| Kenalan Hanzsensei |

Cerita 3 Jam


" Kamu kalau dah keluar nanti, orang akan banyak tanya pasal hukum-hakam. Tidak kisah, samada kamu ni belajar Pendidikan Islam atau Pendidikan Quran."

Saya dan kawan-kawan memang berfikir sedalamnya apa yang diperkatakan oleh Abang Wan, seorang yang banyak pengalaman dalam seni.Sepanjang perbualan selama hampir 3 jam di Restoran Bapak antara kami membuka minda tentang situasi masyarakat kini yang perlukan hidup beragama.

" Sepatutnya kamu belajar tentang feqah dulu, paling kurang pun yang asas-asas sebab kamu akan masuk dalam masyarakat kerna title kamu sebagai ustaz."

" Saya kesian juga tengok orang yang belajar tinggi sampai PHD sekalipun masih merangkak-rangkak dalam bab agama, mengaji al-Quran. Eloknya kan, kita di tekankan dulu bab agama dalam akidah, tauhid barulah bab-bab yang lain tu..Rasulullah pun mulanya memberi kefahaman tentang Islam, barulah masuk bab-bab memanah dan lain-lainlah."

" Ni lah bang sistem pendidikan di Malaysia, berorientasikan peperiksaan. Semua orang sibuk mengejar pencapaian dalam exam semata." saya menyampuk sekejap.

" Ya, betul. Bab-bab kerohanian dan agama ni patut ditekankan lebih awal. Isu-isu yang tak sepatutnya berlaku boleh dielakkan kalau dah ada pendinding dalam hati. Kamu semua bagus lah..belajar agama muda-muda ni. Teruskanlah..macam abang ni dah tua-tua sikit baru sibuk nak cari semua. Macam hari tu masa abang pi kursus JAWI, ada satu topik yang kami kena bincangkan.."

" topik apa tu bang?"

" Buat baik atau buat jahat. Mana lagi senang nak buat?"

" Em.."

" Hehe.. Semua orang fikir mesti buat jahat yang senang kan? kalau saya, buat jahat tu lah paling susah. Contohnya, kalau nak mencuri, pertama: nak kena niat mencuri, kedua: nak perah strategi, ketiga: nak juga beli peralatan untuk mencuri, keempat: nak kena tengok tempat nak dicuri, kelima: nak jaga-jaga kalau ada polis..banyak lagi lah!"

" Contoh buat baik tak perlu banyak senang je..(tetiba abang ni senyum).. hah..kan dah dapat pahala..kamu berselawat sekali je pun, Nabi selawat balik kepada kamu 10 kali. Kan senang buat baik dari buat jahat, kalau nak buat jahat paling-paling koman lah..mengumpat. Kau da lintasan niat, kau nak becakap tu pun guna tenaga, tambah-tambah nak fikir dan cari point mengumpat. hahaha.."

Kami tersenyum dan mengangguk tanda setuju.

" Bagus tu kalau korang nak bagi point ceramah ke.. nanti korang kena juga berdiri di hadapan, bagi tazkirah dan ceramah ngan masyarakat. boleh buat lagu-lagu kesedaran.. tapi buatlah dalam versi klakar. Hehe.." " Buat juga kartun lawak-lawak, sindiran masyarakat yang common tentang perkara agama. Agama tu penting dalam hidup. "

" Kalau kau dah dapat apa yang kau nak, last-last baru kau fikir..apa yang aku sudah buat ni? Apalagi aku nak buat ni? Cukupkah bekalan ku untuk hidup ni?..Inilah peranan kamu yang faham agama dengan mereka yang di luar sana. variasikan dakwah dengan medium yang korang ada! Buat lagu-lagu untuk mengajak berselawat, tentang feqah untuk budak-budak..supaya dorang ni ada guideline yang menarik kelak..InsyaAllah..kamu boleh tu..datang saja ke studio, mainlah piano, buat muzik..abang akan tolong.."

Perbualan sepanjang 3 jam, memang saya rasa cukup bermakna. Ada isi yang boleh dikongsi apa lagi dalam bab menyampaikan kefahaman beragama. Merasa begitu kerdil dengan ilmu yang senipis kulit bawang ni berbanding abang itu yang punya berbagai idea dan jiwa yang Islam yang semakin menebal.

Islam itu indah, mereka yang mencari Islam akan merasa keindahan...:)

fh'= Pengalaman baru merakamkan suara latar animasi bagi majalah Gila-Gila..tQ abang Wan atas tunjuk ajar..dan rakan-rakan- Elty, Madie dan Fika: Satu lagi majalah r..hehe~

another task and job to do : exam, LM, drawing, designing, psn, repairing lappy..managing show..woho..!:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin