| Kenalan Hanzsensei |

Jom ke Pedalaman!

" Guru Pendidikan Islam ni memang kena anak tirikan.."

" Betul ka? Setahu aku bukan guru PI ni kena bagi ruang yang istimewa kah?"

" Realitinya, guru PI macam aku ni jarang diberi peruntukan sewajarnya untuk aktiviti di bawah Panitia PI di sekolah aku ngajar sekarang.."

Kerut dahiku memikirkan apakah NASIB ku bila sudah berkerjaya sebagai seorang guru Pendidikan Islam kelak. Mendengar rintihan sepupuku, yang merupakan Ustaz baru PI menghadapi realiti yang sedemikian rupa. Dia ingin melakukan sesuatu yang terbaik untuk pelajar, tetapi pihak sekolah tidak memberikan kerjasama yang sewajarnya.

"Apa boleh buat Han..Kena ikut telunjuk sekolah. Aku mahu pelajar rasa keseronokan belajar Pendidikan Islam, bukan sekadar konsep menerang semata. Aku try pinjam alat muzik, LCD, komputer..dibilang mahu 'kait kerja cikgu lain'.."

Aku hanya boleh berdiam seribu kata, dan telingaku terus mendengar rasa yang dilontarkannya. Hadri, bukanlah guru lepasan siswazah tetapi semangatnya untuk mendidik anak muda dengan intipati Pendidikan Islam membuatku rasa cabaran bagiku pada masa akan datang juga pasti lebih mencabar.

Berbekalkan semangat inilah, dia mendapat tempat mengajar di pedalaman Sabah dengan gred pedalaman P3 bermaksud tempat yang sangat jauh dari kawasan bandar atau pekan serta kekurangan prasarana yang sewajarnya. Dia juga merupakan satu-satunya guru Pendidikan Islam di sekolah itu dan juga satu-satunya guru agama di kawasan perkampungan di sana!



" Han, kalau kau kena posting nanti, kau mintalah di pedalaman. Aku yakin kau boleh survive apalagi di Sabah ni. Tambahan, ilmu kau tu cukup mendidik anak-anak pedalaman. Kita mahu bagi dorang (mereka) ni pendidikan yang sama rata, sama rasa. Jangan risau soal gaji dan elaun. Elaun kawasan pedalaman cukup tinggi bah! Hehehe..~"

Aku tersenyum dan merasa cukup 'indahnya' menjadinya seorang guru. Soal kewangan usah dipertikai. BerSYUKURlah dengan nikmat Allah berikan. Bukankah tiap kesusahan pasti akan ada kesenangan?

Saban tahun, pasti kerajaan ada memperuntukkan bajet sewajarnya dalam pendidikan. Bolehkah kiranya kerajaan memberikan peruntukan prasarana dan kemudahan ke kawasan pedalaman secara komprehensif? (postpone dulu projek mega juta-juta tu baahhh..)

Guru Lepasan Siswazah dibenar Berpolitik? Hem..sebelum itu, aku menyambut baik keterbukaan kerajaan dalam hal ini. Tapi...aku mengambil pendapat seorang pensyarah pendidikan yang telah berkecimpung dalam dunia pendidikan selama 18 tahun.

" Saya boleh saja menjadi seorang jutawan. Tapi saya tidak boleh..kerna jiwa saya bukan ke arah itu. Saya boleh saja menjadi seorang politician. Tapi jiwa saya juga bukan ke arah itu. Saya boleh saja menjadi seorang pendidik. Kerna itulah jiwa saya! JIWAI-lah kerjaya mulia pendidik ini, pasti kamu akan melahirkan jutawan dan politician..."

Memang mendalam sentuhan jiwa seorang guru.
Kerna sentuhan itulah, aku punya cita-cita.
Kerna sentuhan itulah, aku sedar tentang masa depanku...
Kerna sentuhan itu juga, aku bisa mendalami jiwaku...

Bah, apalagi..wahai guru lepasan siswazah...Persiapkan segenap kekuatan dan keazaman..

"JOM ke PEDALAMAN!"

2 comments:

RoSeNoi♥A'n'L said...

Tugas guru memang bukan mudah. Banyak cabarannya.. tapi

jangan risau.. mesti Allah akan permudahkan jalan kalau memang niat kita ikhlas . ;)

Semoga dipermudahkan segala urusan nanti. Cam syiuk plak tu di pedalaman sabah. Mesti best pengalaman tu.

HanzSensei™ said...

rose: itu la sy rsa mcm mo p pdlmn sja..bru siuk cbrnnya jdi cigu..hehe..

insyaAllah...moga d permudahkan urusan..:))

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin