| Kenalan Hanzsensei |

Hari-Hari Ke Mana Pergi...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua sahabat..
Mohon maaf atas keterlewatan mengemaskini blog ini..masih lagi aku wujud dalam mengukir kata, membias rasa, merungkai madah bicara serta lantunan minda.
Terima kasih buat sahabat yang menegur aku..hehehe..

Semestinya bila berakhirnya peperiksaan, ramai yang merasa reda segalanya bebanan ingatan..(haha..termasuk aku juga la..). Namun pada hari yang sama juga, tamat juga perkhidmatan pensyarah jemputan yang aku sanjungi dan hormati. Profesor Dr. Tobroni Ahmad Sahli berasal dari kota Malang, Indonesia- pensyarah jemputan bagi kos Pendidikan Islam di fakultiku.


Sempat juga, kami tatapkan kenangan bersama beliau bersama Ust. Hamzah di hadapan Dewan Tunku Canselor. Memang ramai yang tidak mengetahui sesi fotografi bersama beliau, aku sendiri baru mengetahui sebelum peperiksaan akhir pagi itu bermula.

Aku begitu kagum dengan pemikiran Dr.Tobroni mengenai Pendidikan Islam pada masa kini. Beliau punya pemikiran yang luas dalam memartabatkan pendidikan Islam dalam situasi global. Malah apabila aku membaca kertas kerja beliau mengenai Pengurusan Pendidikan Islam di Era Globalisasi begitu jitu dan punya pandangan yang kehadapan.

Antaranya beliau menekan konsep kepimpinan Spiritual sebagai cara yang berkesan dalam mewujudkan suatu kekuatan pada pengurusan pendidikan Islam kini. Aku sempat bertemu muka dengan beliau ketika berada di kafeteria APIUM. Sambil kami menjamu kuih-muih bersama beliau sempat kami berbicara soal pandangan beliau mengenai tahap pendidikan Islam yang selayaknya pada tempatnya.

Ya..bagaimana jika sekolah itu juga adalah masjid? Cuba anda fikirkan, apakah hasil dibaliknya. Beliau berpendapat masjid masa kini seharusnya menjadi seperti masjid pada zaman Rasulullah S.A.W. Masjid itu sebagai perkembangan segalanya termasuk penyebaran ilmu. Di samping berilmu kita beramal, malah segala yang kita lakukan atas dasar kerana ingin mencapai keredhaan Allah sudah pasti punya ganjaran. Malah ia dianggap sebagai ibadah di sisi Allah.

Jika masjid itu adalah sekolah, pengurusannya pada cara Islam, maka hasilnya anda boleh lihat sendiri pada outputnya kelak, individu yang cemerlang duniawi dan ukhrawi. Tidak dinafikan dasar pengurusan Barat banyak digunakan dalam sistem persekolahan kini, namun ia sentiasa berubah mengikut zaman. Pengurusan Islam tidak berubah pada dasarnya kerana sumber utamanya adalah Al-Quran dan As-Sunnah.


------------------------------|another story >>


owh..sekarang ni aku masih lagi sibuk, bukan dengan penulisan lirik tetapi working with books! aku bekerja dalam 2 minggu mula jumaat lepas dengan syarikat buku. Even the work really make me exhausted and tired but i'm really enjoy this kind of job.(ceh..speaking..). memang berbaloi kerja ni, bcoz bukan sahaja menguji tahap kesabaran dan ketahanan fizikal tapi emosi juga. hahaha.. susun buku, atur buku, angkat buku,semuanya berkaitan buku!

Sebenarnya ada jualan gudang all of this books begin 26 Nov until 3 Dis. So hurry up my friends.. all the books are really cheapest in price. Apa tak murah kalau buku tebal macam buku teks tu harga around RM8 hingga RM15 than harga before diskaun dalam RM50 hingga RM100.huh..the venue at 3rd floor,Amcorp Mall, Petaling Jaya. Begin in 930 am until 1000 pm. (i guess la..)..

kalau naik lrt rapid tu turun di Taman Jaya. Turun bawah station dah nampak Amcorp Mall. Apa lagi borong jangan inda borong..korang beli banyak, jual la balik..hahaha..good idea ni..

p/s: Aku PIC (person in charge) dalam section Bibliography and Memoir with Chang and Ziela. So if ur see me at the section, say HI ya..:) Owh..semua buku dalam bahasa Inggeris..wassalam..Selamat berchuti buat yang berchuti..:)

Tiap Hati


Kejutkan aku
jika pejamku lena berlagu

tika hati membuai laju
terus ke lubuk gelora nafsu


Sedarkan
aku

jika celikku jaga tersia

lalui jalan hamparnya kaca
menusuk rasa hati nan alpa

Wahai jiwa bergejolak

aku tidak bisa tertolak

pada mainan sang pendusta
bisik meracun duniaku
dengan taburan janji palsu

siapalah aku tanpaNya

pemilik hati tiap nyawa
sumpah terkadang rapuh
luluh terkadang utuh

nukilan: farhanhafiz


:doa:
Wahai PEMILIK hati yang berbolak-balik,
teguhkan hati kami pada agamaMu dan ketaatan padaMu~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin