| Kenalan Hanzsensei |

Terima Kasih Atas Persahabatan Ini~


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ni, aku terasa ingin mengucapkan rasa terimakasih, rasa syukur buat sahabat2 yang mengenali diri ini. Tajuk entri ini tertulis begini apabila aku terfikir semasa Reunion Kelas (Majmuah 6) Nilam Puri pada 28 Feb 2010, bertempat di Taman Jaya, PJ..Apabila aku melihat wajah sahabat2 sekelas kini, tampak seperti biasa namun jelas keriangan di wajah kerana pertemuan kelas ini mungkin merupakan pertemuan terakhir buat kami semasa di kampus UM.

Sesi Taaruf (pengenalan) bermula dengan sedikit perkembangan sahabat2 kini.. Semestinya soalan cepu mas adalah "Bila nak kahwin?" berlegar ketika sesi ini. (almaklum seorang ahli dah berkahwin..hoho). Perancangan utama adalah untuk berkumpul bersama kerana sebahagian daripada sahabat2 bakal menamatkan sesi pengajian pada semester ini.

Masing-masing punya perancangan. Ada yang ingin terus bekerja selepas tamat, ada yang ingin berniaga, ada yang ingin menyambungkan pelajaran, tidak ketinggalan jawapan cepu mas tadi. (hehehe~).Aku juga tidak ketinggalan berkongsi sedikit perancangan masa depan. InsyaAllah suatu hari.....

Dalam menelusuri kehidupan di alam persekolahan dan mahasiswa, sememangnya kita tidak akan lekang dari insan yang bergelar sahabat. Terkadang ada yang jauh dan berlainan tempat namun satu tali yang tidak bisa diputuskan adalah silaturrahim sesama saudara- sahabat. Apa lagi apabila kita mengetahui perkembangan terkini sahabat kita, pasti kenangan lalu menggamit suasana ceria. Pelbagai ragam dan sifat sahabat kita kenali.

Adat pertemuan pasti ada perpisahan namun perpisahan ini bukanlah perpisahan jasadiah semata tapi bait-bait doa kita lantunkan buat sahabat-sahabat kita terus mekar bersama hidup ini. insyaAllah..~

p/s: Cepu emas soalan: Bila mahu kahwin? dah umur 24 tu? Jwpanku... bila Allah takdirkan dengan siapa jodohku...hehehe~:)

2 comments:

Cik Naufar said...

qoute semula..-bila Allah takdirkan dengan siapa jodohku...bole buat lagu baru plak ni..=)

HanzSensei™ said...

amirah:hehe...terfikir2 ayt tu juga..btul jga bole wt lirik...hehehe~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin