| Kenalan Hanzsensei |

Nasyeed FeelHoney (at) BlogSite

الحمد لله
Akhirnya terbinanya satu laman blog FeelHoney sebagai wadah alternatif buat peminat FeelHoney mengetahui perkembangan kumpulan ini...
Link Feelhoney Blogsite boleh diakses di sidebar blog ini.
Segala perkembangan terkini dan show yang akan datang akan dipaparkan di laman FeelHoney yang kini popular dengan lagu KISAH CINTA...


Sejak reunite semula pada tahun lepas, rezeki Feelhoney mencurah-curah dengan show sekitar Uni. Malaya. DaN DenGarnYa...mereka bakal menghasilkan mini album sebelum cuti semester akan datang ni dan promo di Nasyid FM online...

Believe or Not ~huhu,
anda boleh mengetahui segalanya di FeelHoney (at) BlogSpot..

Nilai dan Rujuk Ilmu...


Mungkin anda pernah terbuka atau mencari video islamik di YouTube dan terjumpa video yang dikeluarkan oleh author TajdidSegar.Anda boleh cuba mencari video tersebut melalui ruang pencarian di YouTube dengan menaip tajdidsegar.

Kebanyakan video yang dikeluarkan adalah untuk mengelirukan umat Islam tentang amalan tarekat yang di amalkan untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan berzikir dan sebagainya. Memang wujud tarekat yang terpesong dan itu sudah dirujuk oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan ada juga amalan tarekat yang benar. Maka dengan itu, kita perlu menyelidiki perkara ini untuk memahami apa itu isi tarekat juga diertikan dengan amalan tasawuf.

Author tajdidsegar ini juga mempunyai satu laman blog pada link disebelah (tajdidsegar) dan alhamdulillah, sanggahan terhadap apa yang dikeluarkan dari blog itu dijawab pada laman blog ini (tajdidsegarpalsu)

Moga Allah membuka hati kita dengan ilmu yang melimpah ruah serta mendalami aqal fikiran kita dengan kefahaman Islam yang sebenar-benarnya.

Dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang...

p/s: Mungkin orang awam akan mudah terpengaruh dengan apa yang disampaikan oleh tajdidsegar ini. Saya pernah mempelajari tarekat tapi tidaklah secara mendalam dan alhamdulillah mengetahui amalan zikir memang terbukti membuka hati dan minda kita.

Al-Fatihah buat Zubir Ali

>>Gambar kenangan El-Amra bersama Allahyarham Zubir Ali dan Encik Zul<<


Saya begitu terkejut dengan pemergiannya seorang seniman negara Zubir Ali ke Rahmatullah. Beliau juga merupakan guru vokal saya dan kawan-kawan, kumpulan El-Amra semasa latihan nasyid di APIUM.

Masih lagi segar di ingatan muda ini, pabila beliau meneliti lirik dan bertanya tiap maksud kata yang berkaitan dalam tiap baris. " Apa maksud mihrab?" tanya Zubir Ali. Kami hanya berdiam tanda tidak tahu. Ada yang memberi pengertian mengikut kefahaman sendiri. Tawa dan gurau senda bersama tidak akan kami lupakan kerana beliau juga guru yang menyampaikan ilmu. Teknik dan segala tunjuk ajar beliau dalam latihan vokal memang sangat berguna. Bagaikan baru semalam bersama beliau namun Allah lebih menyayanginya. Semoga Allah memberkati jalanan hidupnya semasa di dunia dan akhirat.



Berita Selanjutnya pada link ini...harakah daily

PerJalanan Ini...


Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan


Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin