| Kenalan Hanzsensei |

Al-Fatihah buat Zubir Ali

>>Gambar kenangan El-Amra bersama Allahyarham Zubir Ali dan Encik Zul<<


Saya begitu terkejut dengan pemergiannya seorang seniman negara Zubir Ali ke Rahmatullah. Beliau juga merupakan guru vokal saya dan kawan-kawan, kumpulan El-Amra semasa latihan nasyid di APIUM.

Masih lagi segar di ingatan muda ini, pabila beliau meneliti lirik dan bertanya tiap maksud kata yang berkaitan dalam tiap baris. " Apa maksud mihrab?" tanya Zubir Ali. Kami hanya berdiam tanda tidak tahu. Ada yang memberi pengertian mengikut kefahaman sendiri. Tawa dan gurau senda bersama tidak akan kami lupakan kerana beliau juga guru yang menyampaikan ilmu. Teknik dan segala tunjuk ajar beliau dalam latihan vokal memang sangat berguna. Bagaikan baru semalam bersama beliau namun Allah lebih menyayanginya. Semoga Allah memberkati jalanan hidupnya semasa di dunia dan akhirat.



Berita Selanjutnya pada link ini...harakah daily

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin