| Kenalan Hanzsensei |

Hidup Hanya Sementara by Ungu

Mungkinkah kita hidup untuk selamanya
Mungkinkah kita mati membawa harta
Mungkinkah kita menjadi penghuni sorga
Ataukah kita kekal di dalam neraka

Hidup kita bukan akhir dari semua
Hidup kita bukanlah segalanya
Siapkah kita saat ajal menjemput kita
Siapkah kita menghadap kepadaNya

Bergegaslah siapkanlah semua
waktu kita tinggal sebentar saja
Bergegaslah perbanyak amal ibadah
Hidup di dunia ini hanya sementara

Ketahuilah... selama kita hidup di dunia
Kerjakan segala perintahNya, jauhi laranganNya

Pahamilah... malaikat tlah datang menjemput kita
Takkan ada lagi kesempatan untuk mengucap kata taubat




P/s: Album Aku dan Tuhanku dari Ungu memang best! Rock + Nasyid...huhu

Aku, kain Serban dan Kawan-kawanku...

Memang pelik tajuk entri baru aku ni.. huhu.. kenapa pula kaitan dengan kain serban ni? Tidak ada apa-apa pun, tapi nak cerita masa membeli kat Mydin, aku sempat membeli serban warna hitam putih, satunya aku berniat dengan memakai serban semasa solat, aku dapat merasa keadaan saudara-saudaraku yang berada di Palestin. Memelitkan kain serban di leher aku merasa seperti aku juga sebahagian daripada mereka. Merasa Allah terlalu dekat dengan nyawa kita... Masya Allah...

Seminggu kemudian, aku dan sahabatku berjalan ke Times Square. Nampaknya gaya kain serban ni bukan sahaja untuk di gunakan di kepala dan kelihatan tawadhu' semasa menghadap Tuhan, tapi kini sebagai suatu fesyen yang elegen buat para remaja. Harganya pun dua kali ganda harga serban yang aku beli dan bermacam-macam warna...coklat, ungu, oren.. Memakai kain yang dililit di leher adalah trend masa kini. huhuhu...mantap!

Hem, cantik juga fesyen ni. Lantas sahabatku berfikir tentang fesyen yang akan dikenakan pada hari perkahwinan kakaknya di sini. Al-maklum... mereka akan mengadakan persembahan sempena majlis tersebut. Kumpulan mereka ini adalah underground nasyeed team. Kain serban yang dililit di leher dengan pakaian yang bersahaja, agak sesuai dengan konsep lagu dan identiti kumpulan mereka.

Namun, aku tengok remaja yang memakai kain serban berlilit di leher ni, ada yang pakai seluar pendek, skirt, perangai tak tentu hala... tak tahu ke kenapa signifikannya pemakaian itu. Sebenarnya untuk kita memperingati perjuangan para mujahidin di Palestin sama ada Hamas atau Fatah khususnya rakyat Palestin dalam memerangi Israel.

Apa pun yang berlaku dan berputar di dunia ini, ia adalah suatu Sunnatullah. Apa yang baik dan buruk berdasarkan niat masing-masing, namun baik dan buruk itu perlulah ada kekuatan hati yang berlandaskan agama. Barulah apa yang lahir dan zahir mendapat berkat Ilahi.

P/s: Hem, kalaulah suatu hari nanti kopiah pun jadi suatu fesyen dan ramai anak muda yang memakainya mesti pelik kan? ........


Menyimpan paparan skrin



Ada ketika kita perlukan sesuatu imej yang dipaparkan diperlukan sebagai rujukan anda. Ye tak? Jadi bagaimana caranya menyimpan paparan tersebut tanpa menggunakan perisian yang spesifik seperti paparan di atas?

Kemudahan penyimpanan imej ini sebenarnya memang wujud dalam sistem pengoperasian semua komputer namun tidak dinyatakan secara terangan.

Untuk menyimpan imej yang dipaparkan pada skrin, butang ‘
Prt Scr SysRq’ boleh digunakan.

Apabila ia ditekan, imej skrin disimpan dalam memori, dan boleh dihasilkan semula dengan menggunakan arahan ‘Paste’ dalam perisian seperti Paint, Microsoft Word dan lain-lain aplikasi.

Jika anda hendak merakamkan hanya Kotak Dialog tanpa latarbelakangnya, anda hanya perlu menekan butang “ALT” semasa menekan butang “Prt Sc SysRq”.

Apabila anda menekan kedua-dua butang tersebut, hanya kandungan tetingkap teratas sahaja akan dirakamkan.

Selamat Mencuba!

Download Antivirus PERCUMA! hehe...

Assalamualaikum semua...
Download Antivirus Percuma? Ye ke? Boleh caya?
Boleh ba.. Avast! Home Edition merupakan free software yang memberikan perkhidmatan terbaik dalam membuang virus dan juga spyware serta memberikan perlindungan kepada komputer anda. Hanya perlu download perisian ini pada link di bawah. Dan jangan lupa untuk mendaftar, kerana anda akan diberikan key khas untuk mengaktifkan antivirus ini selama setahun! Kemudian kalau tamat, boleh lagi minta key...


Walaupun ia bukanlah sehebat antivirus yang berbayar seperti Kaspersky, Webroot, Bit Defender, Mc Afee dan lain-lain tetapi jika dibanding dengan antivirus yang percuma dan boleh di update, Avast! merupakan pilihan terbaik bagi saya selepas Avira dan AVG Free Edition.

Link to free download - :: Avast! Home Edition ::


P/S: Jangan lupa mendaftar di laman avast!. Jika anda ingin protection yang lebih untuk komputer anda, beli la yang antivirus yang berbayar. Masa saya pergi ke Digital Mall, Seksyen 14, harga untuk Kaspersky Antivirus untuk 3 Users hanya Rm75. Kaspersky merupakan antivirus kedua terbaik di dunia!..:p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin