| Kenalan Hanzsensei |

Download Lagu dari Imeem

Assalamualaikum semua... hem, ramai yang paning nak cari lagu-lagu dari internet dengan free. huhu.. so, saya nak gtau cara camna nak download dari Imeem. Link web ni ada kat tepi tu (Laman Pilihanku). Imeem ni adalah web untuk kita dengar music dan video yang di upload oleh orang-orang yang join komuniti Imeem ni. so, ada orang cakap boleh download..so bagaimana?

1. Download free software ni Free Music Zilla dari link ini http://www.freemusiczilla.com/
2. Install dan biar buka je software ni.
3. Baru buka Imeem.com. (link kat tepi tu)- cari lagu yang anda mahu.
4. dah jumpa. klik dan mainkan lagu tu. klik software free Music Zilla. ada tertera jenis file tu flv, so itulah lagu yang anda mahu.
5. biasanya ia tak tunjukkan nama lagu tu tapi anda boleh tahu dari format music tu (flv) . klik dan download. Ia akan download masa lagu tu dimainkan. dah download habis? boleh ler dengar lagu tu.

Nak tukar p Mp3 gi mana ya?
1. Download free software convert Flv to Mp3 dari link ini http://www.smallvideosoft.com/flv-to-mp3/
2. Install dan boleh ar tukarkan format flv tadi kepada mp3.

p/s: ada juga lagu yang tiada tapi ini sebagai alternatif ye. kalau tak faham gtau ya..

Sekian..tata.. :p

Bila Waktu Tlah Berakhir - Opick


Link to Download mp3 - .:: Opick- Bila Waktu Tlah Berakhir ::.






bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

bila waktu tlah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi

Roti Inti Gula

Pengenalan

Ia sejenis roti yang berinti kan gula yang cair. Sesuai untuk sarapan atau minum petang.
Roti ni saya buat biasa bila breakfast tau minum petang kerana bahan-bahan untuk membuatnya senang je.. hahaha. ( kalau kat umah sewa, gerenti sold out..)

Bahan-bahannya:

1 kilogram tepung gandum
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar garam
Gula
Minyak masak

Cara buatnya gi mana?:

1. Masukkan tepung, garam, serbuk kunyit dan 4 sudu besar minyak masak yang dipanaskan ke dalam satu bekas.
2. Gaulkan bahan-bahan tersebut sambil menuangkan air sedikit-demi sedikit sehingga ia menjadi liat(macam doh..)- lagi baik guna tangan.
3. Buat bentuk bebola dengan tangan dan buat lubang pada tengah bebola tersebut.
4. Masukkan sedikit gula dalam setengah sudu kecil gula pada tengah bebola tu dan tutup rapat.
5. Penyek bebo;a berisi gula dengan kayu uli atau dengan tangan pun boleh ba.. tekan-tekan sehingga jadi cam lempeng..
6. Goreng sehingga kekuningan dalam api sederhana.

p/s : Bila makan roti ni, ia rangup dan rasa gula yang cair menyedapkan lagi rasanya. roti ni tahan sampai dua hari kerana ia kering dan rangup. yummy.. kalau di rumah di panggil Tumpi..:p

Kari Ayam Berapi Malatup..huhu


Kari Ayam Berapi Malatup

Bahan-bahannya:
Seekor Ayam( potong ikut suka hati..hahaha)
4-5 biji kentang (potong dadu)
4-5 biji tomato (potong dadu)
Segelas santan (beli je yang dalam paket- campur air sikit)
Segelas air asam jawa ( 2 sudu asam jawa campur segelas air)

Bahan-bahan ditumis:
2 sudu besar minyak masak
Rempah campur (yg dalam pek tu ada bunga cengkih,bunga lawang,kayu manis dll)
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah (kalau ada bawang merah india, lagi ok)
3 sudu besar serbuk kari ( lagi banyak lagi kaw2)
1 sudu besar serbuk lada
5-6 biji cili padi- dihiris (lagi banyak lagi berapi)
2-3 helai daun kari (kalau nada pun inda' apa ba..)
garam secukup rasa

Gi mana Cara-caranya..:
1. Tumis semua bahan-bahan tumisan sehingga naik bau (pecah minyak) - kacau rata dalam keadaan api sederhana.
2. Masukkan potongan ayam dengan air asam jawa. kacau rata dan biar ayam empuk sikit.
3. Masukkan santan, ubi kentang, tomato dan garam secukup rasa. Kacau rata dan biar dalam 10-15 minit. Kira-kira ubi kentang dah empuk, bermakna siap le masakan ini.
4. Hidangkan dengan taburkan bawang goreng dan daun sup. Nyam-nyam...:p

p/s: Resipi ni dah saya eksperimen, hasilnya memang berapi dan malatup! Jadi sediakan bomba..(macam iklan mamee slurp pula..huhu)

Aku Dan Kulinari..


"Ye puan-puan.. Hari ini kita akan sediakan menu yang simple lagi berkhasiat.."

Hehe.. Saya ambil sedutan dari kata-kata chef terkenal tanahair apabila memulakan rancangan masakannya. Tajuk yang saya berikan di atas..' Aku dan Kulinari' , terfikir juga tentang masakan dan saya ingin kongsikan resipi masakan saya ni.. (haha..). kenapa saya minat memasak? Entah ar.. masa saya kecil dulu, asal je menangis, mak bawa saya ke dapur.. terus saya berhenti menangis. Sebelum pergi ke Nilam Puri dulu pun, saya dapat tawaran ke sebuah kolej swasta di Sabah dalam Diploma Seni Kulinari.. maksudnya seni masakan. Alhamdulilah, hasil dari istikharah, minta Allah berikan jawapan pilihan bagi diri saya, lantas UM menjadi pilihan sehingga kini. UM is One...

Namun bidang masakan ini saya tidak tinggalkan, saya anggap ia sebagai suatu hobi. Pelik tapi benar ni! Dari kecil agi dah terlibat dengan masak memasak ni, mak saya pandai buat kuih, saya belajar juga dari master.. itulah mak kesayangan saya.. buat tepung untuk goreng pisang, ubi, buat karipap, masak mee goreng untuk dijual.. hem.. bersyukur pada Allah atas kurnia minat ini. Saya masih ingat kata-kata mak bila saya nak tumis sayur, "Asas masak ni bawang, minyak.. kalau sudah biasa, apa-apa masakan pun boleh buat.."

Rata-rata apabila saya bertanya sahabat-sahabat saya tentang memasak, bukan je lelaki tapi perempuan pun, ada yang tak pandai masak.. (boleh juga ar..masak air,telur, megi dll..). terutama yang tinggal di luar kampus. Saya beranggapan masakan itu juga sebagai suatu seni kerana ia perlu penilaian dengan deria rasa, bau, sentuh dan lihat. Chef masakan yang profesional sudah biasa dengan perkara ini, sehingga penilaian terhadap sesuatu masakan hanya perlu lihat dan bau tanpa dirasa..

Jadi, saya nak juga kongsikan resipi simple dari dapur bujang hasil daripada asas masakan yang saya telah belajar selama ini..huhu.lucu pun ada juga... (pelik yer blog ni?..:p)

Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri SMPI




Pada hari ini, 18 Oktober 2008 bersamaan 28 Ramadhan 1429, Batch 07/08 Sarjana Muda Pendidikan Islam (SMPI) telah mengadakan Majlis Ramah- Tamah Aidlfitri SMPI bertempat di BS8, APIUM. Bersyukur, ada juga yang hadir bagi memeriahkan lagi sambutan raya yang julung-julung kali diadakan oleh batch ni. Hem, walaupun yang hadir seramai 28 orang, namun suasananya cukup bersesuaian dengan 'ramah-tamah Aidilfitri'. Rugi juga siapa yang tak hadir, walau konsepnya santai tapi ada mesej yang jelas untuk mengeratkan silaturrahim antara Batch 07/08.

Cabutan bertuah, pemberian anugerah, dan tidak ketinggalan penceritaan kisah di hari raya. (hahaha..). Sempat juga saya ceritakan kisah di hari raya, tidak balik beraya, memasak rendang, dan lain-lain.. owh.. slide dari sahabat saya, Rosmadi..walau simple tapi punya mesej tersirat. (Sian dia tak tidur sehari ni, nak siapkan slide video...tapi sekarang ni dia tidur kot...haha) Tolong juga dia, buat backdrop.. tu pic atas. ngan c upin dan ipin..(betulx3)Apapun, program sebegini perlu diadakan dalam kuantiti sahabat-sahabat SMPI yang cukup..huhu.. Moga kesatuan Batch 07/08 SMPI dapat meneruskan kesinambungan perjuangan SMPI yang selama ini kita harapkan.. insyaAllah.. :p

Jangan Pandang Serong Ke-2?



Alhamdulillah.. atas permintaan ramai dan sokongan di luar jangkaan ke atas telemovie Jangan Pandang Serong terbitan SB Production di bawah arahan Hasbi Muh Ali, sambungan kepada Jangan Pandang Serong Ke-2 bakal diterbitkan pada penghujung tahun ini..insyaAllah.. Terima kasih atas sokongan dan kritikan penonton terutama mahasiswa UM terhadap JPS selama ini.

p/s: bagi anda yang belum tengok cita ni, klik link ini http://www.youtube.com/watch?v=6lANzVukpw8 tapi ini hanya trailer (sedutan) sahaja.. jika inginkan full cita, klik subcribe..huhu

Wallpaper simple 'Dare to Syahid?'..


Hem.. design ni saya buat time boring. Masa yang sama teringat pula jihad umat Islam di Palestin.. Jadi, dari terbiar idea memendam je, saya buat ar design yang simple ni.. 'Dare to Syahid?'.. kat muka tu da nampak macam ada orang berjalankan? dan muka orang tu ada darah.. nak cabar sapa-sapa yang berani syahid... Takbir!!!...

p/s: Kalau nak ambik wallpaper ni, klik je image tu, dah keluar semua image, klik kanan..pilih Save image as..

Hari ini Hari Jumaat...

Owh sebelum terlupa (walau dah masuk hari Sabtu..:p).. Sesiapa yang berminat ingin mempelajari BERZANJI - Marhaban.. sila-silakan hadirkan diri pada tiap hari Jumaat, lepas solat Jumaat bertempat di Bilik KEBUDI< (Sampai sekarang ramai inda' paam maksud 'KEBUDI'.. maksudnya Kebudayaan Islam.. hehe..), Blok C, tingkat 2- Jabatan Siasah Syar'iyah... tenaga pengajar merupakan Ustaz Yumni, ada album dengan Inteam Records.. album Marhaban.. tak tahu tempat? dengar bunyi gendang-gendang ke.. bunyi orang menyanyi..itu le, bilik muzik APIUM.. tempat jamming nasyid le katakan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin