| Kenalan Hanzsensei |

May Allah Laknat You - Dalang Babi

Isu ini memang sudah berlalu sehari. Namun semalaman juga aku berfikir, kenapa tergamak orang sebegini melakukan perkara ini... Kepala Babi diletakkan di surau API, pagi Jumaat. Dalam situasi pilihanraya kampus lagi, macam-macam spekulasi yang ditimbulkan. Aku non-political blogger but in this condition, ini mempersendakan rumah ibadat Allah dan agama Islam. Walaupun aku ambik subjek Pentadbiran Politik, aku dalam proses mempelajari dan memahami situasi politik Malaysia. Namun kondisi ini, membuatkan aku hangin bila surau, tempat ibadat mahasiswa Muslim UM dijadikan tempat melampiaskan serakah dendam. Lapik kepala babi tu,bendera pas yang tertulis PMI- Pro-M dan PAS.

Pelbagai spekulasi dan andaian yang mungkin timbul tapi kita serahkan pada pihak berkuasa untuk menyiasat siapakah dalang babi ini. Adakah ini suatu ancaman atau suatu spekulasi dari politik kampus? Beginikah caranya demokrasi terpimpin atau demo-crazy pihak tertentu dalam menyatakan bantahan atau sokongan? Jika ia berkaitan politik kampus, kenapa perlu gunakan taktik kotor lagi jijik ini dalam rumah ibadat?

Kalau rasa tak puas hati atau bantahan, just face to face and discuss what is the main problem? Jangan jadi pengecut, bacul dan tak bermaruah begini! Ini bukan menyelesaikan, tapi menimbulkan lagi kekeruhan masalah. Kamu manusia punya akal, tapi kenapa berfikir seperti orang tak berakal dan berpelajaran?

Klik link ini MalaysiaKini untuk mengetahui berkaitan isu ini.

p/s: May Allah Laknat Dalang Babi... Mohon lah ampunan Allah sebelum Allah berikan azab kepada kamu,andai kamu Muslim...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin