| Kenalan Hanzsensei |

Kisah Luqman Al-Hakim dengan Telatah Manusia

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,

"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Ubah Favicon 'B' kepada icon yang anda suka!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Mesti anda terfikir macam mana nak ubah icon kat sebelah address anda yang mempunyai blog sendiri. Tak kan nak logo 'B' jer.. Jadi pada entri kali ini, saya akan ajar gmana caranya mengubah icon itu atau favicon tersebut kepada icon yang anda suka. ( Macam icon sebelah address saya di atas)

Mula-mula pilih icon yang anda suka dalam saiz 16x16 atau 32x32 pixel dan format .ico , png atau gif. Upload kan pada free image hosting seperti Photobucket . Anda boleh buat icon anda sendiri seperti tutorial yang saya ajar dulu. Link tutorial buat icon sendiri.

Selesai bahagian tersebut, pergi ke Dashboard blog anda klik Layout dan Edit HTML.Cari line ini di Edit HTML anda:


<data:blog.pagetitlJumpa? Selepas itu copy link di bawah, dan paste kan di bawah line di atas. Letakkan url icon yang anda upload kan di image hosting tadi. Image hosting menyediakan link terus kepada icon yang anda upload tadi. Saya gunakan Photobucket dan gunakan direct link yang disediakan. Kemudian tukarkan line tag 'merah' kepada direct link icon tersebut.


Jika icon anda format .ico, taip link ini:

Jika icon anda format png, taip link ini:
Jika icon anda format gif, taip link ini:
Selepas itu, Save Template dan refresh blog anda. Lihat hasilnya! Nampak macam pro blogger apabila ada favicon untuk address blog anda sendiri. hehehe....Selamat Mencuba!

FeelHoney في الهني ء and Me...huhu


Assalamualaikum to aLL viewerS..
I, represented as the Personal Assistant for this inDie Nasyid GroUp..
FeeLHoney, estabalish since 2005 until now..
Matt, Hanif, Amin, Bie and K-Mo
ٍStuDents of University Malaya
All oF them are From Sabah and Sarawak
finalis Akhir Marhaban di Astro Musim Pertama
MuSic? ~related to dakwaH
RnB, Pop, Hiphop, Arabic n many more _(World Music)

ehem.. aku ini sebagai P.A & Photographer for this group.
So, aku promote group nasyid ini untuk
persembahan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor,
dan kami bergerak sendiri (underground) tanpa
syarikat rakaman. so we also work as independent group.

Wanna Know About This Group?
Klik pada gambar di atas...
huhu....
Thanx...
Wassalam...

31 Januari dan Free Palestine...


Assalamualaikum....
Hem.. satu lagi hari yang ku lalui, jam 5.30 ptg.. aku dan housemates keluar ke Dataran Petaling Jaya depan Amcorp Mall dengan satu tujuan, melihat kempen Free Palestine yang dianjurkan JIM ( Jemaah Islah Malaysia ). Kami mengetahui mengenai kempen ini semasa di masjid PPUM melalui risalah yang diedarkan untuk jemaah. Dengan penuh semangat, aku, wafi, mizal, man, k-mo, fika dan madie berjalan kaki ke sana. Siap pakai kain serban dililit di leher..huhu..

Sesampai di sana, kami meninjau barang jualan terutama booth utama yang mengedarkan risalah mengenai Palestine. Aku sempat membeli button Save the Gaza. Sahabat yang lain ada yang membeli tabung, dan menderma pada tabung yang di sediakan. Hampir sejam kami berada di sana lantas kami mengambil kesempatan singgah ke Amcorp Mall untuk melihat program anjuran Berita Harian juga untuk mengumpul sumbangan ke Tabung NSTP untuk Gaza.

Sebenarnya secara kebetulan, kami baru mengetahui program dianjurkan di situ. Kami hanya ingin berjalan-jalan, melihat barang-barang di sekitar shopping mall ini. Anjuran Berita Harian untuk mengumpul dana tabung berbeza dengan program di luar Amcorp ni. Di sini,artis mengadakan lelongan baju untuk dikumpul sebagai dana.

Artis popular melelong baju sampai harga bidaan tertinggi RM450 sehelai! Siapa lagi kalau bukan Faizal Tahir yang melelong hampir semua baju yang pernah dipakai semasa persembahan. Bidaan juga diadakan untuk berduet dengannya sampai RM250 untuk satu lagu je! Masa dia nyanyi, aku dan sahabat-sahabatku teruja dengan suara Live Faizal Tahir menyanyikan lagu Sampai Syurga dan Cuba, he just in front of us! huhu... Great voice!

Dua situasi berbeza di tempat yang sama dengan tujuan yang sama. Kedua-dua program bertujuan mengumpul dana untuk tabung Gaza. Semoga dana yang di sumbangkan ikhlas kita mendapat keberkatan Ilahi buat saudara seakidah kita di bumi Palestin.

~We Will Not Down in Gaza tonight~


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin