| Kenalan Hanzsensei |

Showing posts with label bait berhikmah. Show all posts
Showing posts with label bait berhikmah. Show all posts

Bukan Salah Cinta?



Bukan Salah Cinta
Lirik/ Lagu : Nur Amin Mulia (Feelhoney Ent.)

Maafkan silapku kawan 
andai kau terbeban
berat perasaan yang memburumu
hadir tanpa undangan 

Aku juga insan biasa
yan pasti punya rasa cinta
kau boleh palingkan ku tapi demi cinta

Aku boleh lepaskanmu
tapi demi cinta
aku terima keputusan itu 
buat penghormatan

Ku sedar jua kekurangan
harga diriku pertahankan
demi Tuhan kelak nanti ku kan berubah
kerna Tuhan...

Ku bebaskan perasaan 
cinta seluruh manusia
rasa simpati di hati
tidak ingin menyakiti

Andai kau rasa terluka
itu bukan salah cinta
itu tanda dari tuhan
hidup bukan 'tuk membenci
ikhlas hati Tuhan membalasi ~

Lagu ni ciptaan sepenuhnya Amin Feelhoney. Kata-katanya mudah dan puitis. Aku memerlukan pendengaran dan penghayatan yang baik untuk memahami tiap bait lirik yang dihasil beliau ni. Ia indah buat mereka yang memahami. dan pernah mengalami. hehe. :)

Si Amin berkata begini :

 " Ini adalah sebuah lagu sedikit sentimental tentang cinta seorang kawan yang tidak kesampaian tapi dia terus kuat dan jalani persahabatan seperti biasa. Ilham ini dari kata-kata Hamka : 

"Cinta bukan melemahkan semangat tapi menghembuskan kegagahan"

Moralnya : Kalau cinta tak terbalas / putus cinta, jangan terus bermusuhan. Allah pasti membalasi dengan sesuatu yang lebih baik buat hambaNYA. 


Wassalam ~
(^_^)


FH : Si Amin ini orangnya cool dan berjiwa-jiwa. Kata-katanya jiwa. Dirinya jiwa. cuma dia bukan orang jawa. dia Sekadar Lelaki Biasa...< sempat promo lagu Feelhoney.hehe. 




 sekarang feelhoney tengah menyiapkan rakaman dan photoshoot untuk album penuh. 
lagu-lagu yang bakal dimuatkan  kebanyakan dari preview ini.
Keep supporting us!

Masih Ada 'Semangat'nya


2.30 pagi, 3 Mei 2011

" Hello..U dua orang saja jaga sini?"

" Iya..macam begini juga.."

Langkah ku teruskan juga ke dalam KK Supermart selepas bertegur sapa dengan dua orang pekerja yang setia menunggu pelanggan di luar pintu kedai. Ku capai air kotak favorite 'teh hijau' di peti dingin dan terus ke kaunter.

Selepas itu, aku terus menyapa kembali mereka berdua.

" U tidak kerja esok? atau cuti?"

" esok saya ada exam. tu yang tak tidur lagi..hehe.."

" U orang Chinese kah? macam muka chinese.."

" Haha..muka saya macam chinese kah? saya muslim. tu yang ada janggut ni..."

" Owh..sorry2..U asal mana?"

" Saya asal Sabah. U tahu Sabah?"

" Owh..Sabah! ini pemilik kedai KK ni orang Sabah juga. KK tu Kota Kinabalu.."

" Owh baru saya tahu! U asal mana?"

" Myanmar..saya 5 tahun sudah kerja sini.."

" Patut U punya cakap melayu lancar saja..Bagus!.."

Ku habiskan sisa air kotak. Sebelum beredar, aku sempat memberi kata semangat buat mereka.
(hahaha...)

" U dua orang kerja bagus-bagus ya.."

" kerja kuat pun gaji sama ooo..."

" iya? hem..brapa gaji korang kat sini?"

" boleh la dalam rm1100..tiada naik juga..5 tahun tiada naik oo.."

" owh..start kerja sini sampai sekarang tiada naik gaji? bonus?"

" tiada naik juga gaji. bonus itu chinese new year kena bagi rm100 saja..tapi untuk kalau orang sini kerja. gaji dalam rm1300 boleh naik sampai rm2000..bonus pun ada dalam rm300.."

" Wah...macam gitu kah? tapi tidak apa.. U boleh masih survive sampai sekarang kan.. "

" Memang boleh juga survive. Saya maw juga hantar duit sama famili di Myanmar. Itu pasal saya kerja jauh sini.."

Aku melihat dari raut wajah, memang ada kejujuran pada matanya. Untuk bersedia jauh daripada keluarga memang suatu yang harus punya kecekalan hati yang tinggi.

" Tidak apa. U sudah dapat kerja, hantar duit sama U punya keluarga sudah bagus. U masih ingat keluarga walau jauh sampai sini.."

" Betul2... U bagus cakap sama kami. Macam saya punya boss juga. Kasi ingat sama famili...U apa nama?"

" Saya Farhan. Ok lah saya maw chow dulu..U punya nama?"

" Owen...ini kawan saya Kimmow.."

" Saya balik dulu Owen, Kimmow. Jaga kedai ni bagus-bagus ya! "

Mereka mengangguk. Lantas hati kecil berkata,

" Alhamdulillah, Malaysia tanah penuh rezeki. "

pekerja asing antara pemangkin ekonomi negara. hohoho...~

Allah Maha Pemberi Rezeki. DIA memberikan rezeki dan nikmat tidak terhitung pada kita tanpa mengira kaum, agama dan darjat pun selagi kita berusaha dengan daya dan upaya kita serta berSYUKUR dengan apa yang ada.

P/s : Belek-belek draft blog, terjumpa entri yang 'hampir' siap ni. Ish3..lama nya sudah ni! Namun, 'semangat'nya masih ada!

Hidayah

Just a bit sketching and editing with adobe photoshop..


Hidayah bertitik tolak dari sedarnya kita tentang konsep hamba kepada Tuhan.
Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa mencari kesempurnaan dalam beragama..

wassalam..

p/s: Penghuni syurga adalah sebaik-sebaik Muslim....
Ya Allah tuntunlah kami ke jalan keredhaanMU...



Cerita 3 Jam


" Kamu kalau dah keluar nanti, orang akan banyak tanya pasal hukum-hakam. Tidak kisah, samada kamu ni belajar Pendidikan Islam atau Pendidikan Quran."

Saya dan kawan-kawan memang berfikir sedalamnya apa yang diperkatakan oleh Abang Wan, seorang yang banyak pengalaman dalam seni.Sepanjang perbualan selama hampir 3 jam di Restoran Bapak antara kami membuka minda tentang situasi masyarakat kini yang perlukan hidup beragama.

" Sepatutnya kamu belajar tentang feqah dulu, paling kurang pun yang asas-asas sebab kamu akan masuk dalam masyarakat kerna title kamu sebagai ustaz."

" Saya kesian juga tengok orang yang belajar tinggi sampai PHD sekalipun masih merangkak-rangkak dalam bab agama, mengaji al-Quran. Eloknya kan, kita di tekankan dulu bab agama dalam akidah, tauhid barulah bab-bab yang lain tu..Rasulullah pun mulanya memberi kefahaman tentang Islam, barulah masuk bab-bab memanah dan lain-lainlah."

" Ni lah bang sistem pendidikan di Malaysia, berorientasikan peperiksaan. Semua orang sibuk mengejar pencapaian dalam exam semata." saya menyampuk sekejap.

" Ya, betul. Bab-bab kerohanian dan agama ni patut ditekankan lebih awal. Isu-isu yang tak sepatutnya berlaku boleh dielakkan kalau dah ada pendinding dalam hati. Kamu semua bagus lah..belajar agama muda-muda ni. Teruskanlah..macam abang ni dah tua-tua sikit baru sibuk nak cari semua. Macam hari tu masa abang pi kursus JAWI, ada satu topik yang kami kena bincangkan.."

" topik apa tu bang?"

" Buat baik atau buat jahat. Mana lagi senang nak buat?"

" Em.."

" Hehe.. Semua orang fikir mesti buat jahat yang senang kan? kalau saya, buat jahat tu lah paling susah. Contohnya, kalau nak mencuri, pertama: nak kena niat mencuri, kedua: nak perah strategi, ketiga: nak juga beli peralatan untuk mencuri, keempat: nak kena tengok tempat nak dicuri, kelima: nak jaga-jaga kalau ada polis..banyak lagi lah!"

" Contoh buat baik tak perlu banyak senang je..(tetiba abang ni senyum).. hah..kan dah dapat pahala..kamu berselawat sekali je pun, Nabi selawat balik kepada kamu 10 kali. Kan senang buat baik dari buat jahat, kalau nak buat jahat paling-paling koman lah..mengumpat. Kau da lintasan niat, kau nak becakap tu pun guna tenaga, tambah-tambah nak fikir dan cari point mengumpat. hahaha.."

Kami tersenyum dan mengangguk tanda setuju.

" Bagus tu kalau korang nak bagi point ceramah ke.. nanti korang kena juga berdiri di hadapan, bagi tazkirah dan ceramah ngan masyarakat. boleh buat lagu-lagu kesedaran.. tapi buatlah dalam versi klakar. Hehe.." " Buat juga kartun lawak-lawak, sindiran masyarakat yang common tentang perkara agama. Agama tu penting dalam hidup. "

" Kalau kau dah dapat apa yang kau nak, last-last baru kau fikir..apa yang aku sudah buat ni? Apalagi aku nak buat ni? Cukupkah bekalan ku untuk hidup ni?..Inilah peranan kamu yang faham agama dengan mereka yang di luar sana. variasikan dakwah dengan medium yang korang ada! Buat lagu-lagu untuk mengajak berselawat, tentang feqah untuk budak-budak..supaya dorang ni ada guideline yang menarik kelak..InsyaAllah..kamu boleh tu..datang saja ke studio, mainlah piano, buat muzik..abang akan tolong.."

Perbualan sepanjang 3 jam, memang saya rasa cukup bermakna. Ada isi yang boleh dikongsi apa lagi dalam bab menyampaikan kefahaman beragama. Merasa begitu kerdil dengan ilmu yang senipis kulit bawang ni berbanding abang itu yang punya berbagai idea dan jiwa yang Islam yang semakin menebal.

Islam itu indah, mereka yang mencari Islam akan merasa keindahan...:)

fh'= Pengalaman baru merakamkan suara latar animasi bagi majalah Gila-Gila..tQ abang Wan atas tunjuk ajar..dan rakan-rakan- Elty, Madie dan Fika: Satu lagi majalah r..hehe~

another task and job to do : exam, LM, drawing, designing, psn, repairing lappy..managing show..woho..!:)

Mendidik sebelum mendidik - PSN

" Saurus means lizard "

" owh..that's mean all of this dinos were big lizard. So that, the cicak on the wall is dinosour too. "

" You are really smart girl."

" But abang. Saya hate cicak but love dinosour."

" if the dinosour are here, would you love it?"

" ya! as you can see there (sambil tunjuk robot dinosor setinggi 20 kaki), the dinosour doesn't hurt us"

" Hahaha.."


" Saya dinosor yang baik hati. Harap maklum. hehe.. "

Dalam hati, " Bijak juga Lyssa ni. Umur 8 tahun dah fikir tentang sekelilingnya."

Sempena Dinos Alive di Pusat Sains Negara, saya berkesempatan menjadi fasilitator selama dua hari satu malam di sana. Yang istimewanya, pada minggu lepas diadakan Holiday Science Camp with Dinosour dengan jumlah peserta 24 orang. (wah,banyaknya! oh yeah...)

Peserta kem ini berumur antara 7 tahun hingga 14 tahun. Dan semestinya anak-anak orang kaya..hehe..Apa tidaknya, yuran untuk kem ini adalah rm200. (wah, murah sangat! oh,yeah!)


Pada sudut pemikiran dan pengetahuan mereka, saya boleh anggap mereka adalah budak-budak yang pandai kerana sepanjang kem ini, mereka banyak bertanya dan memberikan respon berdasarkan pengetahuan sedia ada.


" Abang, macam mana tsunami terjadi?"

" Tsunami ni terjadi akibat gempa bumi dasar laut. tekanan yang kuat hasil daripada gegaran gempa bumi dasar laut menyebabkan terjadinya tsunami."

" Oh begitu! Kat Malaysia ada kena tsunami juga kan?"

" Ya..Ada...di Malaysia, kita kena tempias tsunami dari Acheh tu.."

Datang dua orang budak Syah dan Thaqif ke arahku, seakan mahu mendengar perbualan saya dan Haziq. Saya pun mengajak mereka duduk bersama dan saya mencerita tentang keadaan geografi kawasan Lingkaran Api Pasifik. (Sedikit pengetahuan yang masih saya ingat ketika belajar Geografi Tingkatan 3).



" Ok, Abang bagi contoh tentang kedudukan Malaysia dalam Lingkaran Api Pasifik."

Saya ambil tangan Syah sebagai Semenanjung Malaysia dan tangan Thaqif sebagai kepulauan Borneo (Sabah,Sarawak dan Kalimantan). Saya letakkan tangan saya di bawah tangan mereka sebagai Kepulauan Sumatera dan Jawa.


" Lingkaran Api Pasifik melingkari sekitar Malaysia. Indonesia berada di lingkaran ini,juga Filipin "

" Di mana Filipin dari tangan-tangan kami ni bang?"
tanya Thaqif.

" Saya tahu bang. Filipin ni atas Sabah Sarawak kan?" ujar Syah, ingin kepastian.

" Ya, betul Syah! Nak tengok Filipin di mana? Filipin letaknya di sini." sambil saya menunjuk bahu Thaqif.

Kami ketawa bersama. Perumpamaan yang saya berikan untuk menerangkan tentang Geografi Asia Tenggara menarik minat mereka. Saya cuba mengaitkan bencana alam ini dengan Lingkaran Api Pasifik seperti gempa bumi, tsunami dan gunung berapi yang pernah terjadi di negara yang berada dalam lingkungan tersebut.


" Malaysia juga mungkin terkena bencana alam dahsyat ni."

" Tapi bukan kita kira selamat ke? kita kan berada di luar lingkaran ni?" tanya Haziq.

" Allah sebut 'Kun Fayakun' (Jadi, Maka jadilah!), tidak mustahil bagi Allah semua itu. Cuba Thaqif pegang bahu kanan dengan tangan kanan."

" Ini Malaysia (kepulauan Borneo- tangan kanan Thaqif) dan bahu saya ni Filipin." Thaqif memegang bahunya.

" Boleh jadi Malaysia pun kena lingkaran tu kan? waahh..."

" Betul Thaqif. Tidak mustahil bagi Allah untuk melakukan semua tu..?"

" Betul!" ujar Thaqif. Syah dan Haziq pun cuba melakukan apa yang Thaqif lakukan.


" Nah..adik-adik! Selama kita duduk di bumi ni, jangan pisahkan diri dengan Tuhan. Belajar sains, geografi dan dinosor pun kena ingat dan sandarkan pada Allah."


" Kun Fayakun!" jawab Syah. Memahami apa yang saya sampaikan.


Jam menunjukkan 715pm. Bath time untuk bebudak ni.

" Baik. Syah dan Thaqif tak pi mandi?"

" Saya pakai perfume je bang. Sebelum datang sini, dah mandi siap-siap. Hehe.." jawab Thaqif.

" Saya malas nak mandi. Mandi perfume BOSS..hehe" jawab Syah pula.

Dalam hatiku..." Mak aih...mandi perfume? Kaya banar...hohoho..."

fh': takziah buat penduduk Jepun atas kejadian Tsunami dan gempa bumi yang berlaku. Saya yakin mereka bisa bangkit seperti selepas Perang Dunia Kedua..Ganbatte!!\(^_^)/

Pantun Pesan-Memesan

Assalamua'laikum..Salam Satu Ummah..:)
Ada beberapa pantun untuk entri kali ni..
mari kita baca bersama..
(sambil mendengar muzik deruan angin sepoi2 bahasa..hehehe..)


Blog oh Blog..
ditinjau-tinjau dijenguk-jenguk,
ingin juga ditinggal pesanan,
bila jari mula mengantuk, hahaha..
idea yang datang hanya simpanan.

Blog oh Blog..
Ku tulis ku taip pada masanya,
mencari fakta yang bukan auta,
kalau hanya diari semata,
blog itu bukanku punya.

Coretan di atas bukan isinya,
cuma ingatkan diriku saja,
membaca diari punyalah suka,
apa lagi cerita cinta.

Suka duka hidupnya kita,
sedar tak sedar ada cerita,
sudah tertulis sekian lama,
dalam kitab yang Maha Mulia.

Baca Al-Quran dengan maknanya,
kaitkan ia dalam kehidupan,
fahami ia juga tafsirnya,
jadikan ia satu pengajaran.

Bila hati sudah terbuka,
kerna tahu Al-Quran berbicara,
biar ujian datang melanda,
semua itu tanda kasih-NYA.


i got this idea from this book :
Quranic Law of Attraction by Rusdin S.Rauf

fh':Sampaikan ia walau satu ayat...Buku tu memang best.. berkesan dihatiku..penulis buku ini menyelongkar kehebatan diri melalui Al-Quran berdasarkan hukum tarikan . Syukran buat sahabat yang menghadiahkan kepadaku.. ^_^

Apa Kabar Mum dan Dad?

klik untuk lebih jelas

Assalamua'laikum dan Salam Ukhwah..
Hem..Memang blog ni saya isi bukan untuk diari hidup..
(ada juga sikit-sikit perjalanan hidup..hehe)
Tapi bukan untuk sesaja menconteng..
Yang penting ada isi yang boleh kita berhenti sejenak
dan berfikir dengan hati...:)

Apa Kabar Mum dan Dad?
Memang rasa rindu pada keluarga terasa buat mereka
yang jauh dari mata mereka..
Yang pasti sentiasa dekat di hati kita..
sob..sob..sob..

Kerna itu, coretan rasa hati..
rasa kasih sayang pada keduanya..
Bukan sekadar pendamkan di hati..
Doakanlah mereka..
Kerna mereka sentiasa tidak putus-putus
berdoa untuk hidup kita tanpa kita sadar..

Apa yang sebenarnya doa mereka?
Semestinya untuk kebahgiaan dan kejayaan hidup kita...
juga agar kita menjadi anak yang soleh dan solehah.

Meski rekah bibir mengulang bait doa...
Tidak pernah merasa lelah dengan hidup..
kerna adanya KITA, anak ibu bapa..
KITA? Harap mereka cuma satu...
Anak yang mereka doakan menjadi galang ganti..
menjadi penerus generasi beriman dan bertaqwa..
kerna doa anak yang soleh dan solehah..
itu yang menjadi harapan mereka kelak di alam lain...

wassalam..

p/s: ditaip selepas call mum... rindunya masakan mak...huhu..:)


Cita-Cita dan Cinta~

Cita dan Cinta..
Dua kata yang berlainan maksud..
Beza pada kalimah hanya huruf 'N'..
Namun kedua-duanya punya makna yang sangat besar dalam kehidupan manusia..

Cita adalah impian.
Cita dalam makna yang luas adalah sebuah harapan yang didasari pada suatu keyakinan yang utuh dan digariskan melalui perencanaan yang jelas, matang dan kesungguhan.

Saidina Umar bin Khatab pernah berkata :
"Jangan sekali-kali kamu memperkecilkan cita-citamu, kerana sesungguhnya aku tidak melihat seseorang yang terbelenggu kecuali kerana ia tidak memiliki cita-cita.”

Cinta adalah suatu yang subjektif.
Luas dan punya pelbagai tafsiran..
Terutama orang yang merasa cinta..
Rasa cinta itu katanya manis..
Malah melimpahi rasa manis itu ke setiap jiwa raga kehidupan...

setinggi-tinggi cinta adalah Cinta Agung- Cinta Allah,
Tuhan Yang Memberi kita rasa cinta.

Cintanya Allah pada kita, terlalu besar..terlalu indah...terlalu ajaib...
Dengarlah lagu Maher Zain-Open Your Eyes..
Betapa keindahan alam sarwajagat ini sudah cukup menunjukkan cintanya Allah pada kita melebihi cinta manusia yang bertemu dan berpisah.

Namun, ada kita membalas Cinta-NYA?

Itulah kerna Ibnu Qayyim Al-Jauzi memberi makna cita-cita sebagai jiwa yang tak akan pernah terhenti kecuali kepada Allah. Jiwa yang tak akan tergantikan dengan sesuatu apapun oleh yang lain sebagai ganti-Nya. Ia juga tidak akan menjual apa yang diperoleh dari Allah dengan harga yang murah dan fana.

Maka, cita-cita yang tinggi dibandingkan dengan cita-cita yang rendah bagaikan burung yang terbang tinggi menjulang dengan burung-burung lain yang terbang di bawah.

Lantaran itu, kecintaan pada Allah seharusnya sebati dengan cita-cita yang diimpikan.
Maka dengan itu, apabila kita melakukan rentetan ke arah cita-cita,
tanyalah diri..
Adakah Allah redha dengan apa yang aku lakukan?
Adakah perjuangan cita-cita ini menambahkan lagi kecintaanku pada Allah?

Tepuk dada, tanyalah IMAN...^_^

Cita-cita Dan Cinta



Album : Qiblat
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


Duhai temanku
Mengapa dipisahkannya
Cita-cita dan cinta
Keimanan itu akan menyatukan ia
Jika kita mencuba

Di mana citamu...Di mana cintamu
Keduanya perlu...Kau binalah kerana Tuhanmu
Agar keduanya berpadu

Cinta yang hakiki...Lahir di hati suci
Demi iman dan Islam
Jangan kau pula pisahkannya
Antara cinta-cita dan cinta

Cinta yang sejati...Bukannya ilusi mimpi
Usaha seiring doa
Kerana iman dan Islam
Harus kita menunaikannya

Cintailah citamu
Binalah kerana Tuhanmu

Senilagu: Syed Mohamad
Senikata: Pahrol Mohd Juoi
OP: KRU Publishing Sdn Bhd
SP: EMI Publishing M Sdn Bhd

p/s: Indahnya hidup bersama Ilahi..~:)
owh..klik katun untuk besarkan saiznya...^^

Teman Facebook



Bagus lagu ni...
Dengarkan ya..
Ada unsur nasihat,
supaya kita tidak leka
dengan Facebook..
Sehingga terabai tanggungjawab diri
dengan hubungan Tuhan..

Two thumbs up for Feelhoney..^^

Rindu Ramadhan ~

Ramadhan Kelapan, Seksyen 14, PetalingJaya, Jam 748 pagi.


Ya Allah..Berkati kami di bulan Ramadhan ini....

Sinar pagi memecah kelam alam yang tenang dan damai. Kokokan sang gagah si ayam serama kepunyaan jiran membangunkan mereka yang menyambung dengkuran berirama selepas solat Subuh. Namun ia masih belum mengejutkan mereka yang masih terus bertarung, mengharung mimpi.

Tenang dan damai... Harapanku pada ketenangan alam ini bisa menjadi kesatuan dalam jiwaku. Itulah hati manusia yang sentiasa berbolak balik, sentiasa mengharap kedamaian dan kebahagiaan menjadi teman setia pemilik jiwa.

" Wahai Pemilik Hati yang Berbolak Balik. Tetapkan hati-hati kami pada agamaMU dan ketaatan padaMU..."

Bila berdetiknya hati pada kerinduan, pasti di kejauhan ini terkenang akan mereka yang di sana. Ibu dan bapa bersama adik-beradik berkumpul meraikan Ramadhan dengan sabar dan penuh persediaan. Apalagi bila aku mengetahui si kecil Camilia Melvessa sudah mula belajar puasa setengah hari, bertambahlah rasa rindu untuk mendakap dan mengucup pipinya.

"Aaangaahh...upin..pin.."
" Sekejap Lia.. Angah tengah pasangkan ni.."

Pinta si Camilia kepadaku untuk dimainkan rancangan kegemarannya "Upin & Ipin". Entah keberapa kali rancangan itu sering dimainkan sehingga Camilia boleh mengingat kata-kata karakter .." Betul..tul..tul.."

Dalam menjalani ibadah puasa ini, suatu formula tercipta tentang betapa nilai berpuasa ini dan ibadah di bulan ini sangat tinggi untuk kita 'cari dan gali'...

Sabar + Syukur + Ikhlas +Jujur + Istiqomah + Besederhana = Intipati Ramadhan

Sememangnya terlalu banyak hikmah Ramadhan andai kita benar-benar melakukan beserta dengan amalan-amalan sunat lain. Kita semua tahu tentang kelebihan amalan di bulan mulia ini. Justeru, mengapa tinggal-tinggalkan? Betapa ruginya andai puasa itu hanya menjadi kunci lapar dan dahaga semata.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan sepenuh iman dan kesungguhan, maka akan diampuni dosa-dosa yang pernah dilakukan.” (HR. Bukhari, Muslim, dan Abu Dawud)

Selama kita berpuasa, jangan lupa berdoa sebanyak-banyaknya. Doa orang berpuasa adalah doa yang mustajab. Rasulullah SAW bersabda, “Ada tiga kelompok manusia yang doanya tidak ditolak oleh Allah. Yang pertama ialah doa orang-orang yang berpuasa sehingga mereka berbuka.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi)

Nah...ini baru sedikit ganjarannya. Betapa Allah sayangkan kita dengan memberikan pelbagai ganjaran di bulan ini. Disamping itu, pintu ampunan Allah terbuka seluas-luasnya di bulan keberkatan ini. Justeru itu, hidupkanlah malam.. Perbanyakkanlah taubat..kembalilah pada fitrah kita sebagai hamba yang berTuhan. Ambillah masa sebanyak-banyaknya bersama kekasih terAgung kita di bulan Ruhiyah penuh barokah ini...



Rindu Ramadhan by Bro Halim Devotees...Hayati bait-baitnya...~
"Ya Allah tolong sampaikan hajatku untuk berpanjangan, nafasku hingga pengakhiran.."

Selamat menjalani Ibadah Puasa...Semoga kita mendapat intipati kemuliaan Ramadhan ini..
InsyaAllah..:)


- Siri Peringatan buat diriku yang lupa...

p/s: dikesempatan ini, diri ini memohon kemaafan andai pena berbicara sumbang..kerna diri ini juga insan biasa..punya khilaf dan punya salah..Yang terbaik hanya milik Yang Esa...(^_^)
- Farhan Hafiz -

Noktah Bertindih

Bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, tapi sekadar bait-bait mudah dimengertikan. Terfikir dan terus ku coretkan suatu puisi jujur ini..tidak seindah mana.. ada sahabat jauh, memohon di ukirkan satu coretan indah buat dirinya. Lantasku, garap sedikit dari pengalamannya dengan tajuk " Noktah Bertindih "


Warkah ku terima
berkata ceria
mengukir indah rasa
bahawa sedia bersama

bukan tidak mahu
diriku masih ragu
tak pantas untukmu
atas kekuranganku
wajah tiada apa
apalagi harta di cita

mengapa
tuntas kau pilih aku
sebagai teman hidupmu
bukankah ada terbaik untukmu

lantas kau beri jawaban itu
kerna jiwa nan indah
tak setanding harta dunia


kelunya lidah tidak termadah
kata berhikmah mengundang rasa
andai noktah bertindih?
itu jawaban rahsia jiwa
untukmu~

hanzsensei, 3.26 am, 16 Julai 2010
at 13+1 House


Fahamkan maksudnya? hehe..
Aku akan coba membuat lagunya, jadi...
Bersabar dan senyumlah..~

\(^_^)/

p/s: Sahabat bernama 'M', sudahku buatkan puisi untuk kamo... kalau dah ada lagu, boleh jamming nanti r..hehehe..(jgn lupa blanja aku eh...kui2..)

Sujud Syukur Pada-Mu

Kerisauan melanda di jiwa tatkala terfikirkan apakah nasib adikku dan rakan-rakanku ketika ini? Jam di Masjid At-Taqwa menunjukkan jam 720 malam. Sebentar lagi Isyak, namun kelibat mereka masih belum kelihatan. Pada kebiasaan, perjalanan sejauh jarak Keningau ke Kota Kinabalu tidaklah hingga waktu begini.

"Ya Allah...tenangkan hati yang berkecamuk ini~" detik hatiku.

Hanya dengan doa' ku lantunkan, semoga ketibaan mereka kembali dari Kem Motivasi Tingkatan 4 di Kg Bayangan, Keningau selamat dan baik sahaja.

Dudukku di belakang saf. Tidak tenang di buatnya, lantasku bangun dan berjalan ke beranda masjid. Akhirnya, kerisauan ku terjawab...


Danger!! Slow sikit bawa bos!

" Bang Farhan, dorang (mereka) kemalangan! Bas dorang naik terbabas. Cikgu Rizal bawa abang ikut sekali pergi hospital sekarang,"


Kata-kata juniorku itu sudah cukup menjawab kebimbangan hatiku. Lantas, aku dan beberapa sahabat terus bergerak ikut serta Cikgu Rizal ke Hospital Queen Elizabeth.

Setiba di hospital, aku segera ke wad kecemasan. Ku lihat kelibat rakanku memegang lengannya.

" Kamu ok ka semua? mana Farizul?"
" syukur kami selamat semua. Adik abang di dalam bilik tu. Kejap lagi keluar."

Tidak sampai 2 minit menunggu, ku lihat adikku keluar dari bilik wad dalam keadaan pucat sambil memegang bahunya. Benak hati mengucapkan kesyukuran tidak terhingga lantas ku gapai bahu adikku.

" Ok juga Rez? tiada injured ka?"
" Adui bang..tiada apa jua. tapi bahuku ni sakit..Alhamdulillah, cuma si Ghauth saja yang cedera ringan,"
"Alhamdulillah... risau betul abang,"
"Nau'zubillah kemalangan tadi. Keluar saja dari bas, terus ramai-ramai kami SUJUD SYUKUR. Mahu buat laporan polis nanti ni,"

Sementara urusan laporan diproses, aku bersama sahabat-sahabat yang turut serta Cikgu Rizal, pulang semula ke asrama. Tanda kesyukuran ini ku rafa'kan pada sujud syukur selepas solat Isya'.

Pengalaman di atas berlaku pada tahun 2003, sewaktu aku tingkatan 5. Sedikit info mengenai tajuk entri iaitu Sujud Syukur.

Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka. Syarat-syaratnya niat untuk sujud syukur, takbiratul ihram (AllahuAkbar..), sujud dan salam. Sujud Syukur dilakukan di luar solat. Mudah bukan?

Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :

“Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Bacaan semasa sujud syukur adalah harus dibawakan dengan bacaan zikir ketika sujud sembahyang. Untuk keterangan lanjut mengenai sujud syukur ada link ini.



Berzikirlah.. pujilah kebesaran Allah kerana dengan kasih sayangNya, kita mampu lagi terus bernafas dan menikmati indahnya hidup ini.

wassalam...

p/s: ucaplah Alhamdulillah..syukur kita kepada Allah... ucapan syukur kurang dilafaz pabila gembira, malah digantikan dengan 'Yahhuuuu...!'.. fikir-fikirkan, dan selamat beramal...:))

Meruntun Jiwa - Maher Zain

Assalamua'laikum dan salam sejahtera ke atas kamu...:)

Alhamdulillah ucapku syukur kerana battle on the field already done and now just wait and see the result. Tawakkal pada Allah atas usaha dan ikhtiar sahaja sekarang.

Sehabis peperiksaan lepas, aku berpeluang bersama sahabat-sahabat untuk menjadi fasilitator sempena Kem Huffaz Power! anjuran Insan Superb Training & Consultant. Ya Huffaz.. Bermakna pesertanya adalah dikalangan pelajar tahfiz. Yang hati-hati mereka berlapiskan Al-Quran, musliminnya berkopiah putih dan muslimat cantik dengan purdahnya.

Namun begitu, tidaklah zahir itu yang tersirat. Hati mereka bila diselidiki ada yang berbeda, bermacam, beragam dan sebagainya. Dikatakan mereka jumud, mereka tidak sekali begitu, mereka juga tahu cabaran mereka ini lebih tinggi. Cuma cukup bagiku memberi makna mereka memerlukan motivasi dan dorongan serta fokus lebih terutama yang mengambil tahfiz dan akademik.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Berbalik pada fokus entriku 'meruntun jiwa', mungkin anda belum atau telah mendengar lagu InsyaAllah oleh Maher Zain. Sedikit info mengenai penyanyi kelahiran Lebanon ini:

Inspirasi muzik Maher Zain adalah daripada ayahnya sendiri yang juga seorang penyanyi tempatan di bandar Mediterranean Tripoli - Lebanon. Minat Maher dalam muzik dan instrumen bermula sejak beliau mendapat keyboardnya yang pertama ketika berumur 10 tahun dan sejak itu muzik menjadi sebahagian dunianya. Keluarganya berhijrah ke Sweden semasa Maher berumur 8 tahun, dimana beliau meneruskan alam persekolahannya. Maher Zain juga merupakan graduan dalam Kejuruteraan Aeronautikal dan minatnya dalam muzik sentiasa berkemabang. Selepas terlibat dalam dunia muzik di Sweden selaku penerbit muzik, Maher diperkenalkan kepada RedOne.

Maher bekerja di bawah bumbung RedOne dengan artis-artis Sweden dan kemudian berpindah ke New York. Dalam Beberapa tahun , beliau menjadi terkenal di bawah industri muzik NY. Maher mendapat kerjaya impian dalam usia yang muda namun begitu beliau merasakan ia terlalu jauh dari apa yang diimpikan sebagai 'impian'.

Beliau menyatakan "Saya sukakan muzik tetapi saya membenci segala yang mempengaruhinya, seperti ada sesuatu yang tidak kena".

RedOne bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Akon, Lady Gaga, Enrique Iglesias, Michael Jackson dan ramai lagi, tambahan RedOne merupakan antara syarikat penerbitan muzik terkenal di dunia.

Maher ingin 'berehat' dan merasakan tidak kena dengan suasana muzik lantas mengambil keputusan kembali ke Sweden. Di sana, beliau bertemu dengan sekumpulan saudara seIslam yang aktif dalam komuniti Islam di Stockholm.

Beliau mula membiasakan diri dengan masjid setempat di sana dan beliau merasakan suasananya seperti berada di 'rumah'. Maher bersyukur kerana akhirnya bertemu jalan sebaiknya dan merasakan kembalinya beliau ke dunia muzik kini untuk membantu semua melalui muziknya.


" Jika saya mempunyai satu perkara yang saya ingin memberitahu orang di luar sana itu bahawa begitu mudah untuk melihat jalan yang benar jika kita hanya membuka mata dan melihat dengan teliti, itu yang terjadi pada diri saya"- Maher Zain

Begitulah serba sedikit mengenai biodata diri penyanyi ini, aku begitu meminati lagu-lagu beliau seperti InsyaAllah, Thank You Allah, For The Rest of My Life, Awaken dan boleh aku katakan kesemua lagu-lagunya sangat best! Aku juga melihat arangement muziknya bertepatan dengan lirik yang dilantunkan.




Lyrics: Insha ALLAH – Maher Zain (English Version)

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n’ never loose hope
Cos’ Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos’ Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3

Insha Allah we’ll find our way

Itulah terkadang kita ada yang jatuh, kecewa, gagal dalam perjalanan hidup, dan pelbagai dugaan. Tapi insyaAllah, kita pasti akan ketemu jalan terbaik kerana Allah sayangkan kita, cintakan kita.

Hanya DIA tempat pengadu sebenarnya. Luahkan padaNYA... dengar lagu ini sendiri dan fahami liriknya..kita kan faham...(^_^)

p/s: ada satu lagu lagi yang best..juga meruntun jiwa mengenai palestine...
Part bridge lagu :hem...part tu aku rasa dalam maknanya...
klik link ini untuk lihat video klipnya:
PalestineWillBeFree- Maher Zain.


Wassalam...:)

'Berjalan Dalam Hujan' -New Song, I've compose!

Alhamdulillah...

Sudah sekian lama aku ingin menggubah sebuah lagu dengan sepenuhnya hasil idea sendiri (termasuk kord gitar sendiri..hoho). Hasilnya sebuah lagu yang asalnya idea sahabatku Hasbi FeelHoney, menjadi lagu yang santai dan semestinya ada unsur islami. Rentak lagu ini sederhana dan sesuai dinyanyikan sewaktu hujan. (hohoho...)..

begini kisahnya....

Lirik lagu ini aku gubah semula dari idea asal kepada lirik yang tidak terlalu '
berat' untuk halwa telinga. Mudah difahami dan tidak tersirat sangat..
namun jiwa tersirat masih ada..(:



BERJALAN DALAM HUJAN

berjalan dalam hujan,
sepi sendiri tiada siapa,
tiap langkah gundah terasa,
pulang ku hampa kelam dan suram...

izinkan ku menangis,
dalam titismu oh rintik hujan,
biarkanku kebasahan,
Agar tak siapa pun tahu,
sedihku~

chorus:

andainya ada waktu,
ku bisa renung semula,

apakah ada belas untukku...


hanya tuhan yang mengerti,

apa yang ada di hati,

sandarkan jiwa pada Mu Robbi~

bridge:

Baru kini ku sadari,
Hujan turun mengiringi,
tiap doaku lantunkan,

pengubat sunyiku~

lirik&lagu: hanz
idea asal :bie
FH


p/s: lagu ni juga dibuat time hujan. almaklumlah sebelah petang hujan, ideanya masa balik kuliah time hujan. huh! sadis basah..hahaha..(^_^)

apa yang anda faham tentang lirik ini?hoho~:P

Sorga Pencinta Ilahi~

aku bukan siapa
hamba kelana bermudik senja
kayuhku dengan munajah
tujuku pada sorgaNya

pencinta ilahi
suka mu dengan syukur
dukamu dengan pohon
hanya pada pencipta jagat
aduan rasa segenap rindu

sorga jauh rasa dekat
bila pencinta meredah zulumat
bersama amal redha diharap
biar seribu badai bergolak
takkan luntur doa dikumat

moga terang sinar cahaya
buat pencinta Yang Maha Esa...


:: Farhan Hafiz - 8.00 pagi, 3 Jan 2010 ::

Puisi Saat Mata...


Saat mata terpejam
gelap merudum tiada apa

hanya sepi tanpa siapa


Saat mata celik

terang tiap ruang

mencari siapa dan apa


Saat mata bermadah

akal merungkai hati menerima

jatuh ke jiwa wujud sangka

Saat mata kabur

tiada siapa tapi ada

akal merasa lelah

denyut jiwa meronta

Saat mata jiwa
merasa yang ada
merasa yang tiada
cuma hati terbuka

rasa bahagia tiap masa


minda berbicara: hanzsensei~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin