| Kenalan Hanzsensei |

Palestine -Dying to Live

Palestin..oh palestin.. semakin hari semakin bertambah maut di sana. Walau mata tidak di sana tapi rasa yang ada sudah cukup menyatakan penderitaan mereka yang semakin mencengkam saban hari. Penduduk Palestin yang saban hari dihimpit ketakutan. Begitu rakusnya Israel memamah penduduk Palestin dengan serangan yang tidak henti-henti selama beberapa hari ini. Hampir 500 penduduk Palestin yang bakal di genapkan oleh Israel dengan alasan menyerang Hamas. Bantahan dunia terhadap tindakan Israel hanya bisikan halus bagi mereka. Mereka akan tetap menyerang dan membunuh penduduk Palestin selagi hasrat mereka tidak tercapai. Sememangnya bumi Palestin yang menjadi tujuan utama.

Saya begitu tersentuh apabila melihat bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan Israel. Betul kata seorang sahabat, jihad mereka adalah mempertahankan tanahair mereka dan agama. Kita juga begitu, bukan jasad kita yang berjihad dengan senjata tetapi dengan sumbangan harta kita. Walaupun sumbangan kita hanya RM1 sahaja dengan keikhlasan, ia adalah satu pengorbanan berharga di sisi Allah Taala. Doa kita senjata Muslim. Saya berharap kita juga sentiasa berdoa buat mereka yang berjuang di Palestin. Moga Allah teguhkan hati mereka dengan kekuatan lahir dan batin.





Saya cuba hantar design ini untuk IluvIslam untuk jadi designer testi.iluvislam. Palestine- Dying to Live.









Allahu ma'na (Allah bersama kita..) Allahuakbar!!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin