| Kenalan Hanzsensei |

Sujud Syukur Pada-Mu

Kerisauan melanda di jiwa tatkala terfikirkan apakah nasib adikku dan rakan-rakanku ketika ini? Jam di Masjid At-Taqwa menunjukkan jam 720 malam. Sebentar lagi Isyak, namun kelibat mereka masih belum kelihatan. Pada kebiasaan, perjalanan sejauh jarak Keningau ke Kota Kinabalu tidaklah hingga waktu begini.

"Ya Allah...tenangkan hati yang berkecamuk ini~" detik hatiku.

Hanya dengan doa' ku lantunkan, semoga ketibaan mereka kembali dari Kem Motivasi Tingkatan 4 di Kg Bayangan, Keningau selamat dan baik sahaja.

Dudukku di belakang saf. Tidak tenang di buatnya, lantasku bangun dan berjalan ke beranda masjid. Akhirnya, kerisauan ku terjawab...


Danger!! Slow sikit bawa bos!

" Bang Farhan, dorang (mereka) kemalangan! Bas dorang naik terbabas. Cikgu Rizal bawa abang ikut sekali pergi hospital sekarang,"


Kata-kata juniorku itu sudah cukup menjawab kebimbangan hatiku. Lantas, aku dan beberapa sahabat terus bergerak ikut serta Cikgu Rizal ke Hospital Queen Elizabeth.

Setiba di hospital, aku segera ke wad kecemasan. Ku lihat kelibat rakanku memegang lengannya.

" Kamu ok ka semua? mana Farizul?"
" syukur kami selamat semua. Adik abang di dalam bilik tu. Kejap lagi keluar."

Tidak sampai 2 minit menunggu, ku lihat adikku keluar dari bilik wad dalam keadaan pucat sambil memegang bahunya. Benak hati mengucapkan kesyukuran tidak terhingga lantas ku gapai bahu adikku.

" Ok juga Rez? tiada injured ka?"
" Adui bang..tiada apa jua. tapi bahuku ni sakit..Alhamdulillah, cuma si Ghauth saja yang cedera ringan,"
"Alhamdulillah... risau betul abang,"
"Nau'zubillah kemalangan tadi. Keluar saja dari bas, terus ramai-ramai kami SUJUD SYUKUR. Mahu buat laporan polis nanti ni,"

Sementara urusan laporan diproses, aku bersama sahabat-sahabat yang turut serta Cikgu Rizal, pulang semula ke asrama. Tanda kesyukuran ini ku rafa'kan pada sujud syukur selepas solat Isya'.

Pengalaman di atas berlaku pada tahun 2003, sewaktu aku tingkatan 5. Sedikit info mengenai tajuk entri iaitu Sujud Syukur.

Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka. Syarat-syaratnya niat untuk sujud syukur, takbiratul ihram (AllahuAkbar..), sujud dan salam. Sujud Syukur dilakukan di luar solat. Mudah bukan?

Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :

“Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Bacaan semasa sujud syukur adalah harus dibawakan dengan bacaan zikir ketika sujud sembahyang. Untuk keterangan lanjut mengenai sujud syukur ada link ini.



Berzikirlah.. pujilah kebesaran Allah kerana dengan kasih sayangNya, kita mampu lagi terus bernafas dan menikmati indahnya hidup ini.

wassalam...

p/s: ucaplah Alhamdulillah..syukur kita kepada Allah... ucapan syukur kurang dilafaz pabila gembira, malah digantikan dengan 'Yahhuuuu...!'.. fikir-fikirkan, dan selamat beramal...:))

Perihal Perjalananku



Assalamualaikum dan Salam Berbahagia..

Alhamdulillah..aku sudah tiba di Kuala Lumpur setelah perjalanan yang memenatkan dari Sabah. Walau penat tapi kerinduan pada keluarga terus bertapak walau jauh di mata tapi dekat di hati. Hampir semua kenderaan awam telah aku gunakan untuk sampai ke destinasi rumah di Petaling Jaya ni. Bermula dari airplane, skybus, LRT dan akhir sekali teksi.

Sememangnya jejak langkahku meninggalkan bumi Sabah agak keberatan namun digagahi juga dengan semangat juang bagi menghabiskan sesi pengajian di UM. Apa tidaknya sebelum berangkat ke airport, aku sempat mencium dua orang anak buahku yang comel, Camilia dan Arissa. Arissa sudah pandai tersenyum riang. Camilia sudah pandai berbicara dan pintar.

"Umur saya 2 tahun laa..."

Sepanjang penerbangan ke KL, sekali-sekala terimbas wajah-wajah kesayangan hamba..(hehe..)..ya.. my parents, my bro n sista wif my nieces.. tidak dilupakan sahabat-sahabatku yang berada di Sabah yang bertanya khabar berita, bertegur sapa, mencuit rasa. Sesekali juga aku senyum sendiri bila terkenang kampung halaman.

Arissa baru berumur 56 hari.
tapi sudah pandai tersenyum riang..hehe..



Ok..bertukar mood kepada perjalanan.
Sebelum berangkat ke airplane AirAsia, aku sempat bertegur sapa dengan seorang uncle, namanya Sylvester. Entah kenapa aku lebih mudah berbicara dengan orang yang veteran dari yang muda. Mungkin kerana pengalaman mereka sepanjang hidup membuatkan aku berminat mendengar. Kami berbicara soal pendidikan di Sabah apabila dia mengetahui aku pelajar jurusan Pendidikan.

"Kamu ambil kos apa di sana? Enginering ka? atau muzik? "
"Saya ambil Pendidikan."

(dia fikir aku ambil kos muzik sebab aku bawa gitar. kalau ambil kejuruteraan, mungkin gaya engineer kali kan...hehehe..)

"Owh..bagus tu dik. Ya lah..kalau kita mengharap guru-guru di Semenanjung untuk mengajar di Sabah belum tentu pencapaian pendidikan kita naik. Kamu nanti mengajar di mana? di Sabah juga ka?"

"ya uncle. Kami dihantar balik mengajar di Sabah."

Itu sedikit dialog antara aku dan uncle Sylvester yang berasal dari Penampang, Sabah. Dia juga ke Kuala Lumpur tapi berlainan penerbangan. Tujuannya untuk melawat anaknya yang sakit di hospital di sekitar Kuala Lumpur. Katanya dia sudah 15 tahun tidak ke KL.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Sesampai aku di LCCT, perut berbunyi merdu kerana lapar, sesuai juga my mum telah bungkuskan makanan, nasi berlauk ayam masak merah. Lepas ambil beg dan berkemas kejap, terus ke medan selera. Selesai makan, terus naik bas ke KL sentral, sekali lagi kebetulan jumpa uncle Sylvester. Aku lantas mempelawanya duduk di sebelahku. Maka berceritalah beliau...

" Saya ada satu cerita bah. Pasal kawan saya. Dia tu menternak kambing di sana.. bawah kaki bukit. 7 ekar tanahnya... tapi rumahnya di Penampang. Jauh.. jadi dia upah Om kerja jaga kambing dia...

sekali dalam 2 bulan begitu, dia pun mau tinguk kambing-kambing dia. Aiks..kenapa ada kurang ya? Jadi dia pun tanya sama si Om, 'Mana lagi kambing saya ni?' . Si Om jawab,'kambing ada yang mati bos..di situ saya tanam bangkai dia..di bawah sana..'.

Jadi mula-mula si kawan tidak kisah, tapi lama-lama dia rasa lain macam saja. Makin kurang kambing dia.. Naa...jadi dia pun siasat la 'kubur' kambing tu..Naa...tiada tulang! Jadi memang dia syak si Om yang jual kambing dia...Si Om apalagi cabut lari.."


Aku pun ketawa mendengar kisah kambing. Bermula dari cerita kambing sampai harga kambing, cara menternak, untung rugi...Semua dia ceritakan. Alhamdulillah..ada sudah ilmu baru tentang menternak kambing.. Sekarang, kalau jual seekor kambing, harganya hampir rm800. Wow...

Setiba di Kl Sentral, aku berpesan dengan uncle Sylvester untuk berjaga-jaga dengan dompetnya. Dia lama sudah tidak menjejak di KL, malah sendirian lagi. Jadi, selesai bersalam dan dia berjalan ke haluannya, aku terus ke LRT.

Semasa menunggu ketibaan tren, aku ditegur oleh seorang warga New Zealand.

"Hi, Are you from England?"
"Nope. I'm Malaysian"


Mahu saja aku ketawa, dia fikir aku orang England. Tambahan sebutan English-nya berbeza dan agak cepat serta sebutan S yang dalam. Faham kan?hehehe...

(Coba anda try baca ayat English dengan loghat Britain...ceh..)

Jadi aku pun cuba2 try English ku...aiseh..

"So you on vacation here?"
"No. I'm now working and on my way to Bengsar (bangsar). And you are student, right?"

"Yups. I'm full-time student at UM"
"You are Malaysian and you from?"

"I live in Sabah. Do you know Sabah?"

"Yaa...i know Sabah. Because i've been there last month. You know the OrengUtan?"
"You mean you went to Sepilok?"
"Pardon."
"Sepilok. Where orang utans live at Sabah.."

"owh...Sipilook. Sabah it's such a good place to vacation there. oo..ok..owh my station is here"
"Nice to meet you"

"You too friend.."


Aku turun di Stesen Universiti. Melangkah turun anak tangga, ku lihat mendung berarak seakan pasti hujan dalam beberapa minit. Pantasku terus menuju ke teksi untuk terus sampai ke rumah sewaku....

Sesampai di rumah...penat. Tapi sempat pergi pasar malam.....hihi...(^_^)

p/s: Jangan malu bertegur sapa dengan orang sebelah anda... melatih kemahiran komunikasi tu..hehehe...:))

Alasan Terima Pakai

Sudah lama tidak mengemaskini blog yang seusia 3 tahun ini...(rupanya lama juga eh..:)

Mungkin alasan ini boleh diterima pakai:
1. Tiada internet di rumah.
2. Tiada idea untuk menaip.
3. Tiada masa.
4. Malas? (huhuhu...)

dan alasan ini aku terima pakai:

1. Menjaga anak buah yang baru lahir bulan 5 lepas.
2. Mencari idea buat lirik.
3. Membantu ibuku tersayang.
4. Menonton Astro AFC. (Asian Food Channel..wahaha...)


Untuk alasan yang aku terima pakai disini ada sebabnya..
(ayat agak skema..harap maklum..hehe)

1. Tanggal 7 Mei 2010, Hari Jumaat, Time Azan Maghrib lahir baby gurl comel pasangan kakakku dan suaminya bernama Nur Asnirah Arissa. Nama Arissa tu bermaksud keazaman dan kekuatan di 'suggest' oleh unclenya ini. (hehehe...) Sekarang umurnya cukup sebulan lebih dan bertambah comel. Aku menjadi baby sitter kali kedua selepas anak buah pertama, Camilia.
(Ada sudah bakat ni jadi bapa mithali..insyaAllah..hehehe..)


Selepas di lahirkan. Skrg Arissa semakin comel..hihi..:))

2. Idea untuk mencipta lirik dan lagu agak terbatas tetapi idea tu masih dalam kategori proses..huhu.. Ideanya mencipta lirik berkaitan semangat interpersonal. Komplikated tapi mahu buat simple lirik. Tidak berat mendengar, senang di fahami dan rentak yang catchy dan fresh. Baru tahu rasa macammana idea komposer ni bukan senang kerana lagu yang berkesan adalah lagu yang ada jiwa..(waaa.....)...ada idea?

3. Cuti ini banyak membantu ibuku berniaga dan mengemas rumah. Rasa seronok bila buat kerja-kerja rumah dengan mum, apalagi bila time memasak, berguru dengan my mum tentang asas-asas ramuan masakan. Memang best!

4. Cuti ni memang tidak lari dari menonton TV. Channel yang aku tengok bukan more to movie or drama, tapi lebih kepada masakan. Jadi AFC (asianfoodchannel) adalah pilihan utama. Minat masakan ni bukan setakat diriku sahaja tetapi adik lelakiku juga minat menonton bersama. Kerana uniknya seni masakan tu, membuatkan aku minat dengan masakan. hehehe...

Sekian entri kali ini, kata-kata terakhir kerana kali ini tiada p/s...hehehe..

Jangan biarkan minat dan bakat anda diselubungi misteri dan teka teki juga terkubur begitu sahaja...

seram ka? inda' ba..hehe..
wassalam...:)



Meruntun Jiwa - Maher Zain

Assalamua'laikum dan salam sejahtera ke atas kamu...:)

Alhamdulillah ucapku syukur kerana battle on the field already done and now just wait and see the result. Tawakkal pada Allah atas usaha dan ikhtiar sahaja sekarang.

Sehabis peperiksaan lepas, aku berpeluang bersama sahabat-sahabat untuk menjadi fasilitator sempena Kem Huffaz Power! anjuran Insan Superb Training & Consultant. Ya Huffaz.. Bermakna pesertanya adalah dikalangan pelajar tahfiz. Yang hati-hati mereka berlapiskan Al-Quran, musliminnya berkopiah putih dan muslimat cantik dengan purdahnya.

Namun begitu, tidaklah zahir itu yang tersirat. Hati mereka bila diselidiki ada yang berbeda, bermacam, beragam dan sebagainya. Dikatakan mereka jumud, mereka tidak sekali begitu, mereka juga tahu cabaran mereka ini lebih tinggi. Cuma cukup bagiku memberi makna mereka memerlukan motivasi dan dorongan serta fokus lebih terutama yang mengambil tahfiz dan akademik.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Berbalik pada fokus entriku 'meruntun jiwa', mungkin anda belum atau telah mendengar lagu InsyaAllah oleh Maher Zain. Sedikit info mengenai penyanyi kelahiran Lebanon ini:

Inspirasi muzik Maher Zain adalah daripada ayahnya sendiri yang juga seorang penyanyi tempatan di bandar Mediterranean Tripoli - Lebanon. Minat Maher dalam muzik dan instrumen bermula sejak beliau mendapat keyboardnya yang pertama ketika berumur 10 tahun dan sejak itu muzik menjadi sebahagian dunianya. Keluarganya berhijrah ke Sweden semasa Maher berumur 8 tahun, dimana beliau meneruskan alam persekolahannya. Maher Zain juga merupakan graduan dalam Kejuruteraan Aeronautikal dan minatnya dalam muzik sentiasa berkemabang. Selepas terlibat dalam dunia muzik di Sweden selaku penerbit muzik, Maher diperkenalkan kepada RedOne.

Maher bekerja di bawah bumbung RedOne dengan artis-artis Sweden dan kemudian berpindah ke New York. Dalam Beberapa tahun , beliau menjadi terkenal di bawah industri muzik NY. Maher mendapat kerjaya impian dalam usia yang muda namun begitu beliau merasakan ia terlalu jauh dari apa yang diimpikan sebagai 'impian'.

Beliau menyatakan "Saya sukakan muzik tetapi saya membenci segala yang mempengaruhinya, seperti ada sesuatu yang tidak kena".

RedOne bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Akon, Lady Gaga, Enrique Iglesias, Michael Jackson dan ramai lagi, tambahan RedOne merupakan antara syarikat penerbitan muzik terkenal di dunia.

Maher ingin 'berehat' dan merasakan tidak kena dengan suasana muzik lantas mengambil keputusan kembali ke Sweden. Di sana, beliau bertemu dengan sekumpulan saudara seIslam yang aktif dalam komuniti Islam di Stockholm.

Beliau mula membiasakan diri dengan masjid setempat di sana dan beliau merasakan suasananya seperti berada di 'rumah'. Maher bersyukur kerana akhirnya bertemu jalan sebaiknya dan merasakan kembalinya beliau ke dunia muzik kini untuk membantu semua melalui muziknya.


" Jika saya mempunyai satu perkara yang saya ingin memberitahu orang di luar sana itu bahawa begitu mudah untuk melihat jalan yang benar jika kita hanya membuka mata dan melihat dengan teliti, itu yang terjadi pada diri saya"- Maher Zain

Begitulah serba sedikit mengenai biodata diri penyanyi ini, aku begitu meminati lagu-lagu beliau seperti InsyaAllah, Thank You Allah, For The Rest of My Life, Awaken dan boleh aku katakan kesemua lagu-lagunya sangat best! Aku juga melihat arangement muziknya bertepatan dengan lirik yang dilantunkan.




Lyrics: Insha ALLAH – Maher Zain (English Version)

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n’ never loose hope
Cos’ Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos’ Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3

Insha Allah we’ll find our way

Itulah terkadang kita ada yang jatuh, kecewa, gagal dalam perjalanan hidup, dan pelbagai dugaan. Tapi insyaAllah, kita pasti akan ketemu jalan terbaik kerana Allah sayangkan kita, cintakan kita.

Hanya DIA tempat pengadu sebenarnya. Luahkan padaNYA... dengar lagu ini sendiri dan fahami liriknya..kita kan faham...(^_^)

p/s: ada satu lagu lagi yang best..juga meruntun jiwa mengenai palestine...
Part bridge lagu :hem...part tu aku rasa dalam maknanya...
klik link ini untuk lihat video klipnya:
PalestineWillBeFree- Maher Zain.


Wassalam...:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin