| Kenalan Hanzsensei |

Tahun Untuk Bangkit !

Tahun Islam silih berganti. Begitu juga tahun Masihi.. umpama baru semalam berpijak di tahun sama. Banyak peristiwa dan kenangan yang perlu dijadikan sempadan dan pengajaran buat menempuhi tahun baru ini. Saya 'tertulis' tajuk tersebut, bila terfikir akan kedhaifan diri yang serba kurang. Juga rasa syukur pada Allah yang membuka mata jalan yang luas untuk menyempurnakan hidup dengan sinarNya. Maka dengan itu, perlu wujud suatu kebangkitan dalam diri untuk azam dan semangat untuk hari mendatang yang lebih mencabar.



ANGGOTA penyelamat Palestin berusaha membantu beberapa mangsa serangan udara Israel yang dihempap konkrit selepas bangunan keselamatan Hamas dibedil jet Zionis di Gaza, lewat kelmarin.
Sumber Berita Harian.





Lembaran baru juga ada isu kebangkitan yang perlu disatukan iaitu kesatuan Islam dalam mewujudkan kestabilan dunia Islam dan kestabilan keseluruhan amnya. Isu Palestin memang tidak asing buat kita dan perlu ditambah tentang isu global memerangi keganasan. Semestinya polis yang membantu penjenayah tidak layak dipanggil sebagai kuasa dunia atas dasar keselamatan global. Inilah sikap yang ditonjolkan Amerika apabila Israel mula menyerang semenanjung Gaza dengan dalil bodohnya menyekat serangan Hamas. Walhal rakyat yang tidak berdosa jadi mangsa keganasan 'penjenayah Israel' dan dilindungi oleh 'polis Amerika'.

Tabik buat rakyat Venezuela, Lubnan, Iran, Indonesia, Malaysia, Turki dan negara-negara yang mengutuk kekejaman Israel.Seharusnya tekanan perlu diberikan buat Amerika dan Israel dalam keadaan kegawatan ekonomi yang bakal melanda tahun 2009 ini. Adakah Presiden Barrack Obama akan meneruskan agenda Bush al-Syib-syib (Maksudnya Bush Selipar.. Padan Muka..!)? Wa'allhua'lam..

Agenda ilmu jua perlu diteruskan walau ada yang sedih dengan keputusan dan sebaliknya. Inilah yang dinamakan 'Cobaan'.. ujian dunia yang perlu ditingkat usaha. Apapun yang berlaku, telah berlaku, dan seterusnya berlaku.. hanya Allah jua tempat mengadu dan tawakal. Maka hijrah di tahun baru ini, kita dengar lagu Devootees - Hijrah Menuju Allah..

Link to Download- .:: Devootees-Hijrah Menuju Allah.mp3 ::.

Wallpaper _Jihad Untuk DiriMu


Alhamdulillah.. Ada juga hasil masa cuti yang tersisa ini, aiseh... terimalah wallpaper tajuk Jihad Untuk Dirimu. background itu gambar meja study masa di 8th.hehehe..

If you want that wallpaper, just click the picture and save as in your computer...
wassalam..

Ungkapan Yang Perlu Di Lafazkan

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.”
Surah Luqman: ayat 14

Kasih sayang dari ayah dan ibu sukar untuk dibalas walau seisi dunia dihamparkan. kepada keduanya. Melalui tauladan dari mereka, membanting tenaga dan upaya serta usaha dalam pekerjaan dan kehidupan memberikan kita suatu kekuatan dalam memahami erti hidup ini. Jerih payah yang mereka lalui untuk memberikan sesuatu yang terbaik buat anak-anaknya membuatkan merekalah insan yang mulia di sisi Allah. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa dan murka Allah terletak pada keduanya. Begitulah ibu bapa kita yang perlu kita sayangi dan ingati atas segala jasa dan bakti buat kita.

Saya berulang kali mendengar lagu ‘Lafaz Yang Tersimpan’ dari UNIC, apakah yang ingin disampaikan dalam lagu ini? Bila saya cari lirik dan cuba hayati lagu ini, memberikan kesedaran terhadap mengungkapkan rasa sayang dan terima kasih buat ibu dan bapa kita. Itulah lafaz yang tersimpan dalam lagu ini…masyaAllah… memang dalam hati kita inginkan memberi kebahagiaan buat keduanya dengan cara dan laku kita, namun suatu pengucapan atau kata-kata penghargaan memberikan makna yang sangat berharga dan mendalam buat mereka.

Jadikan ibu bapa kita sebagai inspirasi hidup walau susah dan senang, merekalah yang memberikan kita semangat tika kita jatuh, bangun dan bangkit dari lena hidup. Doakan mereka setiap masa dan ketika, juga selepas solat. Berikan penghargaan walaupun hanya ungkapan penghargaan tapi ia amat bermakna kerana ada kejujuran dan keikhlasan dari hati. Sudah pastinya hasil yang terbaik didamba mereka, anak yang soleh dan solehah.

Sekadar peringatan dan renungan.

p/s: Video klip Lafaz Yang Tersimpan kureng la.. but the song is strong!
Link to download: .:: Lafaz Yang Tersimpan- UNIC ::.

video

Download Koleksi Nasyid Antarabangsa..

Salam semua. Ini link download lagu-lagu nasyid Antarabangsa. Klik link di bawah kalau nak download. Best lagu-lagu ni.. dari Zaid Bhika, 786 Boyz, Native Deen, Dawud Wharnsby Ali, dan banyak lagi.. (Pastikan ada RealPlayer untuk mainkan lagu..format lagu adalah rm)


786 Boyz
786 Boyz - Made Her Mark
786 Boyz - Palestine
786 Boyz - Shahada
786 Boyz - Tajdar E-Haram
786 Boyz - Ya Allah


NativeDeen
- Not Afraid To Stand Alone
- I Only Afraid My Lord Allah
- Alhamdulillah
- M.U.S.L.I.M
- Save Me
- For The Prophet
Link to Download - .:: NativeDeen.rar ::.


Talib Al-Habib
- Rahma- The Hadith of Mercy
- Hilya- A Pen Portrait of The Prophet
- Light of The Dawn
- Kalimatan- The seal of Al-Bukhar
- Knowledge of Light
- Tasbih- The Seedings of Paradise
- Tauhid- Unity
- The Articles of Faith
Link to Download - .:: Talib Al-Habib.rar ::.


Nanti lagi saya link lagu lain.. ok.. sebarang broken link harap dimaafkan..:p

p/s: Make sure you have WINRAR to extract the rar file. Click this link to get WINRAR.

Semalam by Mirwana (download mp3 included)

Terukir peristiwa silam
kenangan tak bisa terpadam
ku terkenang
oh semalam

Sedetik...
Ku singkapi tirai memori
saat duga tiba menguji
oh semalam
telah pergi

Tuhan
ampunkan segala dosa-dosa
Moga
hari esok ku lebih sempurna

Semalam
Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam
kian menjauh
dan semalam
terus menjauh

Takkan ku berpaling lagi
kerna semalam
pergi...

Link to download mp3: .:: Semalam (Acapella)- Mirwana ::.

JADIKAN MUKA ANDA SEBAGAI IKON (ICON)

JADIKAN MUKA ANDA SEBAGAI IKON (ICON)

Bagaimana yer nak jadikan muka kita ni sebagai icon? Maksud saya, icon pada folder anda.. biasanya icon gambar fail kan? Jadi saja nak seronok jadikan muka anda pula jadi icon.. hehe. Tidak perlu menjadi pakar pun, macam makan kacang ar.. cuma anda perlu PAINT! Melalui START>ACCESSORIES>PAINT


1. Klik FILE>OPEN. Cari gambar apa-apa pun jadi. Saya guna gambar muka anak buah saya ni.. hehehe..


2. Kemudian klik SELECT seperti gambar di bawah dan buat benda tu ngam-ngam muka.


3. Klik kanan tetikus pada segi empat tu dan copy.


4. Buka FILE>NEW. Kemudian anda paste kan di bahagian putih tu. Jika ada lebihan putihnya, anda boleh adjust sendiri.



5. Buka FILE>SAVE AS. Tukar file name dan pastikan selepas nama gambar letak (.ico) dot ico. Contoh : lia.ico Save as type: 24-bit Bitmap seperti gambar kat bawah.



6. Hasilnya begini! Anda boleh tukar ikon fail anda ke muka anda dengan Change icon dan cari tempat anda save ikon anda itu. Selamat mencuba!


Pangkat Bukan Untuk Segalanya...

"Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya?"
Surah Al-Qasas- Ayat 60


Cerita tentang sikap seorang Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Cerita ni kisah benar dari adik saya sendiri yang bekerja di lapangan terbang, sewaktu dia memeriksa kad pengenalan dan passport beliau. Adik saya sendiri ceritakan dengan nada yang agak marah.

Saya terfikir kenapa perlu dia yang dipilih oleh kerajaan yang didasari oleh pilihan rakyat bersikap kasar semasa berada dikhalayak ramai. Jika dilihat di kaca televisyen, orangnya agak baik dalam mengendalikan sidang parlimen, tapi hakikat berada di tempat awam, begini jadinya! Baru sahaja adik saya meminta kad pengenalan, beliau dengan tergesa-gesa dan menyindir dengan suara tinggi dengan ketidakcekapan adik saya walhal baru DIMINTA menunjukkan kad pengenalan.

Setiap penumpang yang turun dari kapal terbang kena menunjukkan kad pengenalan kan? Ini prosedur yang penting. Kalau tergesa-gesa dan ada hal pun, kenapa beliau tidak berada di laluan VIP. Agaknya inilah sikap meninggi diri yang baru diketahui.. Ataupun beliau pening dengan tugasan beliau sehingga diluar kawalan menjadikan orang sekeliling menjadi mangsa! Jangan ingat darjat tinggi di kerajaan, sudah mula mendabik dada. Ingatlah asal pangkat dan darjat anda itu adalah dari pilihan rakyat untuk RAKYAT..dan tidak kekal melainkan Allah jua yang tetap Maha Adil atas Segalanya.


Salam Aidiladha 1429H.. Labaikallah!!



Sedar nda sedar.. sudah tiba musim haji.. lebih-lebih lagi Hari Raya Aidiladha yang aku nantikan. Apa tidaknya Raya Aidilfitri tidak balik ke kampung halaman, maka raya ni aku sangat bersyukur kerana dapat bersama keluarga. Lama juga nda ber'blog' ni. baru dapat connection di rumah jadi ambil kesempatan mengucapkan Salam Aidiladha 1429 Hijrah.

Sebut ja raya ni, ingat la kita Korban.. ingat Haji... aku rasa raya ni patut lagi meriah dari raya Aidilfitri. tengok di tv, orang berkemampuan pergi haji, tergerak aku nak pergi juga, terasa tenang dan suatu perasaan kerinduan untuk berpijak di tanah suci Islam itu dan menyempurnakan rukun kelima Islam. Amin...

Dalam kemeriahan ini, kita jangan lupa kepada orang yang menghadapi kesusahan dan musibah... musim banjir di sana sini tentu hikmah Allah yang perlu difikirkan dan direnung bersama.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin