| Kenalan Hanzsensei |

Menyimpan paparan skrin



Ada ketika kita perlukan sesuatu imej yang dipaparkan diperlukan sebagai rujukan anda. Ye tak? Jadi bagaimana caranya menyimpan paparan tersebut tanpa menggunakan perisian yang spesifik seperti paparan di atas?

Kemudahan penyimpanan imej ini sebenarnya memang wujud dalam sistem pengoperasian semua komputer namun tidak dinyatakan secara terangan.

Untuk menyimpan imej yang dipaparkan pada skrin, butang ‘
Prt Scr SysRq’ boleh digunakan.

Apabila ia ditekan, imej skrin disimpan dalam memori, dan boleh dihasilkan semula dengan menggunakan arahan ‘Paste’ dalam perisian seperti Paint, Microsoft Word dan lain-lain aplikasi.

Jika anda hendak merakamkan hanya Kotak Dialog tanpa latarbelakangnya, anda hanya perlu menekan butang “ALT” semasa menekan butang “Prt Sc SysRq”.

Apabila anda menekan kedua-dua butang tersebut, hanya kandungan tetingkap teratas sahaja akan dirakamkan.

Selamat Mencuba!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin