| Kenalan Hanzsensei |

Jambatan Ilmu


" Ustaz, buka bilik ICT ka?"
" Buka kejap lagi jam 11 (pagi) nanti. Mo main game ka ini?"
" Nda. Mo pinjam buku ustaz"
" Buku apa?"
" Tu novel sejarah Islam, Sallahuddin Al-Ayubi"
" Bah,bulih seja. Kalo mo pinjam, syaratnya jaga ia bagai harta dan nyawa sendiri ya. hehe.."
" Boleh bah ustaz!"

Memang tidak dinafikan, buku karangan Pak Latip mudah difahami. Senang dihayati. Tidak berat. Apalagi dalam memahami susun galur sejarah pejuang-pejuang Islam yang membakar semangat dalam bentuk kerangka novel dan penceritaan yang menarik. 

 Pemandangan dari dewan sekolah

Mungkin juga antara faktor mendorong semangat membaca ini kerna faktor suasana dan tempat. Aku dihantar mendidik generasi muda di pedalaman sana dalam suasana yang berbeza daripada tempat asalku. Cuaca yang sentiasa sejuk dari malam hingga ke pagi. Kawasan sekolah yang dikelilingi bukit dan punya anak sungai yang tidak jauh dari tempat tinggalku.

Tambahan, faktor jana kuasa elektrik yang masih menggunakan dua enjin trak atau sinonim dengan nama genset yang membekalkan elektrik ke seluruh kawasan sekolah punya limitasi. Jam 5 pagi hingga 11 malam adalah masa operasinya.

Dan faktor utama juga adalah kurangnya penggunaan internet. Bukan kerna mereka tidak mahu menggunakan tapi kadar penerimaan yang terhad dari pemancarnya. Terkadang aku gunakan internet untuk keperluan program dan pendidikan hanya pada masa kemuncaknya tiba. iaitu seawal pagi ketika genset dihidup dan pada petangnya sebelum genset direhatkan (tutup).

Ya. Itulah faktornya. Maka untuk menghilangkan rasa bosan dalam ketiadaan kemudahan inilah aku bertekad mahu menghidupkan kembali jiwa dan akal ini. Setiba di bandaraya KK, dengan hanya niat untuk membeli buku soalan dan latihan pelajar sahaja. 

Benakku sentiasa berfikir, "Aku tiada apa-apa. Jika ada ilmu yang bisa membuka hati mereka untuk sentiasa berjuang dalam hidup, inginku mencarinya. Tapi apa?"

Terlintas di fikiranku suatu filem kontroversi "Kingdom of Heaven" yang mencetuskan idea untuk mengenali si penakluk Jerusalem, Sallahuddin Al-Ayubi.

"What is Jerusalem's worth?"
" Nothing...Everything!"

Bermula dengan Novel Sejarah Islam berjudul Salahuddin Al-Ayubi karya Pak Latip (Abdul Latip Talib) aku mulakan misi membaca kembali. Plot cerita yang menarik. Mudah difahami. Aku menghabiskan novel itu hanya dua hari. Timbul rasa sesal tidak membeli lebih banyak kisah pejuang Islam seperti ini.

Kembali ke Kota Kinabalu, aku bertekad membeli lebih banyak novel sebegini. Umar Al-Khattab, Saad Abu Waqas, Muhammad Al-Fateh dan Khalid Al-Walid. Semua karya Pak Latip. Baca punya baca. Semua dihabiskan dalam purata satu buku dua hari. Alhamdulillah.


Koleksi Novel Sejarah Islam karya Pak Latip

" Assalamualai'kum ustaz"
"Waa'laikumussalam Ana."
" Ustaz, ada lagi kah buku novel sejarah begini? "
" Ada. Tu atas meja."
" Saya mo pinjam lagi bah. Buku ni abis sudah saya baca"
" Dua hari?  Siuk ka buku tu?"
" Best dari buku Sejarah "
" Hoho.."

Dalam hatiku 
"  Buku punya jiwa hanya boleh tanggapi oleh pembaca yang  menjiwainya "

Terima kasih Pak Latip!

p/s: Balik KK terus borong buku. Hohoho....:)

Farhan Hafiz
1000pm, 28/9/2012

Mahabbah (suami,isteri dan .....)


 



Lama sudah katun ni..
baru post masa ini..
InsyaAllah..moga kebaikan buat kalian dan keluarga kalian...:)

FH : segala komik, kartun,wallpaper daripada blog saya ini adalah gratis (percuma) 100%, dipersilakan menyebarkan. Smoga dengan usaha sekecil ini, mendapat kebaikan bersama. Put some credits ya!

Boleh Bah Kalau Kau ! (mode:posting)


" Hello..Assalamua'alaikum. Saya Farhan Hafiz. Mau tanya pasal penempatan saya. "

" Waa'laikumussalam. Bagi nama penuh "

Apabila 'kak' kerani memberikan jawapan yang aku tunggu selama setengah tahun ini, akhirnya...

" SMK Desa Wawasan, Tambunan "

" Apa ? Tambunan ?"

" Iya, Tambunan. Nanti 23 Mei, Encik Farhan berkumpul di PPD Tambunan untuk taklimat lanjut ya."

" Ok, terima kasih."


Monolog Seketika : Bersangka Baik


Walau dalam gembira menyambut jawapan itu, hatiku sedikit berbaur gelisah. Bukan tidak bersyukur. Tapi itulah naluri apabila sekali lagi berpisah dengan ibu bapa. (Setelah 7 tahun diperantauan)

" Siapa mau tolong mama bejualan di gerai ni karang ?" 

" Kenapa aku inda di tempatkan antara dua sekolah yang jaraknya hanya 10 minit berjalan kaki dari kediaman ku ni ?"

Benak hati ini sentiasa bertanya. Aku cuma perlu bersangka baik untuk semua takdir yang Allah tuliskan buatku ini dengan redha dan sabar. 

“Aku mengikut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika mereka mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku menyebutnya dalam diri-Ku. Apabila mereka menyebut nama-Ku dalam kumpulan, nescaya Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka. Jika mereka menghampiri-Ku sejengkal, Aku mendekati mereka sehasta. Jika mereka menghampiri-Ku sehasta, Aku mendekati mereka sedepa, dan apabila mereka datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan, Aku datang kepada mereka berlari.”
- Hadis Qudsi riwayat Bukhari & Muslim

Ter'Flash Back' : 8 tahun lalu
Hem, apabila aku amati setiap perjalanan ke arah ini, aku sedari Allah tunjukkan jalan yang terbaik dan takdir yang mampu aku hadapi. 

" Tunjukkan kami jalan yang lurus,"
- Al-Fatihah: 6

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."
- Al-Baqarah: 286
Sebelum mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan Pendidikan Islam ini, aku mendapat tawaran ke jurusan IT dan Seni Kulinari di kolej swasta. Dua bidang yang aku minati. Masa itu, pilihan ke arah IT lebih dekat di hati kerana jarak ke kolej tersebut hanya di sekitar Kota Kinabalu. Hanya perlu menaiki bas.

Detik membuat keputusan, aku berbaring di bilik. Aku pejamkan mata. dan menghela nafas sepanjangnya. Cuba hilangkan rasa 'memilih' buat sementara dan menenangkan jiwa yang berbolak balik ini. Aku memohon agar Allah tunjukkan aku jawapan terbaik untuk ku sampaikan kepada ibu bapaku.

Saat membuka mata, pandangan pertamaku adalah pada ayat yang terpampang di hadapanku. Cantik berbingkai. Surah At-Talaq: 2-3. Ayat yang kebanyakan peniaga yakin untuk melariskan perniagaan. Senyum sendiri. Eh, kejap. Maksud ayat ini.

 "Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. " 
- At-Talaq: 2-3
  
TAQWA dan TAWAKKAL. 
Lantas, dalam hati bertanya, " Apa bah ini taqwa?"
Dalam khutbah selalu pesan " Bertaqwalah kepada Allah "
Hem, aku tidak faham perkataan seringkas ini. 
Kalau Tawakkal, faham juga maksudnya. Serahkan semuanya pada Allah setelah berusaha.

Dalam fikiran ada satu jalan yang bisa menunjukkan aku maksud keseluruhan ayat ini. Bukan sahaja maksud Taqwa dan Tawakal. Tapi keseluruhan hal yang berkaitan dengan kehidupan. Iaitu memahami Islam secara menyeluruh. Aku sudah yakin dan nekad untuk membuat pilihan itu.

" Mama..Bapa.. aku mau pigi Kelantan. Pigi Nilam Puri "

" Bah, mana-mana jak. .Ada Nik Aziz tu sana. Baguslah " jawab bapa.

" Jauh tu Kelantan. Teda apa-apa kah kalo di sana?  " jawab mama.

Itulah peranan media utama . Melahirkan persepsi negatif buat kami yang tidak memahami keadaan Kelantan yang sebenar. Corak pemerintahan. Suasana dan rakyatnya.

Namun, itulah stigma, persepsi dan impresi. Yang pertama bisa mempengaruhi seterusnya. Ternyata jika tidak mengkaji dan berpijak di buminya yang nyata, kita tidak akan faham hakikat sebenar sesuatu perkara. Jadi, bermusafirlah aku ke negeri gelaran Cik Siti Wan Kembang.

(pada asalnya,aku tidak terfikir yang aku akan menjadi mahasiswa UM kerna menganggap Nilam Puri adalah sebuah kolej juga.haha. Rupanya, ia adalah Akademi Pengajian Islam UM cawangan Kelantan, di Nilam Puri. )

Hok politk ambo duk tepi sebab ambo budak baru nok ngaji. Hok tradisi keilmue, ambo respek mace ni. (two thumbs up).  Meme 1st time, tok panda pahe2 nok kecek lagu mano..mace aye itik.  Tapi doh masuk tempat ore, kena panda-panda hidup. hahaha. Maaf jah kalu ado saloh oyak. hehe..:)

teringat lagu tupa..Halim Yazid. haha.

Alhamdulillah, 3 tahun di Kelantan. ternyata hakikatnya baik belako! 
4 tahun di Kuala Lumpur, memang banyak 'lumpur'.


Persepsi Awal Perlu Positif

Tambunan, pertama kali dan terakhir ke sana masa kem motivasi tingkatan empat. Kawasan geografi berbukit. Kelilingnya Banjaran Crocker. Zon Pedalaman. Ada yang mengatakan 'Tambunan is Switzerland of the East '. Cuaca sejuk. Majoriti kaum dusun /kadazan. Jarak dari Kota Kinabalu, kira-kira 80 km. Anggaran 2 jam lebih perjalanan.

Aku cuba mencari 'gambaran' awal sekolah itu dengan bantuan pakcik 'Google'. 
Persepsi pertama seharusnya positif. Tetap dengan sangkaan baik.
" Eh, tiada laman web sekolah? Ok. Cari gambar kalau ada. " 

" WAH ! Cantiknya sekolah.."

 di bawah tangga, ada sungai.
(Kaki pancing macam aku ni, sukalah kalo dengar sungai..hahaha..)
 gambaran kelas-kelas dari sekolah tersebut.
(unik & cantik)
 Pemandangan yang sangat 'awesome'
(menurut gambar, aircond semulajadi di sini..hehe..)

Tanpa berlengah, aku sampaikan berita ini kepada ibu bapaku. Dalam hati masih berbaur macam-macam bila melihat kedua orang tuaku, aku tetap gagahi jua.

" Mama..Bapa...aku diposting ke Tambunan "

" Bah, syukurlah. Ramai sumandak tu. " jawab bapa.

" Mama target di Ranau atau Tawau. Tambunan. Ok juga tu. " jawab mama pula.

Jawapan mereka 'simple' dan lucu. Tergelak juga menyambut jawapan yang tidak disangka-sangka. Tapi itu sudah cukup menyenangkan hatiku. Belajar cakap dusun laini... lalalala..hehe..
Terima kasih Allah! :)

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
 -Al-Insyirah : 5-6

Out of Comfort Zone. 
Survival mode. Activate.


FH : Buat guru-guru baru dari Semenanjung yang dihantar ke Sabah atau Sarawak. Be Strong! Ikhlaskan hati..Boleh bah kalo kau...:))




 

Jom Dakwah! (Kertas Dinding)



InsyaAllah kita mampu..
Dan jadikan DAKWAH sebagai urusan kita..
Walaupun hanya sepotong ayat, secebis kata untuk ingatan sahabat sekalian.
Sudah ada usaha ke arah berDAKWAH..
Variasikan dakwah dengan segenap medium dan kebolehan yang ada.

Siapa lagi yang boleh melainkan kita yang bergelar MUSLIM.
Allah pasti membantu kita..:)

"Tiada daya dan upaya melainkan kekuatan (pertolongan) dari ALLAH "

Celik Jiwa



Jika setiap hari, kita biasa membaca akhbar (yang adakala menyakitkan hati dan akal) cuba kita lazimkam membaca Al-Quran setiap hari dan jadikan sbgai amalan (tabiat) seharian.

Amalan membaca Al-Quran inilah jalan terbaik untuk mengubati hati dan akal yang sering dilanda emosi lebih-lebih lagi dalam menghadapi dunia yang smakin mencabar kini.

Jadikan al-Quran sebagai 'bestfriend forever', insyaAllah...perasaan berkecamuk itu pasti akan terungkai apabila membaca Al-Quran.

“Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran, kecuali mereka akan memperoleh ketenteraman, diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan nama mereka disebut Allah dalam kalangan malaikat.”
(Hadis riwayat Muslim, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Abu Daud)

 “Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
(Hadis riwayat Bukhari, Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

“Bacalah al-Quran. Kerana ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaat kepada para pembacanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Jom kita menjiwai Al-Quran!
Baca, faham, hayati,koreksi... :)

FH : Jika anda bertemu pakcik ini. Sampaikan salam dariku.
- Farhan Hafiz, Masjid Jamek,2010

Bukan Salah Cinta?



Bukan Salah Cinta
Lirik/ Lagu : Nur Amin Mulia (Feelhoney Ent.)

Maafkan silapku kawan 
andai kau terbeban
berat perasaan yang memburumu
hadir tanpa undangan 

Aku juga insan biasa
yan pasti punya rasa cinta
kau boleh palingkan ku tapi demi cinta

Aku boleh lepaskanmu
tapi demi cinta
aku terima keputusan itu 
buat penghormatan

Ku sedar jua kekurangan
harga diriku pertahankan
demi Tuhan kelak nanti ku kan berubah
kerna Tuhan...

Ku bebaskan perasaan 
cinta seluruh manusia
rasa simpati di hati
tidak ingin menyakiti

Andai kau rasa terluka
itu bukan salah cinta
itu tanda dari tuhan
hidup bukan 'tuk membenci
ikhlas hati Tuhan membalasi ~

Lagu ni ciptaan sepenuhnya Amin Feelhoney. Kata-katanya mudah dan puitis. Aku memerlukan pendengaran dan penghayatan yang baik untuk memahami tiap bait lirik yang dihasil beliau ni. Ia indah buat mereka yang memahami. dan pernah mengalami. hehe. :)

Si Amin berkata begini :

 " Ini adalah sebuah lagu sedikit sentimental tentang cinta seorang kawan yang tidak kesampaian tapi dia terus kuat dan jalani persahabatan seperti biasa. Ilham ini dari kata-kata Hamka : 

"Cinta bukan melemahkan semangat tapi menghembuskan kegagahan"

Moralnya : Kalau cinta tak terbalas / putus cinta, jangan terus bermusuhan. Allah pasti membalasi dengan sesuatu yang lebih baik buat hambaNYA. 


Wassalam ~
(^_^)


FH : Si Amin ini orangnya cool dan berjiwa-jiwa. Kata-katanya jiwa. Dirinya jiwa. cuma dia bukan orang jawa. dia Sekadar Lelaki Biasa...< sempat promo lagu Feelhoney.hehe. 




 sekarang feelhoney tengah menyiapkan rakaman dan photoshoot untuk album penuh. 
lagu-lagu yang bakal dimuatkan  kebanyakan dari preview ini.
Keep supporting us!

Terkenang-kenang

Assalamua'laikum dan Salam sejahtera.

Kalau dikira dengan bulan, memang hampir 5 bulan...
Kalau dikira dengan hari, memang hampir 150 hari...
Kalau dikira dengan waktu, memang hampir 3600 jam...
Aku tidak update ini blog...huhuhu~

Alasan? tiada masa? atau malas?
jawapan keduaku ambil : malas bah!
update blog ni memang senang, cuma taip sikit-sikit. settle!
tapi apa yang mahu ditaip? hehehe...

Kerja menaip ni agak lama juga ditinggalkan. Maka datanglah rindu masa 'student life' dulu. (flash back pula...)

Awal semester, pensyarah bagi assignment. Semangat membuak-buak untuk siapkan sesegera mungkin.
Tengah semester. " Awal lagi ni mo buat... Relax dulu."
Dekat akhir semester. Library jadi kunjungan utama. Penuh buku rujukan dimeja. Mata bertukar jadi mata burung hantu. Barulah nampak hasil assignment dengan jayanya. hehe.

Alhamdulillah. Ilmu dan pengalaman semasa bergelar mahasiswa banyak mengajar dan mendidik erti kehidupan.

Sahabat-sahabat serumah yang berjumlah 13 orang itu lah yang banyak mewarnai hidup dan hari-hari sepanjang pengajian. 13 orang serumah? hahaha. Ingin juga dicoret kisah bersama mereka. Semua mereka sangat berbakat. Ada yang hebat bermain bola, menyanyi, memasak, memancing dan macam-macam lagi kebolehan yang Allah berikan pada mereka.

Walau berbeza sifat dan perangai juga pandangan, keserasian sentiasa wujud bila bersama. Lama nda jumpa, cuma sedikit coretan buat kenang-kenangan. Tacing2x...



Masa ni ber-13 sebelum add sorang lagi member.



setelah ber-14 orang...


Dan beginilah..keadaannya..
unity in diversity..haha..



Tidak dilupakan, wonderpet kami, kucing sebelah kanan tu.
Si Bumbum
(sebab kami selamat kan dia dari bumbung rumah..hehe)


FH : Kehadiran kalian dalam hidup ini amat bermakna. Semoga suatu masa kita reunion kembali.! ..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin