| Kenalan Hanzsensei |

Jambatan Ilmu


" Ustaz, buka bilik ICT ka?"
" Buka kejap lagi jam 11 (pagi) nanti. Mo main game ka ini?"
" Nda. Mo pinjam buku ustaz"
" Buku apa?"
" Tu novel sejarah Islam, Sallahuddin Al-Ayubi"
" Bah,bulih seja. Kalo mo pinjam, syaratnya jaga ia bagai harta dan nyawa sendiri ya. hehe.."
" Boleh bah ustaz!"

Memang tidak dinafikan, buku karangan Pak Latip mudah difahami. Senang dihayati. Tidak berat. Apalagi dalam memahami susun galur sejarah pejuang-pejuang Islam yang membakar semangat dalam bentuk kerangka novel dan penceritaan yang menarik. 

 Pemandangan dari dewan sekolah

Mungkin juga antara faktor mendorong semangat membaca ini kerna faktor suasana dan tempat. Aku dihantar mendidik generasi muda di pedalaman sana dalam suasana yang berbeza daripada tempat asalku. Cuaca yang sentiasa sejuk dari malam hingga ke pagi. Kawasan sekolah yang dikelilingi bukit dan punya anak sungai yang tidak jauh dari tempat tinggalku.

Tambahan, faktor jana kuasa elektrik yang masih menggunakan dua enjin trak atau sinonim dengan nama genset yang membekalkan elektrik ke seluruh kawasan sekolah punya limitasi. Jam 5 pagi hingga 11 malam adalah masa operasinya.

Dan faktor utama juga adalah kurangnya penggunaan internet. Bukan kerna mereka tidak mahu menggunakan tapi kadar penerimaan yang terhad dari pemancarnya. Terkadang aku gunakan internet untuk keperluan program dan pendidikan hanya pada masa kemuncaknya tiba. iaitu seawal pagi ketika genset dihidup dan pada petangnya sebelum genset direhatkan (tutup).

Ya. Itulah faktornya. Maka untuk menghilangkan rasa bosan dalam ketiadaan kemudahan inilah aku bertekad mahu menghidupkan kembali jiwa dan akal ini. Setiba di bandaraya KK, dengan hanya niat untuk membeli buku soalan dan latihan pelajar sahaja. 

Benakku sentiasa berfikir, "Aku tiada apa-apa. Jika ada ilmu yang bisa membuka hati mereka untuk sentiasa berjuang dalam hidup, inginku mencarinya. Tapi apa?"

Terlintas di fikiranku suatu filem kontroversi "Kingdom of Heaven" yang mencetuskan idea untuk mengenali si penakluk Jerusalem, Sallahuddin Al-Ayubi.

"What is Jerusalem's worth?"
" Nothing...Everything!"

Bermula dengan Novel Sejarah Islam berjudul Salahuddin Al-Ayubi karya Pak Latip (Abdul Latip Talib) aku mulakan misi membaca kembali. Plot cerita yang menarik. Mudah difahami. Aku menghabiskan novel itu hanya dua hari. Timbul rasa sesal tidak membeli lebih banyak kisah pejuang Islam seperti ini.

Kembali ke Kota Kinabalu, aku bertekad membeli lebih banyak novel sebegini. Umar Al-Khattab, Saad Abu Waqas, Muhammad Al-Fateh dan Khalid Al-Walid. Semua karya Pak Latip. Baca punya baca. Semua dihabiskan dalam purata satu buku dua hari. Alhamdulillah.


Koleksi Novel Sejarah Islam karya Pak Latip

" Assalamualai'kum ustaz"
"Waa'laikumussalam Ana."
" Ustaz, ada lagi kah buku novel sejarah begini? "
" Ada. Tu atas meja."
" Saya mo pinjam lagi bah. Buku ni abis sudah saya baca"
" Dua hari?  Siuk ka buku tu?"
" Best dari buku Sejarah "
" Hoho.."

Dalam hatiku 
"  Buku punya jiwa hanya boleh tanggapi oleh pembaca yang  menjiwainya "

Terima kasih Pak Latip!

p/s: Balik KK terus borong buku. Hohoho....:)

Farhan Hafiz
1000pm, 28/9/2012

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin