| Kenalan Hanzsensei |

Siapalah aku?....

Teringat masa aku kecil dahulu, apabila tiba ulangtahun hari lahir ku, pasti akan diadakan sambutan sederhana bersama kakak, adik perempuan dan nenekku. Dan yang pastinya kami berada dalam bulan yang sama iaitu bulan Julai.

Kini, aku sudah berumur 24 tahun. Selama 24 tahun inilah sedikit demi sedikit aku faham dunia yang akan aku tempuhi melalui pengalaman dahulu. Sememangnya pengalaman mematangkan lagi cara berfikir dan menghadapi ujian hidup ini. Dahulu pernah aku jatuh dalam ujian yang getir tapi kerna Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ,telah membuka jalan terbaik untukku agar aku lebih berhati-hati melakukan keputusan untuk hidupku.

Tampak serius entri kali ini kan? Agak serius tapi tidak se'serius' hidupku. Waa... 25 Julai lalu genap umurku 24 tahun. Maka persoalan yang sering diajukan padaku bila umur sudah meningkat ini adalah soalan 'cepu mas' : Bila lagi mau mendirikan masjid wahai Encik Farhan?

Ini jawapan ku: Em... Bahan-bahan mendirikan masjid belum ada lagi apa lagi membuat pintu masjid..hohoho...Hem. Soal jodoh pada usia begini kadang-kadang membuatkan aku terfikir untuk mencari. Lantas lagu Cari Jodoh oleh Wali Band terngiang-ngiang di mindaku tapi dalam masa yang sama lagu Rabbani 'Cari Pasangan' menepis lagu itu.. Waah..nampak serius ni!..

Namun, masa kini aku masih belum bersedia untuk bertemu 'dia' yang Allah takdirkan untukku. Mungkin 'dia' sentiasa istikharah, aku juga turut berdoa', semoga 'dia' yang Allah tunjukkan buatku. tapi 'dia' adalah siapa? Allah juga sebaik penentu..Jeng..jeng..jeng!

Jadi, sempena hari lahir ku ini..ku berharap Allah jadikan aku better person than before. Tidak mengharap menjadi super human..( siapalah aku..sekadar lelaki yang biasa...hehehe..) tetapi berharap menjadi lebih baik dari semalam. InsyaAllah..aku sedang berusaha ke arah itu...Amin..:)

Nah..sempena karya lirik ciptaanku dan Hasbi FeelHoney, Susunan muzik oleh Amin FeelHoney.. Buat lelaki yang biasa seperti diriku..(hoho..) terimalah ..Sekadar Lelaki Biasa' ..fresh arrangement with catchy style than before.



Wajah Nan Rembulan
Meruntun Jiwaku
Tiap Bait tutur kata
Penuh keimanan

Oh tetapi diriku
Berbeda denganmu
Aku Hanya Insan Penuh Kejahilan
Adakah Mungkin kan ku milik kasih
Atau sekadar di dalam hati

Ya Allah Perkenankan
Doa'ku jadikan ku halal baginya
Menemani mimpi indahku
Ku berTanya...~

Adakah Harusku kata
Ku Sayang dia...
Ku Cinta dia...
Siapalah aku...?
Sekadar Lelaki yang Biasa...
Sekadar Lelaki Biasa ~

Cintaku Tak Berarti memilikinya
Cukup sekadar doa'
Bahagia untuknya...~


wassalam..~

(^_^)v

p/s: Ku doa'kan kalian semua dalam sihat sejahtera, sentiasa ceria menghadapi kehidupan serta dengar-dengarkan lagu2 dari FeelHoney..InsyaAllah, fully album on da proses..(promo2..jap...kui2..)

Noktah Bertindih

Bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, tapi sekadar bait-bait mudah dimengertikan. Terfikir dan terus ku coretkan suatu puisi jujur ini..tidak seindah mana.. ada sahabat jauh, memohon di ukirkan satu coretan indah buat dirinya. Lantasku, garap sedikit dari pengalamannya dengan tajuk " Noktah Bertindih "


Warkah ku terima
berkata ceria
mengukir indah rasa
bahawa sedia bersama

bukan tidak mahu
diriku masih ragu
tak pantas untukmu
atas kekuranganku
wajah tiada apa
apalagi harta di cita

mengapa
tuntas kau pilih aku
sebagai teman hidupmu
bukankah ada terbaik untukmu

lantas kau beri jawaban itu
kerna jiwa nan indah
tak setanding harta dunia


kelunya lidah tidak termadah
kata berhikmah mengundang rasa
andai noktah bertindih?
itu jawaban rahsia jiwa
untukmu~

hanzsensei, 3.26 am, 16 Julai 2010
at 13+1 House


Fahamkan maksudnya? hehe..
Aku akan coba membuat lagunya, jadi...
Bersabar dan senyumlah..~

\(^_^)/

p/s: Sahabat bernama 'M', sudahku buatkan puisi untuk kamo... kalau dah ada lagu, boleh jamming nanti r..hehehe..(jgn lupa blanja aku eh...kui2..)

Sujud Syukur Pada-Mu

Kerisauan melanda di jiwa tatkala terfikirkan apakah nasib adikku dan rakan-rakanku ketika ini? Jam di Masjid At-Taqwa menunjukkan jam 720 malam. Sebentar lagi Isyak, namun kelibat mereka masih belum kelihatan. Pada kebiasaan, perjalanan sejauh jarak Keningau ke Kota Kinabalu tidaklah hingga waktu begini.

"Ya Allah...tenangkan hati yang berkecamuk ini~" detik hatiku.

Hanya dengan doa' ku lantunkan, semoga ketibaan mereka kembali dari Kem Motivasi Tingkatan 4 di Kg Bayangan, Keningau selamat dan baik sahaja.

Dudukku di belakang saf. Tidak tenang di buatnya, lantasku bangun dan berjalan ke beranda masjid. Akhirnya, kerisauan ku terjawab...


Danger!! Slow sikit bawa bos!

" Bang Farhan, dorang (mereka) kemalangan! Bas dorang naik terbabas. Cikgu Rizal bawa abang ikut sekali pergi hospital sekarang,"


Kata-kata juniorku itu sudah cukup menjawab kebimbangan hatiku. Lantas, aku dan beberapa sahabat terus bergerak ikut serta Cikgu Rizal ke Hospital Queen Elizabeth.

Setiba di hospital, aku segera ke wad kecemasan. Ku lihat kelibat rakanku memegang lengannya.

" Kamu ok ka semua? mana Farizul?"
" syukur kami selamat semua. Adik abang di dalam bilik tu. Kejap lagi keluar."

Tidak sampai 2 minit menunggu, ku lihat adikku keluar dari bilik wad dalam keadaan pucat sambil memegang bahunya. Benak hati mengucapkan kesyukuran tidak terhingga lantas ku gapai bahu adikku.

" Ok juga Rez? tiada injured ka?"
" Adui bang..tiada apa jua. tapi bahuku ni sakit..Alhamdulillah, cuma si Ghauth saja yang cedera ringan,"
"Alhamdulillah... risau betul abang,"
"Nau'zubillah kemalangan tadi. Keluar saja dari bas, terus ramai-ramai kami SUJUD SYUKUR. Mahu buat laporan polis nanti ni,"

Sementara urusan laporan diproses, aku bersama sahabat-sahabat yang turut serta Cikgu Rizal, pulang semula ke asrama. Tanda kesyukuran ini ku rafa'kan pada sujud syukur selepas solat Isya'.

Pengalaman di atas berlaku pada tahun 2003, sewaktu aku tingkatan 5. Sedikit info mengenai tajuk entri iaitu Sujud Syukur.

Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka. Syarat-syaratnya niat untuk sujud syukur, takbiratul ihram (AllahuAkbar..), sujud dan salam. Sujud Syukur dilakukan di luar solat. Mudah bukan?

Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :

“Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Bacaan semasa sujud syukur adalah harus dibawakan dengan bacaan zikir ketika sujud sembahyang. Untuk keterangan lanjut mengenai sujud syukur ada link ini.



Berzikirlah.. pujilah kebesaran Allah kerana dengan kasih sayangNya, kita mampu lagi terus bernafas dan menikmati indahnya hidup ini.

wassalam...

p/s: ucaplah Alhamdulillah..syukur kita kepada Allah... ucapan syukur kurang dilafaz pabila gembira, malah digantikan dengan 'Yahhuuuu...!'.. fikir-fikirkan, dan selamat beramal...:))

Perihal Perjalananku



Assalamualaikum dan Salam Berbahagia..

Alhamdulillah..aku sudah tiba di Kuala Lumpur setelah perjalanan yang memenatkan dari Sabah. Walau penat tapi kerinduan pada keluarga terus bertapak walau jauh di mata tapi dekat di hati. Hampir semua kenderaan awam telah aku gunakan untuk sampai ke destinasi rumah di Petaling Jaya ni. Bermula dari airplane, skybus, LRT dan akhir sekali teksi.

Sememangnya jejak langkahku meninggalkan bumi Sabah agak keberatan namun digagahi juga dengan semangat juang bagi menghabiskan sesi pengajian di UM. Apa tidaknya sebelum berangkat ke airport, aku sempat mencium dua orang anak buahku yang comel, Camilia dan Arissa. Arissa sudah pandai tersenyum riang. Camilia sudah pandai berbicara dan pintar.

"Umur saya 2 tahun laa..."

Sepanjang penerbangan ke KL, sekali-sekala terimbas wajah-wajah kesayangan hamba..(hehe..)..ya.. my parents, my bro n sista wif my nieces.. tidak dilupakan sahabat-sahabatku yang berada di Sabah yang bertanya khabar berita, bertegur sapa, mencuit rasa. Sesekali juga aku senyum sendiri bila terkenang kampung halaman.

Arissa baru berumur 56 hari.
tapi sudah pandai tersenyum riang..hehe..



Ok..bertukar mood kepada perjalanan.
Sebelum berangkat ke airplane AirAsia, aku sempat bertegur sapa dengan seorang uncle, namanya Sylvester. Entah kenapa aku lebih mudah berbicara dengan orang yang veteran dari yang muda. Mungkin kerana pengalaman mereka sepanjang hidup membuatkan aku berminat mendengar. Kami berbicara soal pendidikan di Sabah apabila dia mengetahui aku pelajar jurusan Pendidikan.

"Kamu ambil kos apa di sana? Enginering ka? atau muzik? "
"Saya ambil Pendidikan."

(dia fikir aku ambil kos muzik sebab aku bawa gitar. kalau ambil kejuruteraan, mungkin gaya engineer kali kan...hehehe..)

"Owh..bagus tu dik. Ya lah..kalau kita mengharap guru-guru di Semenanjung untuk mengajar di Sabah belum tentu pencapaian pendidikan kita naik. Kamu nanti mengajar di mana? di Sabah juga ka?"

"ya uncle. Kami dihantar balik mengajar di Sabah."

Itu sedikit dialog antara aku dan uncle Sylvester yang berasal dari Penampang, Sabah. Dia juga ke Kuala Lumpur tapi berlainan penerbangan. Tujuannya untuk melawat anaknya yang sakit di hospital di sekitar Kuala Lumpur. Katanya dia sudah 15 tahun tidak ke KL.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Sesampai aku di LCCT, perut berbunyi merdu kerana lapar, sesuai juga my mum telah bungkuskan makanan, nasi berlauk ayam masak merah. Lepas ambil beg dan berkemas kejap, terus ke medan selera. Selesai makan, terus naik bas ke KL sentral, sekali lagi kebetulan jumpa uncle Sylvester. Aku lantas mempelawanya duduk di sebelahku. Maka berceritalah beliau...

" Saya ada satu cerita bah. Pasal kawan saya. Dia tu menternak kambing di sana.. bawah kaki bukit. 7 ekar tanahnya... tapi rumahnya di Penampang. Jauh.. jadi dia upah Om kerja jaga kambing dia...

sekali dalam 2 bulan begitu, dia pun mau tinguk kambing-kambing dia. Aiks..kenapa ada kurang ya? Jadi dia pun tanya sama si Om, 'Mana lagi kambing saya ni?' . Si Om jawab,'kambing ada yang mati bos..di situ saya tanam bangkai dia..di bawah sana..'.

Jadi mula-mula si kawan tidak kisah, tapi lama-lama dia rasa lain macam saja. Makin kurang kambing dia.. Naa...jadi dia pun siasat la 'kubur' kambing tu..Naa...tiada tulang! Jadi memang dia syak si Om yang jual kambing dia...Si Om apalagi cabut lari.."


Aku pun ketawa mendengar kisah kambing. Bermula dari cerita kambing sampai harga kambing, cara menternak, untung rugi...Semua dia ceritakan. Alhamdulillah..ada sudah ilmu baru tentang menternak kambing.. Sekarang, kalau jual seekor kambing, harganya hampir rm800. Wow...

Setiba di Kl Sentral, aku berpesan dengan uncle Sylvester untuk berjaga-jaga dengan dompetnya. Dia lama sudah tidak menjejak di KL, malah sendirian lagi. Jadi, selesai bersalam dan dia berjalan ke haluannya, aku terus ke LRT.

Semasa menunggu ketibaan tren, aku ditegur oleh seorang warga New Zealand.

"Hi, Are you from England?"
"Nope. I'm Malaysian"


Mahu saja aku ketawa, dia fikir aku orang England. Tambahan sebutan English-nya berbeza dan agak cepat serta sebutan S yang dalam. Faham kan?hehehe...

(Coba anda try baca ayat English dengan loghat Britain...ceh..)

Jadi aku pun cuba2 try English ku...aiseh..

"So you on vacation here?"
"No. I'm now working and on my way to Bengsar (bangsar). And you are student, right?"

"Yups. I'm full-time student at UM"
"You are Malaysian and you from?"

"I live in Sabah. Do you know Sabah?"

"Yaa...i know Sabah. Because i've been there last month. You know the OrengUtan?"
"You mean you went to Sepilok?"
"Pardon."
"Sepilok. Where orang utans live at Sabah.."

"owh...Sipilook. Sabah it's such a good place to vacation there. oo..ok..owh my station is here"
"Nice to meet you"

"You too friend.."


Aku turun di Stesen Universiti. Melangkah turun anak tangga, ku lihat mendung berarak seakan pasti hujan dalam beberapa minit. Pantasku terus menuju ke teksi untuk terus sampai ke rumah sewaku....

Sesampai di rumah...penat. Tapi sempat pergi pasar malam.....hihi...(^_^)

p/s: Jangan malu bertegur sapa dengan orang sebelah anda... melatih kemahiran komunikasi tu..hehehe...:))

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin