan, terus naik bas ke KL sentral, sekali lagi kebetulan jumpa uncle Sylvester. Aku lantas mempelawanya duduk di sebelahku. Maka berceritalah beliau...

" Saya ada satu cerita bah. Pasal kawan saya. Dia tu menternak kambing di sana.. bawah kaki bukit. 7 ekar tanahnya... tapi rumahnya di Penampang. Jauh.. jadi dia upah Om kerja jaga kambing dia...

sekali dalam 2 bulan begitu, dia pun mau tinguk kambing-kambing dia. Aiks..kenapa ada kurang ya? Jadi dia pun tanya sama si Om, 'Mana lagi kambing saya ni?' . Si Om jawab,'kambing ada yang mati bos..di situ saya tanam bangkai dia..di bawah sana..'.

Jadi mula-mula si kawan tidak kisah, tapi lama-lama dia rasa lain macam saja. Makin kurang kambing dia.. Naa...jadi dia pun siasat la 'kubur' kambing tu..Naa...tiada tulang! Jadi memang dia syak si Om yang jual kambing dia...Si Om apalagi cabut lari.."


Aku pun ketawa mendengar kisah kambing. Bermula dari cerita kambing sampai harga kambing, cara menternak, untung rugi...Semua dia ceritakan. Alhamdulillah..ada sudah ilmu baru tentang menternak kambing.. Sekarang, kalau jual seekor kambing, harganya hampir rm800. Wow...

Setiba di Kl Sentral, aku berpesan dengan uncle Sylvester untuk berjaga-jaga dengan dompetnya. Dia lama sudah tidak menjejak di KL, malah sendirian lagi. Jadi, selesai bersalam dan dia berjalan ke haluannya, aku terus ke LRT.

Semasa menunggu ketibaan tren, aku ditegur oleh seorang warga New Zealand.

"Hi, Are you from England?"
"Nope. I'm Malaysian"


Mahu saja aku ketawa, dia fikir aku orang England. Tambahan sebutan English-nya berbeza dan agak cepat serta sebutan S yang dalam. Faham kan?hehehe...

(Coba anda try baca ayat English dengan loghat Britain...ceh..)

Jadi aku pun cuba2 try English ku...aiseh..

"So you on vacation here?"
"No. I'm now working and on my way to Bengsar (bangsar). And you are student, right?"

"Yups. I'm full-time student at UM"
"You are Malaysian and you from?"

"I live in Sabah. Do you know Sabah?"

"Yaa...i know Sabah. Because i've been there last month. You know the OrengUtan?"
"You mean you went to Sepilok?"
"Pardon."
"Sepilok. Where orang utans live at Sabah.."

"owh...Sipilook. Sabah it's such a good place to vacation there. oo..ok..owh my station is here"
"Nice to meet you"

"You too friend.."


Aku turun di Stesen Universiti. Melangkah turun anak tangga, ku lihat mendung berarak seakan pasti hujan dalam beberapa minit. Pantasku terus menuju ke teksi untuk terus sampai ke rumah sewaku....

Sesampai di rumah...penat. Tapi sempat pergi pasar malam.....hihi...(^_^)

p/s: Jangan malu bertegur sapa dengan orang sebelah anda... melatih kemahiran komunikasi tu..hehehe...:))

Alasan Terima Pakai

Sudah lama tidak mengemaskini blog yang seusia 3 tahun ini...(rupanya lama juga eh..:)

Mungkin alasan ini boleh diterima pakai:
1. Tiada internet di rumah.
2. Tiada idea untuk menaip.
3. Tiada masa.
4. Malas? (huhuhu...)

dan alasan ini aku terima pakai:

1. Menjaga anak buah yang baru lahir bulan 5 lepas.
2. Mencari idea buat lirik.
3. Membantu ibuku tersayang.
4. Menonton Astro AFC. (Asian Food Channel..wahaha...)


Untuk alasan yang aku terima pakai disini ada sebabnya..
(ayat agak skema..harap maklum..hehe)

1. Tanggal 7 Mei 2010, Hari Jumaat, Time Azan Maghrib lahir baby gurl comel pasangan kakakku dan suaminya bernama Nur Asnirah Arissa. Nama Arissa tu bermaksud keazaman dan kekuatan di 'suggest' oleh unclenya ini. (hehehe...) Sekarang umurnya cukup sebulan lebih dan bertambah comel. Aku menjadi baby sitter kali kedua selepas anak buah pertama, Camilia.
(Ada sudah bakat ni jadi bapa mithali..insyaAllah..hehehe..)


Selepas di lahirkan. Skrg Arissa semakin comel..hihi..:))

2. Idea untuk mencipta lirik dan lagu agak terbatas tetapi idea tu masih dalam kategori proses..huhu.. Ideanya mencipta lirik berkaitan semangat interpersonal. Komplikated tapi mahu buat simple lirik. Tidak berat mendengar, senang di fahami dan rentak yang catchy dan fresh. Baru tahu rasa macammana idea komposer ni bukan senang kerana lagu yang berkesan adalah lagu yang ada jiwa..(waaa.....)...ada idea?

3. Cuti ini banyak membantu ibuku berniaga dan mengemas rumah. Rasa seronok bila buat kerja-kerja rumah dengan mum, apalagi bila time memasak, berguru dengan my mum tentang asas-asas ramuan masakan. Memang best!

4. Cuti ni memang tidak lari dari menonton TV. Channel yang aku tengok bukan more to movie or drama, tapi lebih kepada masakan. Jadi AFC (asianfoodchannel) adalah pilihan utama. Minat masakan ni bukan setakat diriku sahaja tetapi adik lelakiku juga minat menonton bersama. Kerana uniknya seni masakan tu, membuatkan aku minat dengan masakan. hehehe...

Sekian entri kali ini, kata-kata terakhir kerana kali ini tiada p/s...hehehe..

Jangan biarkan minat dan bakat anda diselubungi misteri dan teka teki juga terkubur begitu sahaja...

seram ka? inda' ba..hehe..
wassalam...:)



Kerinduan Menerpa ~

"Mama - Il divo"

Mama thank you for who I am
Thank you for all the things I'm not
Forgive me for the words unsaid
For the times
I forgot

Mama remember all my life
You showed me love,You sacrificed
Think of those young and early days
How I've changed
along the way

And I know you believed
And I know you had dreams
And I'm sorry it took all this time to see
That I am where I am because of your truth
I miss you, I miss you

Mama forgive the times you cried
Forgive me for not making right
All of the storms I may have caused
And I've been wrong
Dry your eyes

Mama I hope this makes you smile
I hope you're happy with my life
At peace with every choice I made
How I've changed
Along the way
And I know you believed in all of my dreams
And I owe it all to you, Mama

Bila aku dengar lagu ni, jiwa ku seakan mahu terbang ke laman bonda. Seberang Laut China Selatan terus ke Sabah tanahairku. Hampir 7 bulan tidak pulang..(huhuu..)
Kerinduan terhadap keluarga semakin terasa apabila tiba cuti semester. Dan sejak 7 bulan, aku akan menelefon keluargaku setiap minggu terutama My Beloved Mum..bertanya khabar, perkembangan di sana dan juga tentang si kecil, anak buahku Camilia Melvessa.


my cute niece- Camilia Melvessa..
buat hati pengarang jantung..hehe..


InsyaAllah pada masa akan datang, aku akan mengaktifkan blog ini semula. Kesibukan melanda saat-saat 2 bulan kebelakangan ini dengan assignment, aktiviti2, show, dan examination- just around the corner. Semua ini, perlu digagahi untuk kesenangan masa akan datang. Memang benar firman Allah:

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan"

(Surah Alam Nasyrah : 6)

Begitulah kita, jika ada masalah, kesulitan, kesusahan dan semacam mana pun bebanan kita hadapi, kuncinya jangan berPUTUS ASA. Jangan pernah merasa bebanan ini melemahkan jiwa kita kerana selagi kita berusaha, pasti rahmat Tuhan mengiringi tiap jejak usaha kita. Dan teruskan pengaduan terhadap Allah dengan berdoa kepadaNYA.
Firman Allah S.W.T:

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

(Surah Al-Baqarah : 186)

Sempat aku menukilkan sebuah puisi lantunan jiwa ini...(hehe..)
berkaitan doa dan rindu..

Termenung gundah gulana,
siapa tahu resah melanda,
merantai hati jiwa raga,
amarah rindu kian menjelma.

Dasar rindu adalah rasa,
timbul rasa berkecamuklah jiwa,
ingin diluah jauh bersama,
ingin disimpan rajuklah jiwa.

Adukan segenap rasa,
pada tabir Yang Maha Esa,
hikmahnya pasti menerpa~


-farhanhafiz, 9 April 2010

p/s: cukup untuk kali ini..hehehe...insyaAllah akan datang entri yang baru after examination week....(^_^)


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin