assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sempena ketibaan Tahun Baru Islam ini, marilah kita sama-sama memperbaiki amal ibadah kita dari masa ke semasa. Sempurnakan rasa cinta kita pada Ilahi dalam segenap hela nafas kita. Moga Tahun Baru ini kita bersama dalam naungan rahmat dan kasih sayang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Bila melangkah jauh, pasti kita akan berpaling seketika untuk melihat sisa-sisa sepanjang jalan hidup kita. Ada yang baik dan juga sebaliknya. Maka jalan Muhasabah adalah yang terbaik buat kita meng'koreksi' semula segala yang berlalu untuk pedoman dan panduan yang berguna untuk menghadapi masa akan datang.
______________________
Cuti semester kali ini aku tidak balik ke kampung halamanku. Bagiku cuti kali ini lebih baik ku isi di perantauan bersama sahabat-sahabat yang tidak balik. Biar aku mencari sedikit pengalaman dalam tempoh perjuangan di alam kampus ini.
Cutiku tidak terisi begitu sahaja, malah aku mulakan cuti dengan bekerja di jualan gudang buku syarikat Big Bad Wolf selama kurang dari 2 minggu namun hasilnya cukup lumayan untuk perbelanjaan ku selama sebulan di sini..(hehehe~)
Gaji yang ku terima alhamdulillah aku beli beberapa keperluan selama sebulan bercuti juga beli barang kehendak- gitar akustik di Amcorp Mall dan MP3 jenama Philips semasa menjengah di PIKOM KLCC. Nampak juga barang yang dibeli dari aku membazir begitu sahaja.wahaha~
Cuti~ Marilah melancong dan menziarah...
Cuti ku juga hampir penuh dengan aktiviti sihat- (hehehe..)
Melawat Zoo Negara, ke Putrajaya, Mencari jalan ke Ulu Yam (sesat sampai ke Pahang..wakaka), dan akhir sekali rehlah di Sungai Pisang. Bermakna jelajah kami hampir ke 4 buah negeri dan wilayah.- Putrajaya, KL, Selangor dan Pahang..(walau di Pahang cuma berhenti di perhentian rehat sahaja..hehehe)Cuti ku juga hampir penuh dengan aktiviti sihat- (hehehe..)
Sometimes words can't describe something- jadi ni antara beberapa gambar kenangan semasa chuti2 M'sia~hehe..(malas taip panjang~)
3 comments:
salam maal hijrah 1431H...selamat bercuti2 malaysia ;)
salam ustaz....
(eh....terpanggil ustaz dah....hehe)
wooohh...
mesti best kan pengalaman bersesat-sesatan itu...
hehehe....
ko bli gitar...??
best giler....
reti maen x?
heee.... :D
slm cigu..haha
mustilah..walau sesat, tatap sronok eh..wahaha..
msh amatur ba..
practice makes perfect r..
nnti ble aku men bla show..wakakaka~
Post a Comment