| Kenalan Hanzsensei |

Gelombang Hijau?


H.I.J.A.U
satu warna yang cantik...
bersifat semulajadi...
kata lainnya natural..
umpama alam yang serba kehijauan..
padanya letak ketenangan...

Mengapa entri ini bertajuk 'hijau'?
kerana adanya gelombang HIJAU..
Gelombang yang memberikan inspirasi
buat mereka yang rela dididik sebelum mendidik.


Dimana gelombang hijau itu?
DEWAN KULIAH UTAMA,
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI MALAYA.

Pelik? Kenapa di sana sahaja ada gelombang hijau ini?
Sebab adanya satu Forum Terhebat Abad ini..

Waa...Bila tarikh dan masanya?
Jumaat, 8 OKTOBER 2010.
Jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang

Kata tadi Forum Terhebat Abad ini...Apa yang hebatnya?
Sebelum dijawab persoalan itu, saya ada 3 soalan.

Apa soalannya?
Bisakah anda menjadi IKON masa depan?
Apa pula cabaran yang akan di hadapi kelak?
Sudi kah anda men' suka & rela'kan diri dengan didikan kini demi cabaran masa depan?

Em..memang suatu persoalan yang berawang-awang tu..
Boleh jadi Ikon tu..
Cabaran memang banyak, tapi camna menghadapi ya..
'Suka & Rela' diri dengan didikan? hem...
Sememang perlu rungkaian ni...
Forum...forum ni apa tajuknya?

Inilah forum khas untuk semua persoalan di benak fikiran kita..
'FORUM PENDIDIKAN IKON ABAD 21'
Ahli panelnya akan membentang kertas kerja dengan
cara sendiri..

Waa..mantap ni! Siapa ahli panelnya?
Pertama : Ustazah Salina Busrowi
Penerima Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Islam.
Guru yang sangat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.
Antara guru yang diminati oleh pelajar di tempat beliau mendidik kerana
jiwanya memahami jiwa pelajar.

Kedua : Dr. Zawawi Ismail
Ketua Jabatan Pendidikan Bahasa & Literasi, Fakulti Pendidikan, UM
Beliau adalah pensyarah saya juga..hehehe..
Sangat sporting dan tidak lupa,
tiap tutur kata-katanya sampai ke hati!

Ketiga : Prof. Dr. Sidek Baba
Pensyarah Institut Pendidikan, UIAM
Siapa tidak kenal tokoh pendidikan ini...

Wah, hebat belaka para panelis ni! Apa tajuk pembentangan mereka?
ahli panel pertama: Ustazah Salina
tajuk: Cabaran Pendidik Masa Kini

ahli panel kedua : Dr. Zawawi Ismail
tajuk : Rela Dididik Sebelum Mendidik

ahli panel ketiga: Prof. Dr. Sidek Baba
tajuk : Ikon Serba Boleh Abad Ke-21

Mantap! Selain tu ada apa lagi ya?
Ada juga pameran pendidikan..
dan juga pameran lain..
Tidak ketinggalan, persembahan dari
kumpulan nasyid indie ELHAMZ
program ini juga bakal dirasmikan oleh
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
Y.B Dato Dr. Haji Puad Zarkashi

-------------------------------------------

Dengarkan juga lagu Revolusi Ikon
Lagu tema program ni..hehehe..
klik link ini...

REVOLUSI IKON

lirik: Mohd Farhan Hafiz Bin Ag BUntar
lagu: Mazhair Shahroz Bin Muhasip

gema satu suara perpaduan
kami penerus wadah perjuangan
perkasakan ilmu, amal dan jati diri
demi pendidikan yang hakiki

akan kami wujudkan revolusi
memupuk modal intelek insani
menyatukan ilmu dengan amali
adaptasi untuk generasi

kamilah peneraju di masa depan
ikon tauladan penuh harapan
takkan gentar hadapi cabaran
Rasulullah contoh ikutan

kami siap siaga ke hadapan
persiap segenap kekuatan
berbekalkan iman dan keazaman
kamilah...ikon di masa depan~

wassalam...^^

p/s: memerah otak selama 3 hari untuk mencipta lirik ini..hoho

3 comments:

nadya said...

tahniah!
lagu IKON ni memang terbaek lahhh!!
;)

HanzSensei™ said...

nadya: tQ2..hehe..ajk IKON jga ka?

nadya said...

iya la ba...^^

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin