"Ye puan-puan.. Hari ini kita akan sediakan menu yang simple lagi berkhasiat.."
Hehe.. Saya ambil sedutan dari kata-kata chef terkenal tanahair apabila memulakan rancangan masakannya. Tajuk yang saya berikan di atas..' Aku dan Kulinari' , terfikir juga tentang masakan dan saya ingin kongsikan resipi masakan saya ni.. (haha..). kenapa saya minat memasak? Entah ar.. masa saya kecil dulu, asal je menangis, mak bawa saya ke dapur.. terus saya berhenti menangis. Sebelum pergi ke Nilam Puri dulu pun, saya dapat tawaran ke sebuah kolej swasta di Sabah dalam Diploma Seni Kulinari.. maksudnya seni masakan. Alhamdulilah, hasil dari istikharah, minta Allah berikan jawapan pilihan bagi diri saya, lantas UM menjadi pilihan sehingga kini. UM is One...
Namun bidang masakan ini saya tidak tinggalkan, saya anggap ia sebagai suatu hobi. Pelik tapi benar ni! Dari kecil agi dah terlibat dengan masak memasak ni, mak saya pandai buat kuih, saya belajar juga dari master.. itulah mak kesayangan saya.. buat tepung untuk goreng pisang, ubi, buat karipap, masak mee goreng untuk dijual.. hem.. bersyukur pada Allah atas kurnia minat ini. Saya masih ingat kata-kata mak bila saya nak tumis sayur, "Asas masak ni bawang, minyak.. kalau sudah biasa, apa-apa masakan pun boleh buat.."
Rata-rata apabila saya bertanya sahabat-sahabat saya tentang memasak, bukan je lelaki tapi perempuan pun, ada yang tak pandai masak.. (boleh juga ar..masak air,telur, megi dll..). terutama yang tinggal di luar kampus. Saya beranggapan masakan itu juga sebagai suatu seni kerana ia perlu penilaian dengan deria rasa, bau, sentuh dan lihat. Chef masakan yang profesional sudah biasa dengan perkara ini, sehingga penilaian terhadap sesuatu masakan hanya perlu lihat dan bau tanpa dirasa..
Jadi, saya nak juga kongsikan resipi simple dari dapur bujang hasil daripada asas masakan yang saya telah belajar selama ini..huhu.lucu pun ada juga... (pelik yer blog ni?..:p)

No comments:
Post a Comment