| Kenalan Hanzsensei |

Blog Tok Guru Nik Aziz dilancarkan...


Alhamdulillah...
Pemimpin Islam yang aku hormati lagi sanjungi telah merasmikan pelancaran Blog Rasmi beliau... Siapa lagi kalau bukan mursyidul am PAS dan juga Menteri Besar Kelantan, Yang Berbahgia Tok Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat...

Aku sangat menyanjungi beliau bukan sahaja ideologi politik semata tetapi dari kaca mata ku melihat beliau sebagai seorang guru agama yang mendidik anak-anak bangsa kini. Pandangan beliau dalam isu politik sering mengaitkan dengan sistem Islam yang sudah pasti menjamin kemakmuran masyarakat yang berbilang agama dan bangsa di negara kita.

Blog Tok Guru ini sangat berbeza dengan blog-blog yang sedia ada kerana Blog ini disediakan dalam dua versi, iaitu rumi dan jawi. Oleh yang demikian, dapatlah pembaca yang terdiri dari imam dan guru-guru pondok membaca Blog tersebut untuk mengetahui tulisan/pendirian beliau selaku Menteri Besar dan Mursyidul Am. Blog ini boleh juga menjadi sumber rujukan kepada wartawan supaya setiap pendirian beliau dalam setiap isu tidak mudah dikeliru atau lebih-lebih lagi cuba diputar belitkan.

-Sumber Blog Tok Guru

p/s:klik pada gambar Tok Guru untuk ke link blog beliau..



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin