| Kenalan Hanzsensei |

Terima Kasih Atas Persahabatan Ini~


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ni, aku terasa ingin mengucapkan rasa terimakasih, rasa syukur buat sahabat2 yang mengenali diri ini. Tajuk entri ini tertulis begini apabila aku terfikir semasa Reunion Kelas (Majmuah 6) Nilam Puri pada 28 Feb 2010, bertempat di Taman Jaya, PJ..Apabila aku melihat wajah sahabat2 sekelas kini, tampak seperti biasa namun jelas keriangan di wajah kerana pertemuan kelas ini mungkin merupakan pertemuan terakhir buat kami semasa di kampus UM.

Sesi Taaruf (pengenalan) bermula dengan sedikit perkembangan sahabat2 kini.. Semestinya soalan cepu mas adalah "Bila nak kahwin?" berlegar ketika sesi ini. (almaklum seorang ahli dah berkahwin..hoho). Perancangan utama adalah untuk berkumpul bersama kerana sebahagian daripada sahabat2 bakal menamatkan sesi pengajian pada semester ini.

Masing-masing punya perancangan. Ada yang ingin terus bekerja selepas tamat, ada yang ingin berniaga, ada yang ingin menyambungkan pelajaran, tidak ketinggalan jawapan cepu mas tadi. (hehehe~).Aku juga tidak ketinggalan berkongsi sedikit perancangan masa depan. InsyaAllah suatu hari.....

Dalam menelusuri kehidupan di alam persekolahan dan mahasiswa, sememangnya kita tidak akan lekang dari insan yang bergelar sahabat. Terkadang ada yang jauh dan berlainan tempat namun satu tali yang tidak bisa diputuskan adalah silaturrahim sesama saudara- sahabat. Apa lagi apabila kita mengetahui perkembangan terkini sahabat kita, pasti kenangan lalu menggamit suasana ceria. Pelbagai ragam dan sifat sahabat kita kenali.

Adat pertemuan pasti ada perpisahan namun perpisahan ini bukanlah perpisahan jasadiah semata tapi bait-bait doa kita lantunkan buat sahabat-sahabat kita terus mekar bersama hidup ini. insyaAllah..~

p/s: Cepu emas soalan: Bila mahu kahwin? dah umur 24 tu? Jwpanku... bila Allah takdirkan dengan siapa jodohku...hehehe~:)

Malam Akustika Islami - tQ semua yg terlibat!!


Assalamualaikum dan Salam Perpaduan..(hehehe~)
Jenguk blog ku terasa bagai setahun tidak menulis...kali ini baru aku tulis satu kisah menarik sempena Malam Akustika Islami 2 hari lepas yang dianjurkan oleh Persatuan Akademi Pengajian Islam, Persatuan Mahasiswa Sabah UM dan Persatuan Mahasiswa Islam Sarawak UM..

Alhamdulillah..program berjalan seperti yang dirancang walau banyak dugaan yang melanda saat getir...(adedeh~) Aku diamanahkan untuk handle malam tu. so, aku buat yang terbaik untuk pastikan program itu seperti yang aku rancang. Memang kalau setiap perancangan pasti ada kekurangan dan hakikatnya Allah juga memberi kekuatan untuk meneruskan perancangan supaya kita bisa terus bersabar dan bertahan..fuhhh...

ini adalah formula aku cipta sempena program semalam.

budget+misconcept+misunderstanding+kebasahan(hujan)+masalewat-HUJAN(rahmat)
=Malam Akustika Islami berjaya!!:))

Memang benar hujan ada rahmatNya jika kita berdoa dengan sebenarnya..Masa on the way ke venue program. Aku dan Rosmadi berhenti dua kali kerana hujan yang lebat serta kami yang basah kuyup.

"Ok han?"kata Rosmadi memberhentikan motornya
"kita stay dulu jap..Aku mo cover dulu SLR ni..."sambilku buka baju kemejaku untuk menutup slr dari basah. Nasib pakai dua baju..

Hujan lebat semakin lebat. Dalam hati, berdoa moga dipermudahkan segala perjalanan program..

"Jom..kita redah ja. Hujan pun kurang sudah ni"
"jom.."

MC- wapiey & ajri
penghibur majlis..hihihi

Sampai di fakulti, sempat memerah baju macam lepas bilas kain(hahaha) pakai balik..tiada baju spare. Hawa dingin aircond tambah kena hujan, menggeletar kesejukan. Terus saja aku ke venue program. Audiens pada awalnya agak kurang tapi bila start program , alhamdulillah semakin ramai datang meredah hujan. Mungkin penangan FeelHoney Live Acoustic..hehehe..



1st show: El-Amra- Oh Tuhanku
(Sorry geng..xdpt join 1st show ni..huhu)



2nd Show: Puppet Show by APM
(tQ byk2 sahabat APM..best show!!)


Team the Puppet:Geng2 APM yg sempoi & best
lead by Helmi berbaju petak..

3rd show: FeelHoney..feat Farid gitaris@biskut marrie
(boleh tengok show mereka di sini- lagu Sekadar Lelaki Biasa)
credit to kak yana..

FeelHoney menyanyikan 3 lagu secara akustik:
1.Kisah Cinta
2. Sekadar Lelaki Biasa
3. Curang

4th show: El-Amra wif song Berita Kepada Kawan
(baru aku join..wahaha~)

Tanggal 10 februari juga adalah hari lahir ke-24, saudara Rosmadi merangkap P.A FeelHoney.. maka aku dan geng2 merancang mengenakan beliau malam tu dengan menjemput naik ke atas pentas..hahaha..and suprisely kak yana dan lina naik untuk memberi kek bestdaynya..waaa...(itu tidak dirancang..hehehe..:P)

Adedeh..terharuku eh..-madie
(tengok matanya berair suda..hahaha)

Ni dua orang 'kipas susah mati'- die hard fan FH.
kak yana & lino
trimas 4 suppot FH!

Untuk pengakhirannya, terima kasih buat semua ajk dibawah Malam Akustika Islami yang berjaya mewujudkan malam kesenian bertema akustik dan pertama kali diadakan di APIUM. Kamu urang memang best team I ever had..!

p/s:trimas byk2 juga terutama c saipul...dia mengejar bas dengan motonya untuk memastikan bas ada untuk perjalanan pulang audiens yang guna bas ke kolej kediaman..tabik!!..(^_^)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin