" Hello..Assalamua'alaikum. Saya Farhan Hafiz. Mau tanya pasal penempatan saya. "
" Waa'laikumussalam. Bagi nama penuh "
Apabila 'kak' kerani memberikan jawapan yang aku tunggu selama setengah tahun ini, akhirnya...
" SMK Desa Wawasan, Tambunan "
" Apa ? Tambunan ?"
" Iya, Tambunan. Nanti 23 Mei, Encik Farhan berkumpul di PPD Tambunan untuk taklimat lanjut ya."
" Ok, terima kasih."
Monolog Seketika : Bersangka Baik
Walau dalam gembira menyambut jawapan itu, hatiku sedikit berbaur gelisah. Bukan tidak bersyukur. Tapi itulah naluri apabila sekali lagi berpisah dengan ibu bapa. (Setelah 7 tahun diperantauan)
" Siapa mau tolong mama bejualan di gerai ni karang ?"
" Kenapa aku inda di tempatkan antara dua sekolah yang jaraknya hanya 10 minit berjalan kaki dari kediaman ku ni ?"
Benak hati ini sentiasa bertanya. Aku cuma perlu bersangka baik untuk semua takdir yang Allah tuliskan buatku ini dengan redha dan sabar.
“Aku mengikut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika mereka mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku menyebutnya dalam diri-Ku. Apabila mereka menyebut nama-Ku dalam kumpulan, nescaya Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka. Jika mereka menghampiri-Ku sejengkal, Aku mendekati mereka sehasta. Jika mereka menghampiri-Ku sehasta, Aku mendekati mereka sedepa, dan apabila mereka datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan, Aku datang kepada mereka berlari.”
- Hadis Qudsi riwayat Bukhari & Muslim
Ter'Flash Back' : 8 tahun lalu
Hem, apabila aku amati setiap perjalanan ke arah ini, aku sedari Allah tunjukkan jalan yang terbaik dan takdir yang mampu aku hadapi.
" Tunjukkan kami jalan yang lurus,"- Al-Fatihah: 6
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."- Al-Baqarah: 286
Sebelum mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan Pendidikan Islam ini, aku mendapat tawaran ke jurusan IT dan Seni Kulinari di kolej swasta. Dua bidang yang aku minati. Masa itu, pilihan ke arah IT lebih dekat di hati kerana jarak ke kolej tersebut hanya di sekitar Kota Kinabalu. Hanya perlu menaiki bas.
Detik membuat keputusan, aku berbaring di bilik. Aku pejamkan mata. dan menghela nafas sepanjangnya. Cuba hilangkan rasa 'memilih' buat sementara dan menenangkan jiwa yang berbolak balik ini. Aku memohon agar Allah tunjukkan aku jawapan terbaik untuk ku sampaikan kepada ibu bapaku.
Saat membuka mata, pandangan pertamaku adalah pada ayat yang terpampang di hadapanku. Cantik berbingkai. Surah At-Talaq: 2-3. Ayat yang kebanyakan peniaga yakin untuk melariskan perniagaan. Senyum sendiri. Eh, kejap. Maksud ayat ini.
"Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. "- At-Talaq: 2-3
TAQWA dan TAWAKKAL.
Lantas, dalam hati bertanya, " Apa bah ini taqwa?"
Dalam khutbah selalu pesan " Bertaqwalah kepada Allah "
Hem, aku tidak faham perkataan seringkas ini.
Kalau Tawakkal, faham juga maksudnya. Serahkan semuanya pada Allah setelah berusaha.
Dalam fikiran ada satu jalan yang bisa menunjukkan aku maksud keseluruhan ayat ini. Bukan sahaja maksud Taqwa dan Tawakal. Tapi keseluruhan hal yang berkaitan dengan kehidupan. Iaitu memahami Islam secara menyeluruh. Aku sudah yakin dan nekad untuk membuat pilihan itu.
" Mama..Bapa.. aku mau pigi Kelantan. Pigi Nilam Puri "
" Bah, mana-mana jak. .Ada Nik Aziz tu sana. Baguslah " jawab bapa.
" Jauh tu Kelantan. Teda apa-apa kah kalo di sana? " jawab mama.
Itulah peranan media utama . Melahirkan persepsi negatif buat kami yang tidak memahami keadaan Kelantan yang sebenar. Corak pemerintahan. Suasana dan rakyatnya.
Namun, itulah stigma, persepsi dan impresi. Yang pertama bisa mempengaruhi seterusnya. Ternyata jika tidak mengkaji dan berpijak di buminya yang nyata, kita tidak akan faham hakikat sebenar sesuatu perkara. Jadi, bermusafirlah aku ke negeri gelaran Cik Siti Wan Kembang.
(pada asalnya,aku tidak terfikir yang aku akan menjadi mahasiswa UM kerna menganggap Nilam Puri adalah sebuah kolej juga.haha. Rupanya, ia adalah Akademi Pengajian Islam UM cawangan Kelantan, di Nilam Puri. )
(pada asalnya,aku tidak terfikir yang aku akan menjadi mahasiswa UM kerna menganggap Nilam Puri adalah sebuah kolej juga.haha. Rupanya, ia adalah Akademi Pengajian Islam UM cawangan Kelantan, di Nilam Puri. )
Hok politk ambo duk tepi sebab ambo budak baru nok ngaji. Hok tradisi keilmue, ambo respek mace ni. (two thumbs up). Meme 1st time, tok panda pahe2 nok kecek lagu mano..mace aye itik. Tapi doh masuk tempat ore, kena panda-panda hidup. hahaha. Maaf jah kalu ado saloh oyak. hehe..:)
teringat lagu tupa..Halim Yazid. haha.
Alhamdulillah, 3 tahun di Kelantan. ternyata hakikatnya baik belako!
4 tahun di Kuala Lumpur, memang banyak 'lumpur'.
Persepsi Awal Perlu Positif
Tambunan, pertama kali dan terakhir ke sana masa kem motivasi tingkatan
empat. Kawasan geografi berbukit. Kelilingnya Banjaran Crocker. Zon
Pedalaman. Ada yang mengatakan 'Tambunan is Switzerland of the East '.
Cuaca sejuk. Majoriti kaum dusun /kadazan. Jarak dari Kota Kinabalu, kira-kira 80 km. Anggaran 2 jam lebih perjalanan.
Aku cuba mencari 'gambaran' awal sekolah itu dengan bantuan pakcik 'Google'.
Persepsi pertama seharusnya positif. Tetap dengan sangkaan baik.
" Eh, tiada laman web sekolah? Ok. Cari gambar kalau ada. "
" WAH ! Cantiknya sekolah.."
di bawah tangga, ada sungai.
(Kaki pancing macam aku ni, sukalah kalo dengar sungai..hahaha..)
gambaran kelas-kelas dari sekolah tersebut.
(unik & cantik)
Pemandangan yang sangat 'awesome'
(menurut gambar, aircond semulajadi di sini..hehe..)
Tanpa berlengah, aku sampaikan berita ini kepada ibu bapaku. Dalam hati masih berbaur macam-macam bila melihat kedua orang tuaku, aku tetap gagahi jua.
" Mama..Bapa...aku diposting ke Tambunan "
" Bah, syukurlah. Ramai sumandak tu. " jawab bapa.
" Mama target di Ranau atau Tawau. Tambunan. Ok juga tu. " jawab mama pula.
Jawapan mereka 'simple' dan lucu. Tergelak juga menyambut jawapan yang tidak disangka-sangka. Tapi itu sudah cukup menyenangkan hatiku. Belajar cakap dusun laini... lalalala..hehe..
Terima kasih Allah! :)
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”-Al-Insyirah : 5-6
Out of Comfort Zone.
Survival mode. Activate.
Survival mode. Activate.
FH : Buat guru-guru baru dari Semenanjung yang dihantar ke Sabah atau Sarawak. Be Strong! Ikhlaskan hati..Boleh bah kalo kau...:))
12 comments:
cool nya beliaumu paran... "ramai sumandak tu.." terbaek! hehe... anyway, selamat bertugas...
ariana: mo kasi sadap atiku baitu. haha...slmt bertugas jga..:)
tahniah..slamat mlapor diri dan ber'posting'..hehe..xpa..tambunan ja tu..bkn beluran..huhu
tahniah an..banyak kenanganku di sekolah ni..sy selalu dtg sini masa sekolah rendah dulu, sek sy dgn si azmal xjauh sgt dr sekolah ni..nampak uzur sikitlah sekolah ni sbb mulanya sek.men.ni menumpang sek.rendah ja.
ramai juga kawan2 sy sekolah sini. sekolah pedalaman tp prestasi akademik, ok jg. lagilah kalau sukan & kebudayaan. ada yg wakil malaysia lg.
Lily : hehe..iya bah. masih lgi dlm sabah. spesel ka beluran? haha...
Jay : tq jay. bagus juga ada org mcm kamu tahu n prnh p sek tu.ada jg sy tgk durg ni hebat dlm sukan n kebudayaan. mantap..hehe..:))
nda..mksdnya..nda jauh tambunan berbanding beluran..an an jua bunyi blkgnya tu..hehe....
tp, ada terselit kisah jua la dengan beluran..haha..
wahh..tahniah broo..smoge sukses d sek baru..hehe
Lily : an..an..iya kn..hahaha...:)
amalina: tq sis...:)
congrats & selamat bertugas! banyak sumandak bah sana tu...hehehe
mane lagi sejuk...tambunan ke kundasang? sebab pernah gi kundasang & kota belud je, so nak compare tahap kesejukan die...hehe...
*dulu arwah moyang kte nak name kan kte cik siti wan kembang tau...hadoi...x dapat bayangkan kalo org dok panggil "kembang...ooo kembang..." hahahaha*
& lagi 1, kalo orang bukan klate mesti ingat
paham = pahe
tapi sebenarnya "pehe" ...
pehe dok?
:p
eh...jap...kalo name kte cik siti wan kembang, kena tukar jadik "ctwk" laa name kte...tapi ct-k pun still boleh gune lagi kan...hahaha
ctk: tq ging..hehe
level sejuk tu antara tambunan n kundasang dlm level yg sama..hahaha..
pehe blako...cmgtu? x kisah mna..asal paam suda..hihi...
'ctwk' dah nk dkt cartoon network eh..haha..:D
wahhhh...uniknya sekolah kamu farhan
Post a Comment