| Kenalan Hanzsensei |

Showing posts with label iT. Show all posts
Showing posts with label iT. Show all posts

Photoscape- Perisian Mudah Ubah Suai Foto


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Entri kali ini berkisar perisian terbaik yang aku gunakan untuk ubahsuai foto yang aku rasa banyak membantu aku mempelbagaikan lagi penampilan foto dan rekabentuk grafik selain Adobe Photoshop dan Corel Draw.

Photoscape- adalah satu perisian ubahsuai foto percuma dari MooiTech merupakan perisian yang amat sesuai kepada mereka yang gemarkan gaya foto yang menarik dan tampak profesional.(hehehe~) Rata-rata blogger bersetuju dengan perisian ini yang aplikasinya mudah dan tidak seperti Adobe atau Corel yang memerlukan teknik dan kaedah peng'edit'an yang teliti. betul kan?

Pelbagai gaya foto yang boleh dihasilkan mengikut kehendak anda. Tidak susah bagi anda untuk menghasilkan 'effect' dan 'filter' yang sesuai kerana perisian ini sudah mempunyai pengaturcaraan yang telah ditetapkan. Malahan hasilnya tidak mengecewakan. anda boleh klik pada screenshot di sini.

Screenshots dilaman itu memudahkan lagi gambaran anda bagaimana perisian ini bukan sahaja setakat pengubahsuaian foto malah lebih dari itu. (tengoklah sendiri ba..huhu)

Anda tidak perlu kamera SLR, kamera digital biasa memadai dengan sedikit 'touch up' dengan perisian ini yang pasti akan nampak seakan menggunakan kamera yang mantop!(kalau ada kamera SLR, lagi pro~hahaha..)

Untuk muatturun klik ini: Photoscape- Free Photo Editing Software
(kalau ada duit, donate r..macam aku tolong promosi saja..kui3..)

p/s: entri tidak panjang..sikit-sikit sudah~just wanna share something that i've been use since i knew this software is easier than other photo editing softwares..
Selamat mencoba...:p

Ubah Favicon 'B' kepada icon yang anda suka!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Mesti anda terfikir macam mana nak ubah icon kat sebelah address anda yang mempunyai blog sendiri. Tak kan nak logo 'B' jer.. Jadi pada entri kali ini, saya akan ajar gmana caranya mengubah icon itu atau favicon tersebut kepada icon yang anda suka. ( Macam icon sebelah address saya di atas)

Mula-mula pilih icon yang anda suka dalam saiz 16x16 atau 32x32 pixel dan format .ico , png atau gif. Upload kan pada free image hosting seperti Photobucket . Anda boleh buat icon anda sendiri seperti tutorial yang saya ajar dulu. Link tutorial buat icon sendiri.

Selesai bahagian tersebut, pergi ke Dashboard blog anda klik Layout dan Edit HTML.Cari line ini di Edit HTML anda:


<data:blog.pagetitlJumpa? Selepas itu copy link di bawah, dan paste kan di bawah line di atas. Letakkan url icon yang anda upload kan di image hosting tadi. Image hosting menyediakan link terus kepada icon yang anda upload tadi. Saya gunakan Photobucket dan gunakan direct link yang disediakan. Kemudian tukarkan line tag 'merah' kepada direct link icon tersebut.


Jika icon anda format .ico, taip link ini:

Jika icon anda format png, taip link ini:
Jika icon anda format gif, taip link ini:
Selepas itu, Save Template dan refresh blog anda. Lihat hasilnya! Nampak macam pro blogger apabila ada favicon untuk address blog anda sendiri. hehehe....Selamat Mencuba!

Menyimpan paparan skrin



Ada ketika kita perlukan sesuatu imej yang dipaparkan diperlukan sebagai rujukan anda. Ye tak? Jadi bagaimana caranya menyimpan paparan tersebut tanpa menggunakan perisian yang spesifik seperti paparan di atas?

Kemudahan penyimpanan imej ini sebenarnya memang wujud dalam sistem pengoperasian semua komputer namun tidak dinyatakan secara terangan.

Untuk menyimpan imej yang dipaparkan pada skrin, butang ‘
Prt Scr SysRq’ boleh digunakan.

Apabila ia ditekan, imej skrin disimpan dalam memori, dan boleh dihasilkan semula dengan menggunakan arahan ‘Paste’ dalam perisian seperti Paint, Microsoft Word dan lain-lain aplikasi.

Jika anda hendak merakamkan hanya Kotak Dialog tanpa latarbelakangnya, anda hanya perlu menekan butang “ALT” semasa menekan butang “Prt Sc SysRq”.

Apabila anda menekan kedua-dua butang tersebut, hanya kandungan tetingkap teratas sahaja akan dirakamkan.

Selamat Mencuba!

Download Antivirus PERCUMA! hehe...

Assalamualaikum semua...
Download Antivirus Percuma? Ye ke? Boleh caya?
Boleh ba.. Avast! Home Edition merupakan free software yang memberikan perkhidmatan terbaik dalam membuang virus dan juga spyware serta memberikan perlindungan kepada komputer anda. Hanya perlu download perisian ini pada link di bawah. Dan jangan lupa untuk mendaftar, kerana anda akan diberikan key khas untuk mengaktifkan antivirus ini selama setahun! Kemudian kalau tamat, boleh lagi minta key...


Walaupun ia bukanlah sehebat antivirus yang berbayar seperti Kaspersky, Webroot, Bit Defender, Mc Afee dan lain-lain tetapi jika dibanding dengan antivirus yang percuma dan boleh di update, Avast! merupakan pilihan terbaik bagi saya selepas Avira dan AVG Free Edition.

Link to free download - :: Avast! Home Edition ::


P/S: Jangan lupa mendaftar di laman avast!. Jika anda ingin protection yang lebih untuk komputer anda, beli la yang antivirus yang berbayar. Masa saya pergi ke Digital Mall, Seksyen 14, harga untuk Kaspersky Antivirus untuk 3 Users hanya Rm75. Kaspersky merupakan antivirus kedua terbaik di dunia!..:p

Free Mp3 WMA WAV Converter...

Salam semua..
Ramai rakan-rakan yang mencari converter atau pengubah sesuatu format fail antaranya.. mp3 ke WMA, flv to mp3 dan macam-macam lagi..

Atas permintaan rakan di shoutbox (hehe..).. saya sediakan link untuk free download permintaan converter anda..

Link to download - .:: Free MP3 WMA WAV Converter 2.0 ::.

p/s: Jika anda ingin link kepada software yang anda cari atau lagu yang anda inginkan.. insyaAllah saya boleh bantu.. tinggalkan pesanan di shoutbox (jom sembang..)

JADIKAN MUKA ANDA SEBAGAI IKON (ICON)

JADIKAN MUKA ANDA SEBAGAI IKON (ICON)

Bagaimana yer nak jadikan muka kita ni sebagai icon? Maksud saya, icon pada folder anda.. biasanya icon gambar fail kan? Jadi saja nak seronok jadikan muka anda pula jadi icon.. hehe. Tidak perlu menjadi pakar pun, macam makan kacang ar.. cuma anda perlu PAINT! Melalui START>ACCESSORIES>PAINT


1. Klik FILE>OPEN. Cari gambar apa-apa pun jadi. Saya guna gambar muka anak buah saya ni.. hehehe..


2. Kemudian klik SELECT seperti gambar di bawah dan buat benda tu ngam-ngam muka.


3. Klik kanan tetikus pada segi empat tu dan copy.


4. Buka FILE>NEW. Kemudian anda paste kan di bahagian putih tu. Jika ada lebihan putihnya, anda boleh adjust sendiri.



5. Buka FILE>SAVE AS. Tukar file name dan pastikan selepas nama gambar letak (.ico) dot ico. Contoh : lia.ico Save as type: 24-bit Bitmap seperti gambar kat bawah.



6. Hasilnya begini! Anda boleh tukar ikon fail anda ke muka anda dengan Change icon dan cari tempat anda save ikon anda itu. Selamat mencuba!


Download Lagu dari Imeem

Assalamualaikum semua... hem, ramai yang paning nak cari lagu-lagu dari internet dengan free. huhu.. so, saya nak gtau cara camna nak download dari Imeem. Link web ni ada kat tepi tu (Laman Pilihanku). Imeem ni adalah web untuk kita dengar music dan video yang di upload oleh orang-orang yang join komuniti Imeem ni. so, ada orang cakap boleh download..so bagaimana?

1. Download free software ni Free Music Zilla dari link ini http://www.freemusiczilla.com/
2. Install dan biar buka je software ni.
3. Baru buka Imeem.com. (link kat tepi tu)- cari lagu yang anda mahu.
4. dah jumpa. klik dan mainkan lagu tu. klik software free Music Zilla. ada tertera jenis file tu flv, so itulah lagu yang anda mahu.
5. biasanya ia tak tunjukkan nama lagu tu tapi anda boleh tahu dari format music tu (flv) . klik dan download. Ia akan download masa lagu tu dimainkan. dah download habis? boleh ler dengar lagu tu.

Nak tukar p Mp3 gi mana ya?
1. Download free software convert Flv to Mp3 dari link ini http://www.smallvideosoft.com/flv-to-mp3/
2. Install dan boleh ar tukarkan format flv tadi kepada mp3.

p/s: ada juga lagu yang tiada tapi ini sebagai alternatif ye. kalau tak faham gtau ya..

Sekian..tata.. :p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin