| Kenalan Hanzsensei |

Nda ku mau salam~

klik gambar untuk lebih jelas...:)
dilukis dengan PAINT..cincai eh..

" Hanz, aku ni cetek bab agama ni. Mo tanya soalan bah... boleh bah kan?"

" Owh, bisa aja sih. InsyaAllah.. aku cuba jawab yang aku tahu"

" Begini bah, tahu juga ko yang aku ni dari sekolah biasa dulu kan? Jadi ada kami buat reunion kunun. Jadi berjumpalah dengan ex-schoolmate. Besalam-salamlah dengan geng perempuan..Oklah..cam biasa. Tapi bila sama geng lelaki aku inda mau salam. Aku tahu, kalau perempuan nda boleh sentuh lelaki bukan mahram. Jadi si Awang hulur juga tangannya..."

"Nah..mesti ko rasa serba salahkan?"

" Nah..tau pun ko. Jadi, bila aku nda hulur tangan tu, dia cakap aku sumbung la..alim sudah..nda mo kawan la..Aku try cakap 'nda bulih bah salam sama lelaki'. Di balas balik, 'aku muslim juga bah! bukan juga naik nafsuku salam dengan ko'"

" Mesti ko nda salam kan?"

" Eh, camna ko taw ni Han? Ko bulih baca fikiran ka ini? Hahaha~"

" Naa..aku teka saja bah. Aku ucapkan tahniah sama ko!"

" Eh, kenapa? Pasal aku nda salam lelaki ka?"

" Satunya itu. Duanya, ko berjaya pertahankan hukum Islam walau orang lain nampak remeh ja'"

" Hem..tapi kalo dia paksa juga mo salam?"

" Ko tapuk(sembunyi) tangan ko di belakang. Sambil tu, ko terangkan sama dia,

'DALAM ISLAM, perempuan inda bulih sentuh bukan mahram kecuali pasangannya dan ahli keluarga saja'. Kalau dia memaksa juga, ko beringat 'Yang halal sudah jelas.Yang haram pun sudah jelas' Lebih baik ko sentuh ogok (khinzir), dari ko sentuh sengaja bukan mahrammu. Kalu sentuh ogok, ko kena samak ja dan inda berdosa. Tapi ko sentuh sengaja bukan mahram, berdosa ging..

Kalau dia cakap 'nda naik nafsu', ko cakap baik-baik sama dia begini,'Aku nda mau salam ko kecuali ko jadi mahram aku'"

" Maksudnya, dia jadi suami aku?"

"Naa..pandai si kawan.Hehehe~"

" Nda ku mau eh..Hahaha~"

*inda:nda=tidak

Borak-borak bersama seorang sahabat lama. Alhamdulillah borak yang ada isinya. Nama dalam borak adalah bukan nama sebenar kecuali hanz..huhuh..dan susun galur cerita ada penambahbaikan kerna asal cerita dalam dialek Brunei.hohoho~

Tambahan hadis tentang bersentuhan,

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)”

Saya tahu ada yang TAHU tentang hal bersentuhan ini. Tapi janganlah anda yang TAHU buat-buat TIDAK TAHU sehingga membelakangi hukum kerna menjaga maruah di mata manusia yang nilainya tidak setanding disisi Allah.

“Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar: 9)

Wallahua'lam...

p/s: Maaf, pembaca yang tidak memahami dialek Sabah. Kalau ada yang tidak faham, tanya ya..^^

6 comments:

GrEaT gUrL said...

borak santai tapi,ada inputnya...hehe...sa phm jak bhsa sabah boss...huhu

Unknown said...

betul2

HanzSensei™ said...

k.yana: kakk mmg paam suda sabahan..mlhn telebey sbhn pla..hahaha~

ubay: tQ ubay~:)

GrEaT gUrL said...

wahaha....litut kt,MULAU...hoho

Zarinah Kamaldeen said...

nice...

HanzSensei™ said...

k.yana: mulau sja..hahaha~:)

kayla: tQ..^^

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin