| Kenalan Hanzsensei |

Ke Dalam Diri...


Kita sering berdepan dengan pelbagai kecaman dan kritikan pelbagai jenis orang dari 'background' yang berbeza. Hal ini tentunya telah mencipta himpunan persepsi diri yang memberi makna baik dan buruk kepada kita.

Namun, inilah realiti dunia yang kita saksikan seakan-akan ia memberitahu kepada kita bahawa diri kita yang bernama manusia ini amat bernilai kualitinya. Dalam erti kata lain, dunia ini memerlukan kita untuk terus hidup bererti dan mampu berdiri menghadapi pancarobanya. Sebenarnya apa yang ingin saya persoalkan dalam minda dan ingin kita kongsi bersama tentunya adalah bagaimana kita mampu membangunkan kekuatan jiwa dalam kelemahan manusia seperti kita yang hina sifatnya.

Seringkali kita mendengar ucapan dari rakan2, atau sesiapa sahaja yang pernah bersama kita beranggapan "no body is perfect!". Semuanya sedar eksistensinya dengan alam masing2 punya kekuatan dan kelemahan persis manusia biasa . Namun disebalik ketidaksempurnaan diri manusia ini terkandung hikmah tersembunyi bersesuaian dengan firman Allah ta'ala:

"Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin." 20

dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?"21
- Surah AZ-ZHARIAT



Bagi saya tidak perlulah kita bersusah-payah berfikir bagaimana kita sebenarnya, persoalan yang signifikan adalah siapakah kita sebenarnya?. Saya tidak ingin meletakkan diri saya dalam kelompok "be yourself" namun hakikatnya masih salah dalam mentafsir erti diri. Kita harus sedar kesilapan kita mengenal pasti identiti diri akan menyebabkan kepincangan makna hidup yang menjerumuskan kita ke kancah kesesatan dan pastinya jauh dari kebenaran.


Set mentaliti seorang muslim tidak terfikir untuk melakonkan suatu karekteristik melalui penampilan kerana baginya tiada masa untuk berbuat demikian. Andainya keyakinan dan masa depan kita adalah akhirat, apa perlu risau dan bimbang dengan tanggapan orang terhadap diri kita yang sebenar? itu hanyalah satu persepsi mereka yang mungkin salah dan mungkin juga benar, kalau tepat ianya suatu kebetulan dan ia tidak bermakna suatu kebenaran. Kebenaran mengenai diri kita adalah apabila kita meletakkan diri kita pada fitrah yang sepatutnya serta memenuhi tujuan penciptaan.

Pertemuan dengan Tuhan itulah yang meyakinkan kita dengan identiti muslim ini walaupun sering terdedah dengan masalah hati dan jiwa. Lupakan soal hipokrasi kerana kita memusuhi sikap kepura-puraan sebagai seorang individu yg muslim layaknya dan jadilah hamba yang selalu bertaubat kerana kita dituntut untuk itu dan kembali pada Allah.

Walaupun dalam keadaan maksum, Nabi sendiri bertaubat namun taubat seperti mereka pun kita tidak mampu buat!, mereka hamba yang banyak bersyukur. Kita tidak akan pernah terlepas dari kesilapan kerana kita dicipta dengan penuh kekurangan untuk merasai kebesaran dan kemuliaan yang maha Esa. Jangan selalu menyebut2 kesalahan orang lain, boleh jadi kita yang merasa diri ini suci akan dihukum akibat kesalahan sendiri kelak!.

TAUBAT ADALAH JALAN MENUJU TUHAN......

Nukilan Fikrah: Amin El-Futuwwah

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin