Assalamualaikum dan salam syawal semua...:)
Sudah lama tidak mengemaskini blog dan meletakkan entri buat bacaan semua sahabat. Namun kesempatan yang ada ini sebelum aku kembali ke medan ilmu di UM sana, aku titipkan kisah menarik juga lucu semasa percutian bermakna sempena Aidilfitri bersama famili tercinta.
Kenapa lucu? hahaha~
Semalam 27/9, aku telah berkeyakinan tinggi bahawa perjalananku ke Kuala Lumpur adalah pada 28/9 pukul 9.00 AM.. Lantas aku mengemas barang pada malamnya agar tidak kelam-kabut nanti. Hakikatnya, aku merasa there's something curious about this time. So, I'm looking back my ticket. Ya Allah... ropa-ropanya flight ke sana jam 9.00 PM bukannya 9.00 AM! Bukan pagi tapi malam. tengok balik laman AirAsia, flight AK5113 cuma satu sahaja iaitu pada malam 28/9. Apa lagi satu familiku terkejut dan ketawa bersama. (Tambah degree spek kali ni..hihi~)
Malam 27/8 juga terjadi ribut akibat tempias ribut di Filipina. MasyaAllah, kuatnya seakan peristiwa ribut Greg suatu masa dulu. Kawasan perumahanku juga tiba-tiba 'blackout'. Hem, inilah sedikit tanda kekuasaan Allah. Baru sedikit kita sudah bergetar jiwa,apalagi bila peristiwa lebih dahsyat Kiamat kelak. Jadi ucapkan Astagfirullah al-a'zim - tanda kita sentiasa bermohon ampun maaf kepada Allah atas segala perbuatan kita yang sedari atau tidak mengundang pada kemurkaan Allah.
(selingan dakwah sikit ya~ :)
(selingan dakwah sikit ya~ :)
Aidilfitri kali ini tampak lebih berseri hariku dengan famili tercinta. Apa tidaknya bila semua adik-beradik bersama berkumpul meraikan hari mulia ini. Tambahan si comel Camilia, anak buahku yang semakin aktif berjalan ke sana ke mari, tidak senang duduk dibuatnya..hihi~ Dapat juga aku mengubat kerinduan pada famili bersama terutama dengan si comel yang pernah ku jaga sejak seminggu dia dilahirkan.Lagi, kakakku sudah berbadan dua! Mungkin dalam April tahun hadapan, bakal lahir anak buah keduaku.hoho..
Perjalanan Aidilfitri kali ini banyak bertumpu di Kampung Pimping, Membakut, kampung ibuku. Cukup sekadar bersederhana dalam segala segi, lebih aku selesa dari bermewah di Aidilfitri ini. Malah kemesraan pada Aidilfitri ini menjalin semula ukhwah antara sanak saudara jauh dan dekat. Bila melihat sepupu yang dulunya masih hingusan, sekarang sudah meningkat remaja. Anak buah sebelah ayah semakin ramai. Yang dulunya baru berkahwin,sudah berbadan dua. Meriah kampung Binsuluk, Membakut, kampung ayahku. Perbualanku dengan sanak saudara juga tidak segan kerana merasa matang untuk berbicara dan berkongsi pengalaman bersama.
Cukup juga panjang entri kali ini, hehehe~ pagi ini aku akan turut menghantar nenekku ke kampung Pimping. Dapat juga melihat tanahairku buat lukisan memoriku semasa perjalanan dari Kota Kinabalu ke Membakut nanti. Hem.. hati ini seakan tidak ingin balik ke Kuala Lumpur sempena Syawal ini, namun tuntutan ilmu lebih memerlukan aku untuk berjuang di perantauan sana.:)

UM...here I come!
p/s: teringat aku lagu 'Tomat (Tobat Maksiat)' dari kumpulan Wali Band. Cari lagu ni, best ooo..Antara isi liriknya (chorus); Ingat Mati Ingat Sakit,
Ingat Masa Engkau Sulit,
Ingat-Ingat Hidup Cuma Satu Kali.
Berapa Dosa Kau Buat,
Berapa Kali Maksiat,
Ingat-Ingat Coba Ingatlah Akhirat,
Cepat Ucap Astagfirullah al-a'zim...
Ingat Masa Engkau Sulit,
Ingat-Ingat Hidup Cuma Satu Kali.
Berapa Dosa Kau Buat,
Berapa Kali Maksiat,
Ingat-Ingat Coba Ingatlah Akhirat,
Cepat Ucap Astagfirullah al-a'zim...
-Sekadar renungan dan ingatan bersama ya..:)