| Kenalan Hanzsensei |

Alunan 'Sekadar Lelaki Biasa'...


Apa yang tersirat adalah satu lagu luahan hati sang teruna yang mendambakan cinta suci dari seorang muslimah. Luahan ini berupa monolog sang teruna yang berharapkan biar cinta suci yang lahir ini melalui permohonan pada Pencinta Agung, AllahuRabbi. Sang teruna berasa dirinya serba kejahilan dan wujudnya cinta ini merobah dirinya dengan jalanan yang diredhai Ilahi.

Lirik puitis ini ciptaan Hanzsensei dan Bie FeelHoney dengan lagu irama pop balada yang bertepatan dengan mood serta penerimaan halwa pendengar. Walaupun sekadar rakaman amatur tetapi hasil yang dicipta, alhamdulillah... memuaskan dengan arrangement music oleh Elty. Dengar-dengarkan lagu ini melalui link muat turun di bawah.


SEKADAR LELAKI BIASA

wajah nan rembulan
meruntun jiwaku
tiap tutur kata

penuh keimanan


tetapi diriku

berbeda denganmu
aku hanya insan penuh kejahilan


adakah mungkin
kan ku miliki kasih
atau sekadar dalam hati


korus:
ya Allah perkenankan doaku
jadi ku halal baginya

tuk membimbingku kepadaMu

ku harapkan...

adakah harus ku kata

rahsia cinta di jiwa

siapalah aku

sekadar lelaki yang biasa


cintaku tak berarti milikinya

tapi cukup sekadar doa
bahgiaku untuknya

Singers: Hanz, Fika, Elty, Mizal, Wafiey feat Bie FH & Kimo FH
Lyric: Hanzsensei & Bie FH

Arrangement: Elty

13 UstarZ Creative Studio


Klik Muat Turun Lagu:
lagu ini sudah di 'remove' link nya kerna ramai keliru dgn
new version of this song from Feelhoney..Maaf..



p/s : Masa buat lagu ni, time cuti mid-sem lepas. Saja-saja mengisi masa lapang... Terimalah hasil ini seadanya. Kritikan membina anda memang dialu-alukan. hehehe~:p



Iklan: Album Nasyeed Underground memang best! sudah dapatkannya? Harga istimewa di bawah FeelHoney Management masih lagi ada. Dapatkannya sekarang!
Link pada sidebar blog ini...


masa:1156 pm
tempat: Kolej 13 taman Jaya. hoho~


Ramadhan Buka Hatiku Untuk-Nya

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
Surah al-Baqarah: 183

Sempena Ramadhan yang mulia ini, aku mengajak kita sama-samalah berpuasa sebenar-benarnya. Maksudnya di sini puasa bukan setakat menahan diri dari makan dan minum semata tapi mengekang segala nafsu yang negatif dari terus membelenggu diri kita. Allah mengekang segala syaitan di bulan Ramadhan ini. Maka tugas kita adalah melawan kehendak nafsu @ syaitan kecil dari terus membesar.

Istilah 'syaitan kecil' aku gunakan sejak ustaz yang menyampaikan ceramah sempena ramadhan di sekolah dulu sememang berbekas di hatiku untuk menggunakan istilah yang pada hematku sangat sesuai dalam menyamakan hawa nafsu negatif. Didikan memerangi hawa nafsu ini perlu sedikit demi sedikit serta istiqomah dalam melakukannya, bukan sahaja setakat Ramadhan tetapi terus menjadi suatu tabiat positif ke masa hadapan.

Sememangnya perkara yang sering bermain difikiran kita bila Ramadhan adalah sungkai (berbuka puasa). Maka timbul hawa mahu berbagai makanan untuk dirasa. Itu dan ini... mahu ke bazar di sana dan sini. Silakan menjamu pelbagai juadah tetapi jangan membazir.Belilah ikut sekadarnya serta bersederhana dalam segalanya.

Sikecil yang merintih ibunya- Starving...

Fikirkan situasi umat Islam yang berada di negara yang serba kekurangan. Aku tersentuh melihat bila membaca satu artikel majalah berkaitan dengan kurangnya makanan menyebabkan krisis kematian saban tahun meningkat. Gambar yang diselitkan bersama memberi gambaran yang sayu. Anak-anak kecil kurus tidak bermaya menangis kelaparan, si ibu hanya cuma memberikan air kosong yang entah bersih atau tidak. Kita? wah.. mewah dengan pelbagai makanan yang sememang mengenyangkan. Ada sahabatku sempat bercanda -

"Kita mati kekenyangan, dorang ni mati kelaparan"

_____:------( ^ )------:_____

Kak Yani dan aku menelefon Mama...Camat Poca Mum

Madrasah Ramadhan kali ini aku cukup merasakan suatu perasaan yang sangat rindu. Entah kenapa rasa ini memberikan erti buat aku yang serba kekurangan ini. Sahabatku Man juga merasa sedemikian, adakah tidak sabar untuk balik? hehe... tapi inilah yang aku inginkan rasa anugerah Ilahi untuk mensyukuri tiap nikmat diberikan. Berbuka puasa bersama jemaah masjid- aku berniat ingin menjelajah sekitar masjid Lembah Klang ini untuk berbuka puasa dan bertarawih bersama jemaah. Bersahur pun sekadarnya, cukup untuk menggalas tenaga pada paginya. Syukur aku sudah mentarbiah diri untuk puasa sunat supaya perut tidaklah 'culture shock' dengan puasa Ramadhan. hehe~

Sememangnya Ramadhan menggamit kenangan terindah saban tahun. Namun aku titipkan sedikit kenangan ketika masih kecil dahulu. Bila aku terkenangkan semula memang lucu. Untuk melatih aku, kak Yani dan adik-adikku berpuasa, Mama ku yang tersayang akan mencatatkan siapa yang puasa setiap h
ari dalam Ramadhan. Satu hari Satu Ringgit.. Wah..masa tu memang mahu bertanding siapa yang jadi orang kaya puasa. Bapaku jua dicatat puasanya, dan akulah penyaing puasa dengan bapa..hahaha.. Siapa juara puasa? ehem..faham-fahamlah siapa...huah..huah...

Kenangan dulu menggamit memori terindah~

Masuk sekolah menengah, kalau asrama puteri c 'ibu' dewan makan mengejutkan dengan alunan merdu kuali diketuknya- kami pun dengar bah.. asrama lelakinya siapa lagi kalau bukan Ust Naim. Masa tu Form 5, beliau membunyikan pembesar suara (healer) dengan bunyi yang membingitkan telinga. Yang lucunya, ada juga adik junior terbawa bantal masa makan sahur. Adedeh....

Akhir entri permulaan rahmat Ramadhan penuh makna ini, perbanyakkan amalan sunat, amal kebajikan serta kita fikirkan, renungkan serta muhasabah diri. Ambillah masa seketika selepas solat untuk meng'koreksi' diri. (korek isi hati)...

Adakah hari ini aku sudah berjuang untuk diriku atau tidak?

P/s: Kesempatan ini, aku sebagai insan hina dina ni memohon kemaafan jika diri ini pernah terlanjur kata, tersilap madah, tersalah perbuatan dan tersinggung hati nurani. Segala yang baik hakikatnya pada Allah jua layak disandarkan dan kelemahan itu daripada hamba ini, Hanzsensei. Syukran Jazilan...:)

Minggu Penuh Warna Warni!...:p

ani dia robot unduk ngadau kimo!!
ihsan Daniel Ezairy

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... sari berita penting..hoho~
entri kali ni aku bagi satu tajuk yang menggambarkan betapa 'sesasak' mana pun kita, Allah pasti beri hikmah yang tanpa kita sedari muncul dalam hidup kita..

Thank You Allah for this wonderful life U give to us...

Minggu Warni Warni aku maksudkan adalah FESKUM09 (FESTIVAL KOVOKESYEN UNVERSITI MALAYA 2009). Tahniah buat para graduasi yang berjaya menghabiskan proses pembelajaran di sini (UM). Bila aku melihat wajah-wajah senior Sabah juga yang lain, betapa seronoknya apabila seg
ulung ijazah yang diharapkan dan dikejar, akhirnya berjaya digengam dengan jaya. Pandangan ku, ia sebagai permulaan menghadapi dunia mencabar di luar sana. Bagi yang menjadi guru (cikgu-cikgi..hehe~) tugas anda bermula dengan suatu cabaran mendidik generasi muda menjadi seperti anda. Maka peranan ilmu yang ditimba selama ini, perlu diaplikasi dan diadaptasi dalam kehidupan.


Aku jua terlibat dalam FESKUM09 sebagai AJK Publisiti & Penerangan. Fuhh.. kerja balik tabir yang mencabar JEIS- Jasmani, Emosi, Intelek, Sosial
(R- tidak ku selitkan kerana Rohani itu pasti ada dalam setiap gerak kerja..hoho~) bersama Man dan Rosmadi juga ketua kami Hafizi. Buat design baju FESKUM tu hasil tanganku. Bangga juga sikit bila melihat baju yang dicipta menjadi baju FESKUM kali ni. Hantar flyers di sekitar Bangsar, Pantai Dalam, Kondo Rakyat cukup menguji kesabaran ahli-ahli publisiti but everyone in this group enjoying with this work..wah..~respect, suspect...hihi~



Tidak ketinggalan aku tetap menguruskan team FH bersama sahabatku Madie, FHtech @ Pengurus Eksekutif FeelHoney Entertainment menguruskan pelbagai show FeelHoney di sekitar UM- Hari Interaksi PMAPIUM di B
alai Islam, Hari Interaksi PMIUM, Teater Islamik di bawah Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan dan Malam Resepsi FESKUM09 esok malam. Alhamdulillah, FH semakin dikenali ramai dan konsep lagu FH semakin diterima sehingga ada yang menempah awal album kompilasi FH bersama kumpulan nasyid lain, Album Nasyid Underground keluaran Neurotic Entertainment. InsyaAllah akan keluar dalam masa yang terdekat...Sabar ya..~

Seterusnya aku salute buat team subjek KDO (Kepimpinan Dalam Organisasi) yang berjaya melengkapkan masa pembentangan yang asalnya 30minit menjadi satu jam lebih.. (hahaha~) kerana masalah kumpulan seterusnya yang tidak dapat present hari Khamis. Dan terima kasih buat kawan-kawan KDO yang s
porting dalam setiap aktiviti yang kami adakan. Maaf terlanjur kata tersilap bahasa semasa present. Respect buat Syib (sempoi dan berjaya meyakinkan diri untuk berucap), Sawal (gaya cam Ustaz bila bentang..huhu~), c Fiko (menjadikan teori kepimpinan lebih berkesan) dan Kimo ( selamba ja bentang tapi menusuk jiwa eh..hahah~)

Teh C Peng Gerai PERMIS (Sarawak) memang ho liao!

Warni warni seterusnya buat organisasi Hari Interaksi PERMASA (Persatuan Mahasiswa Sabah UM) yang berjaya dengan jaya-jayanya..(wah....) kerana penglibatan mahasiswa Sabah dalam aktiviti kali ini amat memuaskan.

Group AMBUYAT sempoi2 tpi No.3 ni....huhu
ihsan Daniel Ezairy

Two Thumbs Up buat Lino selaku Pengarah program ini. Dengarnya macam-macam berlaku sebelum hari Interksi berkaitan KKD program but anyway it's just write in the paper. Yang penting, program ini memang happening! Aku juga gembira bila tahu ada sepupu dua kaliku (maksudnya bapaku dan bapanya adalah sepupu..faham kan? :p) c Razali @ Mimin ada pula masuk UM ni, ambik Sastera, orang kampung Binsulok, Membakut. Bagi yang tidak menghadiri interaksi kali ni, hem... memang rugi tidak mengenali betapa urang-urang Sabah di UM ni bersatu dalam satu komuniti dan persatuan.

Warna warni seterusnya buat diriku yang tenang dengan situasi 'sasak' ini. Tanpa semangat, tiada apa yang mampu ku teruskan sampai ke tahap ini. Bermakna potensi diri ini digunakan semaksimumnya. Aku suka akan kata-kata motivasi buat peserta 'Biggest Loser' (hahaha~ best bah rancangan ni bila lihat hasil akhir peserta yang gemuk menjadi kurus).


" You can PUSH yourself beyond your limitation because the spirit in yourself is the main power to achieve your destiny..."



Pesanan berhikmah : Buat sahabatku Madie, teruskan usahamu ya...selagi kau mencuba, selagi itu ada harapan.. sujud memohon cintaNya kau pasti temui takdir Cintamu.(madie ja faham ni... kalau mau tau tanya orangnya...huah3)


P/s: Buat akhirnya, kita niatkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham Ust Asri Rabbani telah pergi bertemu Ilahi. Aku begitu terasa bila mendengar semula lagu-lagu Rabbani dengan suara beliau yang merdu dan penyampaian mesej dakwah melalui seni yang berkesan. Dalam jalanan seni ini, kami dari FHentertainment merakamkan takziah buat keluarga Ust Asri serta rakan-rakan seperjuangan beliau yang menjadi pendokong setia dalam gerak kerja dakwah melalui hiburan berhikmah ini.



Puisi Saat Mata...


Saat mata terpejam
gelap merudum tiada apa

hanya sepi tanpa siapa


Saat mata celik

terang tiap ruang

mencari siapa dan apa


Saat mata bermadah

akal merungkai hati menerima

jatuh ke jiwa wujud sangka

Saat mata kabur

tiada siapa tapi ada

akal merasa lelah

denyut jiwa meronta

Saat mata jiwa
merasa yang ada
merasa yang tiada
cuma hati terbuka

rasa bahagia tiap masa


minda berbicara: hanzsensei~

Merentas hutan bersama Geng2 Wonderpet...


org2 kuat kolej 13 yg gagah perkasa..hahaha~

Pada 8hb Ogos 2009, batch aku SMPI0708 program Sarjana Muda Pendidikan Islam buat satu program Jungle Tracking yang julung-julung kali dibuat sahabatku Yang DiPertua (dia inda suka gelaran ni..nampak cam tua kunun..hahaha~) Wafiey dan berjaya menarik seramai 23 orang muslimat & 12 orang muslimin (budak2 klj 13 ja pun 10 orang- masuk Fahm n Najah jadilah 12...)

Perjalanan program bermula dengan berkumpul di Taman Jaya dekat rumah kami 13 uStarZ. Bermula dengan streching & warm up sikit di lead oleh Fiko. Respek n suspek kepada semua yang terlibat because sporting ja semasa perjalanan. dengan laungan 'Aiyoohh!!'...

Jungle Tracking ni diadakan di Bukit Gasing....Aku malas mau panjang lebar jadi i'm adding some of pictures..pictures tell us the story behind this activity.... (some of the pictures and the story behind this activity, u can check in SMPI0708 blogsite..)
Check it out!!


c Kmo yg suka bertukar mata...


tarian ballet di lead oleh c Fiko...


kumpulan nasyid berbaju sukan...huhu~


Geng2 yg best masa on the trail...

p/s: blog uda lama indaku update coz kekangan masa yg selalu cemburu padaku dlm mencari masa..apapun May Allah Bless Our Life with iman and lead us to the right way...Amin...

SIck+Pr3ssuRes+BuSy =CoBaaN....

dah lama nda menjenguk blog ni, bukan meng'anak tiri'kan tapi ada sesuatu yang menghalang... B n Z. BZ atau nama saintifik kesibukan tahap gaban sampai aku demam hampir2 LIMA Hari!!
Namun kesibukan ini bukan sahaja melanda diriku, tapi kawan ku juga seperti penama berikut:

Madie:pgrh PROMO PERMIS,bentang dua assemen
Man: sama juga seperti di atas, add FESKUM agi.

Amir: sama seperti c Man

aku?.....
demam 3 hari ni, terpaksa mengalah juga dengan sakit... Mum n Dad ku cakap rehat bah, terlampau penat kau tu..
aku pun pergi ke Klinik UM, punya ramai urang ari senin tu sampai kena tutup sudah pendaftaran...

cancel p klinik, dalam hati mau juga tengok gerai urang Sabah tapi satu badan rasa panas lebih 37 darjah Celsius..

SO,aku buat keputusan tuk rehat saja di rumah...

Hari kedua... ke klinik awal cikit dan dapat juga jumpa doktor yang hampeh.. boleh ja dia check aku guna stateskop (ntah betul ka eja tu...)dengan aku sekali tarik nafas ja!ndak apa la... dapat ubat pun kurang juga rasa sakit ni...


eSoknya.. Hari Rabu, aku pulangkan laptop kwn c Lino dan mau menabur bakti sikit sempena booth promo PERMASA (Persatuan Mahasiswa Sabah)..Tghari minta c elty hantar aku balik umah coz bepinar sudah kepala aku di panas tghari tu..

hAri khamis... aku p kuliah dan kuatkan semangat 2020 aku untuk p study..alhamdulillah..aku dapat menempuh hari itu dengan jaya walau kepalaku masih tertinggal bintang-bintang pas makan antibiotik pada paginya dengan paracetamol..hehehe~


Malamnya...aku kena wat keputusan untuk sesuatu yang tak pernah aku buat dan minta..Melepaskan Tanggungjawab dalam Organisasi... ada la nanti coz aku pun kena fikir diriku juga bila dah tahun ketiga ni..tapi PERMASA aku x kan tinggalkan coz aku mau menolong budak2 Sabah di UM ni...

cakap pasal demam.... ada sahabat ku sorang ni kesian..demam masih dia sampai sekarang..ni bawah..taw la kamo sapa dia...
Moga cepat sembuh ging!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin