Akhir post di blog ini adalah pada 12 September 2013. Oh, rupanya sudah lebih setahun tidak update.
............................................
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Menjadi seorang pendidik. Sudah setahun dan 5 bulan.
Dikelilingi bukit bukau. Hijau hutan. Padi bukit cantik tersusun.
Kawasan pedalaman Sabah. Tambunan. SMK Desa Wawasan namanya.
Banyak perkara telah dilalui sepanjang bergelar pendidik. Jiwa terdidik dan merasa masih kurangnya ilmu yang ada pada diri ini. Pengalaman sedia ada dan baharu digabung jalin untuk menghadapi hari-hari seterusnya.
Teori dan realiti. Nampak sama tapi tidak serupa. Hakikat yang setiap hari aku hadapi. Yang pasti realiti lebih mencabar. Dan ada yang menjadi mudah. Dan aku suka.
Suasana berbeza dari tempat asal. Awalnya memang bisa. Bisa kerana menahan dinginnya alam sekeliling. Setiap pagi, tubuh ini sudah lali dengan dinginnya air sejuk, asalnya dari sungai. Alah bisa,tegal biasa. Dan pastinya aku suka.
Anak-anak kampung. Kebanyakkannya orang Dusun. Kulit putih melepak. Itulah anak didikku. Pemikiran mereka masih mentah. Mudah terpengaruh. Baharu dengan isu dunia. Namun celik dengan hiburan. Yang pasti,aku perlu mendahului mereka. Supaya faham apa yang ada dibenak hati mereka. Agar menjadi orang kampung yang genius. Dan aku suka.
Sekolah menggunakan separa elektrik talian dan janakuasa enjin (genset). Begitu juga dengan asrama. Bukanya genset jam 500 pagi dan 600 petang. Tutupnya pada jam 400 petang dan 1100 malam. Apa yang aku suka, dengan kurangnya aku menghadap teknologi, aku sudah menjadi ulat buku. Dalam sebulan, aku bisa menghabiskan 4-5 buku. Dan aku pinjamkan kepada anak-anak didik. Dan aku sangat suka.
Banyak yang aku suka berada di sini. Jauh dari pikuknya kota. Tenang jiwa dan segar sentiasa. Ya,aku suka.
Terima kasih Allah.
FH : Siapa kata pedalaman tidak best? Mari aku tumbuk muka satu-satu. Negatif seja. Sampai bila mahu akal di bawah tempurung kepala?