Assalamualaikum dan salam sejahtera.... sari berita penting..hoho~
entri kali ni aku bagi satu tajuk yang menggambarkan betapa 'sesasak' mana pun kita, Allah pasti beri hikmah yang tanpa kita sedari muncul dalam hidup kita..Thank You Allah for this wonderful life U give to us...
Minggu Warni Warni aku maksudkan adalah FESKUM09 (FESTIVAL KOVOKESYEN UNVERSITI MALAYA 2009). Tahniah buat para graduasi yang berjaya menghabiskan proses pembelajaran di sini (UM). Bila aku melihat wajah-wajah senior Sabah juga yang lain, betapa seronoknya apabila segulung ijazah yang diharapkan dan dikejar, akhirnya berjaya digengam dengan jaya. Pandangan ku, ia sebagai permulaan menghadapi dunia mencabar di luar sana. Bagi yang menjadi guru (cikgu-cikgi..hehe~) tugas anda bermula dengan suatu cabaran mendidik generasi muda menjadi seperti anda. Maka peranan ilmu yang ditimba selama ini, perlu diaplikasi dan diadaptasi dalam kehidupan.
Aku jua terlibat dalam FESKUM09 sebagai AJK Publisiti & Penerangan. Fuhh.. kerja balik tabir yang mencabar JEIS- Jasmani, Emosi, Intelek, Sosial (R- tidak ku selitkan kerana Rohani itu pasti ada dalam setiap gerak kerja..hoho~) bersama Man dan Rosmadi juga ketua kami Hafizi. Buat design baju FESKUM tu hasil tanganku. Bangga juga sikit bila melihat baju yang dicipta menjadi baju FESKUM kali ni. Hantar flyers di sekitar Bangsar, Pantai Dalam, Kondo Rakyat cukup menguji kesabaran ahli-ahli publisiti but everyone in this group enjoying with this work..wah..~respect, suspect...hihi~
Tidak ketinggalan aku tetap menguruskan team FH bersama sahabatku Madie, FHtech @ Pengurus Eksekutif FeelHoney Entertainment menguruskan pelbagai show FeelHoney di sekitar UM- Hari Interaksi PMAPIUM di Balai Islam, Hari Interaksi PMIUM, Teater Islamik di bawah Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan dan Malam Resepsi FESKUM09 esok malam. Alhamdulillah, FH semakin dikenali ramai dan konsep lagu FH semakin diterima sehingga ada yang menempah awal album kompilasi FH bersama kumpulan nasyid lain, Album Nasyid Underground keluaran Neurotic Entertainment. InsyaAllah akan keluar dalam masa yang terdekat...Sabar ya..~
Seterusnya aku salute buat team subjek KDO (Kepimpinan Dalam Organisasi) yang berjaya melengkapkan masa pembentangan yang asalnya 30minit menjadi satu jam lebih.. (hahaha~) kerana masalah kumpulan seterusnya yang tidak dapat present hari Khamis. Dan terima kasih buat kawan-kawan KDO yang sporting dalam setiap aktiviti yang kami adakan. Maaf terlanjur kata tersilap bahasa semasa present. Respect buat Syib (sempoi dan berjaya meyakinkan diri untuk berucap), Sawal (gaya cam Ustaz bila bentang..huhu~), c Fiko (menjadikan teori kepimpinan lebih berkesan) dan Kimo ( selamba ja bentang tapi menusuk jiwa eh..hahah~)
Warni warni seterusnya buat organisasi Hari Interaksi PERMASA (Persatuan Mahasiswa Sabah UM) yang berjaya dengan jaya-jayanya..(wah....) kerana penglibatan mahasiswa Sabah dalam aktiviti kali ini amat memuaskan.
Two Thumbs Up buat Lino selaku Pengarah program ini. Dengarnya macam-macam berlaku sebelum hari Interksi berkaitan KKD program but anyway it's just write in the paper. Yang penting, program ini memang happening! Aku juga gembira bila tahu ada sepupu dua kaliku (maksudnya bapaku dan bapanya adalah sepupu..faham kan? :p) c Razali @ Mimin ada pula masuk UM ni, ambik Sastera, orang kampung Binsulok, Membakut. Bagi yang tidak menghadiri interaksi kali ni, hem... memang rugi tidak mengenali betapa urang-urang Sabah di UM ni bersatu dalam satu komuniti dan persatuan.
Warna warni seterusnya buat diriku yang tenang dengan situasi 'sasak' ini. Tanpa semangat, tiada apa yang mampu ku teruskan sampai ke tahap ini. Bermakna potensi diri ini digunakan semaksimumnya. Aku suka akan kata-kata motivasi buat peserta 'Biggest Loser' (hahaha~ best bah rancangan ni bila lihat hasil akhir peserta yang gemuk menjadi kurus).
" You can PUSH yourself beyond your limitation because the spirit in yourself is the main power to achieve your destiny..."
Pesanan berhikmah : Buat sahabatku Madie, teruskan usahamu ya...selagi kau mencuba, selagi itu ada harapan.. sujud memohon cintaNya kau pasti temui takdir Cintamu.(madie ja faham ni... kalau mau tau tanya orangnya...huah3)
P/s: Buat akhirnya, kita niatkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham Ust Asri Rabbani telah pergi bertemu Ilahi. Aku begitu terasa bila mendengar semula lagu-lagu Rabbani dengan suara beliau yang merdu dan penyampaian mesej dakwah melalui seni yang berkesan. Dalam jalanan seni ini, kami dari FHentertainment merakamkan takziah buat keluarga Ust Asri serta rakan-rakan seperjuangan beliau yang menjadi pendokong setia dalam gerak kerja dakwah melalui hiburan berhikmah ini.
2 comments:
thanks 4 de supot ging..
rasa mcm d sabah plak kemarin..
suma spoting2 jak..
kata orang...bahasa hati hanya difahami oleh hati.....hihi..thanks for the "nasihat" yang ko berikan hanz.....
Post a Comment