| Kenalan Hanzsensei |

Pada Suatu Malam~

gambar tiada kaitan. saja ja ni..hahaha~

Tika malam kian melabuh tirainya. Aku bersama 3 orang sahabatku pergi ke McD di Seksyen 14 kerana belum makan malam lagi. Selepas membeli pesanan sahabat yang lain, kami pun melangkah pulang dengan motosikal. Aku membonceng dengan Sepul dan Bie dengan Syib.

Alkisahnya.. ditengah jalan semasa on the way home...Dua motosikal dengan penunggangnya adalah polis...

"Aiks, apasal polis ni tengah malam buat show ni?" benakku sambil runsing. Aku membetulkan tali keledar yang sedia rapat.

Dihadapan kami, Syib sudah mendahului dua motosikal polis seperti biasa. Tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggang seorang polis membelok dihadapan mereka secara mengejut tanpa isyarat belok kanan. Kami pun terkejut juga, dalam fikiran siapa yang akan di tahan antara kami.

Sampai di lampu isyarat dekat PPUM, lampu merah tanda berhenti... Dua motosikal dengan penungang polis lengkap baju kuning terang dan seorang polis senior bersama salah seorang polis tadi. Motorsikal polis perlahan-lahan bergerak disebelah kami.

"Adik, boleh berhenti di hadapan tu sekejap..?"
"Ok..." Jawab Syib selamba.

Aku dan Sepul pun ikut sekali kerana ingin tahu kesalahan sahabat kami ketika di jalan tadi.

Tiba di tepi jalan dekat PPUM, polis meminta aku dan Sepul beredar, tapi kami tidak mahu meninggalkan sahabat kami. Dalam benakku, apa yang mereka inginkan di malam ni.

Syib mengeluarkan kad pengenalan dan lesen motosikalnya.

"Saya ingat kamu ni bawah umur. Nampak cam kecil je..."

Kami senyum seketika. Memang tidak disangka Syib berumur 23 tahun tampak seperti belasan tahun. (hahahah..) Belum selesai lagi... Dia bertanya lagi..

"Ni apasal lampu belakang tak hidup?"
"Saya pun baru perasan masa di jalan tadi. Itu yang kawan saya tengok lampu tak hidup..."
"Kamu dari mana?"
"Kami dari lepas makan di McD tadi..."
"Kamu baru perasan ke lampu belakang tak hidup?"
"Kenapa pula motor tu pun tak hidup lampu? Sikit lagi nak terlanggar.."
sambil Syib menunjuk ke arah motor yang digunakan oleh polis. Bukan motor polis, motorsikal Krista bukan berwarna putih dan tiada lambang polis.

Maka, mula Syib mempersoalkan etika polis itu, seorang polis senior menjawab dengan nada sombong.

"Saya tahu kamu pelajar Universiti. Saya belajar takat darjah 3..tingkatan 3.. tapi saya dah jumpa beribu-ribu orang macam kamu ni. Saya pernah bekerja sampai luar negara..tempat negara berperang.. saya dah jumpa ramai orang. Motorsikal tu kalau kamu nak tahu lampu pun tak hidup, takda roadtax...tapi kami menjalankan tugas kami sebagai polis..Kalau nak lawan saya pun di court, saya yang menang "Sambil menunjukkan lambang di lengannya..tanda polis yang senior katakan..

Kami berempat diam tanpa berkata apa.. Tahu inilah polis Malaysia, tidak boleh dipersoal..Nasib malam tu,dia tak bagi saman, kira bagus la...kalau dia bagi saman, kami boleh persoalkan motorsikal yang digunakannya. Bukan milik kerajaan.. Setahuku, kalau motrosikal polis yang biasa berwarna putih dan ada lambang polis.

Saya menyokong kerajaan dengan dasar yang baik dan murni. Namun bila, anggota kerajaan yang dipertanggungjawabkan dan di amanahkan menjaga peraturan, menjaja kembali peraturan dengan hak peribadi maka kepincangan yang hasil dari anggotanya walau sedikit menjadi calaran kepada peraturan yang sedia ada.

Kita hidup penuh budi bahasa... laksanakan walau siapa pun kita....

p/s: Tiada emosi dalam entri kali ini.. namun baitnya pasti wujud..kerana ini bicara mindaku..hehehe~give ur comments..:))

7 comments:

hasni said...

baru2 ni kawan ku kena ragut depan arrahman
mujur dia xjatuh dr motorsikal
kalu x memang jalan r
n buar repot
polis mcm hampagas
memgla polis ni
berlagak je lbh
mntang2 polis
haiihhh
n patutla rmi penjahat kat malaysia ni
sbb polis pandang rendah pada penjenayah
kena ubah ni
kita perlukan polis y beretika
not all la mcm ni kan
tp tula
kerana nila setitik rosak susu sebelanga

wanie said...

polis malaysia mmg mcm tue.. berlagak jerk lebih.. wat keje nyer hampeh..huhu.. lain kali ko ketuk jerk polis tue pok :)

Sayda said...

Salam..
Seriusly lah,, mcam bukan polis pula klu bgitu.. ewahh tahulah polis kan, tpi btul jga knalah ikut praturan.. mcammna bha org tdak mlanggar praturan,sdgkan polisnya pun tkda undang2.. well, ni pgalaman yg baik.. kita mmg prlu dan ada hak bersuara =) bguslah yg Spul tu, dia buat bgitu.. kira polis pun salah jugakkan.. hehe So,brhati2 djalan raya..=)

wassalam..

HanzSensei™ said...

salam semua..
thx 4 all ur respon n komens..

[hasni]betul jua tu hasni...
selagi polis nda beretika,
tidak amalkan cara slogan mereka dengan telus, amanah, cekap dan bersih..
selagi tu mereka akan terus dipandang rendah oleh masyarkat...
tx cita tu....

[wanie]mo ak kna msuk lokap ka ketuk polis..wahaha...

[sayda]ya..ada polis bagus n da yg kureng.. kna respek coz menjdi penjaga undang2 dan peraturan...
sisi +ve nya, diam ja kalau dia bersuara dan bertya..jawab...
-ve nya.. fikir r kita..

kata karam singh:
Terbakar rumah nampak asapnya.
terbakar hati siapa yang tahu..?"

(-__-)...

uchiha ct-k said...

situasi 1 : haha...lawak lawak lawak....hehehe....

situasi 2 : nmpk gaye cam bukan polis je....ntah2 uniform tu die curik kot...haha....tapi kalo mmg btol polis...hmmm...x tau r nk ckap pe...kne msuk skolah blik kot...

kalo nak jadik polis x yah blaja tinggi eh? stkat drjah 3 pn dh bleh? bia btol...?huhu

p/s : oo...baru kte pham mksud karam singh walia tu...hehe

HanzSensei™ said...

[ct-k]
ko pun lawak gk...hahaha..
tu polis yg x ckup dulu2...
skrg polis kna da pljrn..bru beradab..wooo...

p/s:ak amik kta2 karam singh dri iklan dia utk 'Aduan Rakyat' TV3..hihi

Anonymous said...

em...gya ckap tu x nmpk pn cam polis....
nmpk sngat nk duet msuk poket...

sma ngn kjadian b'lku dpn mta aq gk...tym tnggu bs kt komuter angkasapuri.... polis kjar 2 org bdak nek moto...(aq juz m'merhati jee, mcm dok tgok wayang plak)
polis tu pn kuar surat sman laaa...pen laaa
nk d pendek kn crita.....
budak tu hulur je 2 keping kertas merah (rm10 = 2 kepinug)...
masing2 senyum...n dua-dua chaw macam tu jee...yg pasti nya polis tu belok arah pantai dalam...dh dpt 20 apa lagi...p makan ayam golek leee..... (SAPA YG HARUS TEGAKKN NEGARA NI???)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin