| Kenalan Hanzsensei |

Dua Hari Di Airport (part 1)


Hari Jumaat dan Sabtu... 26 dan 27 Jun 2009...
Aku, Man, Fika dan Elti berkesempatan meraikan pelajar-pelajar baru Sabah dan Sarawak- freshies UM di bawah kelolaan Persatuan Mahasiswa Sabah UM. Macam-macam pengalaman yang kami hadapi disana. Ada yang hepi.. tapi tidak kurang ada yang sedih.. jap lagi aku cerita. huhu...

Sebab kami excited ni, awal lagi kami sudah bergerak ke Terminal LCC dengan motorsikal. Harapan kami ada ar Pembantu Mahasiswa UM yang awal dan boleh kami membantu mereka mencari pelajar2 baru UM Sabah dan Sarawak. But tu ar hampeh.. kami yang terawal. dalam masa yang sama arrival flight dari KK dah landed. Nasib baik ada rakan-rakan dari PERMASA dan MARSIS sampai. PM dari UPSI dah sediakan sign UPSI dan setia menunggu di tepi balai ketibaan but PM UM? not there yet....

Lantas dengan berbekal akal yang waras dan kelajuan berfikir..(cewah...) aku bertanya dengan Cik Jita dan mata ku terlihat manila card di sisinya.

"Jita, manila card tu tuk pa kunun?"
"Untuk pengenalan PERMASA, mo di tulis di sini.."
"Ok, ginilah. Baik kita guna buat sign UM. Lagipun PM UM lum sampai agi. Amacam?"

"Ya kan. Nah.. marker pen.."

Bayangkan sign UM cuma guna manila kad dan tertulis UM (Universiti Malaya). Hari Pertama boleh kami consider...sabar ging... dapat juga 2-3 orang budak Sabah n Sarawak. Tunggu punya tunggu, da juga nampak PM UM bersama sign UM tapi.. sorang ja.. boleh la.. hampeh sikit dia duk kat hujung pintu ketibaan. Kami bawa ar budak-budak ni suh ikut PM. Kami pun bercerita sikit dengan PM tentang perjalanan ketibaan pelajar-pelajar ni.

Lum habis lagi...kira-kira jam 12 lebih, bas UM akan bergerak ke kampus dan singgah di Terminal KLIA. Jadi kami tengok PM UM sorang ni pun ikut jalan, pada fikiran kami dia akan stay sana. lebih kurang begini dialognya...

"Kamu datang sini jam brapa lagi?"
"Mungkin petang sikit..."

"Owh..kalau begitu, Boleh tak kami pegang sign UM tu? Kami stay cni sampai esok.."
"Sign UM ni untuk bas UM. Jadi kena bawa juga sekali..."
"Oooo...ok!"

Sabar ja ging.... kami tetap pakai sign UM sedia ada..nampak kelibat PM USIM. dorang dekat ja tapi pengurusan ketibaan pelajar Sabah n Sarawak teratur- siap ada nama pelajar lagi dipampangkan.



Jam 1 lebih...kami bergerak ke Masjid terdekat untuk Solat Jumaat bersama dengan Saiful dari UTMKL dan Mat. Doa kami moga perjalanan ketibaan mereka selamat dan selesa. Amin..





Bacaan ayat suci Al-Quran yang dialunkan Imam solat Jumaat sangat merdu dan meruntun jiwa segenap jemaah. Terasa hilang segala lelah payah dengan perasaan kagum dengan nikmat Allah Taa'la...

Selesai solat, Elti balik ke rumah coz petangnya dia ada training bola. Jadi aku, man dan fika akan stay hingga esok..juga bersama Saiful, Bang Hendri dan Mat...

"Innalllaha maa's sobirin..."
-Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar...-
sambil ku menghela nafas panjang...

p/s: Part 2- sesuatu yang menyedihkan dan meng 'geram'kan berlaku... apa dia? kenapa dan siapa? wait for next entry..hehehe.. aku da kerja ckit ba...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin