| Kenalan Hanzsensei |

Moga Nur Syahadah menyinar kalbunya


" Hai abang Farhan"

Pandanganku 'dicuri' sebentar dengan ruang chat di facebook. Ku amati nama ini 'Salam Hari Raya'. Musykil.. Siapakah? Owh..baru ku tahu siapa gerangan kepada 'Salam Hari Raya' ini.

" Hai Chen..."

" Apa Khabar?"
" Sihat saja dik. Apa Khabar Chen?"
" Alhamdulillah..Saya sihat. Saya nak tanya abang ni. Tidak sibuk kah?"
" Tidak lah sibuk sangat. Hehehe..Tanyalah.."

" Boleh kah saya sebut Astagfirullah?"

" Chen, tahu kah maksud ayat tu?"

" macam taubat kah?"

" Maksudnya ' Aku memohon ampun pada Allah"
" Bolehkah saya sebut tu?"

" Boleh saja. Tapi kena ingat, kena minta ampun betul-betul dengan Tuhan. Dan lebih baik baca di hati dan faham maknanya "

" Seronoknya!"

" Apa yang seronok sangat ni? Hehehe.."

" Ada kawan-kawan saya cakap saya tak boleh sebut pasal saya non-muslim"
" Lagi CANTEK kalau Chen jadi Muslimah.. Lagi bermakna ayat tu"
" ^ ^ "
":) "

(Sedikit petikan dialog antaraku dengan Chen. Panjang sebenar..huhu..~)

* Chen bukan nama sebenar. Tapi dialog di atas adalah hampir sama dengan situasiku menghadapi krisis seorang gadis yang mencari identiti diri. Dia begitu tertarik dengan Islam dan ragu-ragu dengan agama anutan keluarganya. Dalam usia yang begitu muda, ku harapkan Nur Syahadah menyinari kalbunya... ( Teringat lagu Nur Syahadah nyanyian Far East ..huhu..)

Sebenarnya bukan mudah menghadapi situasi begitu. Justeru, aku mengambil pendekatan dakwah fardiyah dengan membawa keindahan Islam dengan cedokan ilmuku yang sekelumit cuma.

Terkadang Chen bertanyaku berkaitan persoalan Tauhid..Tentang Tuhan. Dia meragui konsep Tuhan yang banyak pada agamanya. Dalam situasi ini, aku memberikan jawapan tentang Tuhan Yang Esa..yang Wujud dan menjadi pegangan umat Islam.

" Abang Farhan, kenapa Tuhan Islam ada satu saja?Kalau orang cina, ada banyak Tuhan.."
" Chen, pernah naik kapal laut?"
" Tak pernah"
" Ok. Tapi tahu kan di kapal mesti ada big bossnya kan atau kapten?"
" Tu saya tahu"
" Kalau ada dua..tiga orang big boss di kapal tu. Apa yang akan jadi dengan kapal tu?"

" Mesti bergaduh tu kan? Hahaha.."
" Hehehe..Naa..tahu juga. Big boss di kapal cuma ada satu saja. Silap-silap, kalau dua orang big boss mesti hancur kapal tu kan?"

" Lucu juga tu kalau ada..karam kapal tu"

" Begitu juga alam dan kehidupan kita ni. Mesti ada big boss yang sangat hebat dan Maha Esa. Itulah Tuhan bagi orang Islam dik.. Maha Hebat. Faham tak?"
" Oooo..Faham sangat. Hehehe..Terima kasih bang. ^ ^ "
" =) "

Persoalan sebegitu aku gunakan logik akalku, moga Allah meredhai sedikit usaha ku ini. Segala jawapan itu adalah bagi memberi kefahaman mudah buat Chen yang belajar mengenali Islam.

Ku mohon agar Tuhan memberikan dia hidayah agar terus berada dalam keindahan Islam dan menjadi sebahagian saudara seIslam suatu hari nanti..Amin.

p/s: Islam tertegak bukan kerana umatnya yang ramai. Tetapi hati mereka yang Islam itulah yang menyemarakkan keindahan dan kekuatan Islam..Semoga kita berada dalam 'hati' ini...:)
Renungan kita bersama..~

2 comments:

uchiha ct-k said...

kalo dlm fb, kte dah tekan butang like dah ni....hee :D

HanzSensei™ said...

hehe..:))

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin