| Kenalan Hanzsensei |

31 Januari dan Free Palestine...


Assalamualaikum....
Hem.. satu lagi hari yang ku lalui, jam 5.30 ptg.. aku dan housemates keluar ke Dataran Petaling Jaya depan Amcorp Mall dengan satu tujuan, melihat kempen Free Palestine yang dianjurkan JIM ( Jemaah Islah Malaysia ). Kami mengetahui mengenai kempen ini semasa di masjid PPUM melalui risalah yang diedarkan untuk jemaah. Dengan penuh semangat, aku, wafi, mizal, man, k-mo, fika dan madie berjalan kaki ke sana. Siap pakai kain serban dililit di leher..huhu..

Sesampai di sana, kami meninjau barang jualan terutama booth utama yang mengedarkan risalah mengenai Palestine. Aku sempat membeli button Save the Gaza. Sahabat yang lain ada yang membeli tabung, dan menderma pada tabung yang di sediakan. Hampir sejam kami berada di sana lantas kami mengambil kesempatan singgah ke Amcorp Mall untuk melihat program anjuran Berita Harian juga untuk mengumpul sumbangan ke Tabung NSTP untuk Gaza.

Sebenarnya secara kebetulan, kami baru mengetahui program dianjurkan di situ. Kami hanya ingin berjalan-jalan, melihat barang-barang di sekitar shopping mall ini. Anjuran Berita Harian untuk mengumpul dana tabung berbeza dengan program di luar Amcorp ni. Di sini,artis mengadakan lelongan baju untuk dikumpul sebagai dana.

Artis popular melelong baju sampai harga bidaan tertinggi RM450 sehelai! Siapa lagi kalau bukan Faizal Tahir yang melelong hampir semua baju yang pernah dipakai semasa persembahan. Bidaan juga diadakan untuk berduet dengannya sampai RM250 untuk satu lagu je! Masa dia nyanyi, aku dan sahabat-sahabatku teruja dengan suara Live Faizal Tahir menyanyikan lagu Sampai Syurga dan Cuba, he just in front of us! huhu... Great voice!

Dua situasi berbeza di tempat yang sama dengan tujuan yang sama. Kedua-dua program bertujuan mengumpul dana untuk tabung Gaza. Semoga dana yang di sumbangkan ikhlas kita mendapat keberkatan Ilahi buat saudara seakidah kita di bumi Palestin.

~We Will Not Down in Gaza tonight~


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin