| Kenalan Hanzsensei |

Aku, kain Serban dan Kawan-kawanku...

Memang pelik tajuk entri baru aku ni.. huhu.. kenapa pula kaitan dengan kain serban ni? Tidak ada apa-apa pun, tapi nak cerita masa membeli kat Mydin, aku sempat membeli serban warna hitam putih, satunya aku berniat dengan memakai serban semasa solat, aku dapat merasa keadaan saudara-saudaraku yang berada di Palestin. Memelitkan kain serban di leher aku merasa seperti aku juga sebahagian daripada mereka. Merasa Allah terlalu dekat dengan nyawa kita... Masya Allah...

Seminggu kemudian, aku dan sahabatku berjalan ke Times Square. Nampaknya gaya kain serban ni bukan sahaja untuk di gunakan di kepala dan kelihatan tawadhu' semasa menghadap Tuhan, tapi kini sebagai suatu fesyen yang elegen buat para remaja. Harganya pun dua kali ganda harga serban yang aku beli dan bermacam-macam warna...coklat, ungu, oren.. Memakai kain yang dililit di leher adalah trend masa kini. huhuhu...mantap!

Hem, cantik juga fesyen ni. Lantas sahabatku berfikir tentang fesyen yang akan dikenakan pada hari perkahwinan kakaknya di sini. Al-maklum... mereka akan mengadakan persembahan sempena majlis tersebut. Kumpulan mereka ini adalah underground nasyeed team. Kain serban yang dililit di leher dengan pakaian yang bersahaja, agak sesuai dengan konsep lagu dan identiti kumpulan mereka.

Namun, aku tengok remaja yang memakai kain serban berlilit di leher ni, ada yang pakai seluar pendek, skirt, perangai tak tentu hala... tak tahu ke kenapa signifikannya pemakaian itu. Sebenarnya untuk kita memperingati perjuangan para mujahidin di Palestin sama ada Hamas atau Fatah khususnya rakyat Palestin dalam memerangi Israel.

Apa pun yang berlaku dan berputar di dunia ini, ia adalah suatu Sunnatullah. Apa yang baik dan buruk berdasarkan niat masing-masing, namun baik dan buruk itu perlulah ada kekuatan hati yang berlandaskan agama. Barulah apa yang lahir dan zahir mendapat berkat Ilahi.

P/s: Hem, kalaulah suatu hari nanti kopiah pun jadi suatu fesyen dan ramai anak muda yang memakainya mesti pelik kan? ........


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin