| Kenalan Hanzsensei |

Ramadhan Buka Hatiku Untuk-Nya

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
Surah al-Baqarah: 183

Sempena Ramadhan yang mulia ini, aku mengajak kita sama-samalah berpuasa sebenar-benarnya. Maksudnya di sini puasa bukan setakat menahan diri dari makan dan minum semata tapi mengekang segala nafsu yang negatif dari terus membelenggu diri kita. Allah mengekang segala syaitan di bulan Ramadhan ini. Maka tugas kita adalah melawan kehendak nafsu @ syaitan kecil dari terus membesar.

Istilah 'syaitan kecil' aku gunakan sejak ustaz yang menyampaikan ceramah sempena ramadhan di sekolah dulu sememang berbekas di hatiku untuk menggunakan istilah yang pada hematku sangat sesuai dalam menyamakan hawa nafsu negatif. Didikan memerangi hawa nafsu ini perlu sedikit demi sedikit serta istiqomah dalam melakukannya, bukan sahaja setakat Ramadhan tetapi terus menjadi suatu tabiat positif ke masa hadapan.

Sememangnya perkara yang sering bermain difikiran kita bila Ramadhan adalah sungkai (berbuka puasa). Maka timbul hawa mahu berbagai makanan untuk dirasa. Itu dan ini... mahu ke bazar di sana dan sini. Silakan menjamu pelbagai juadah tetapi jangan membazir.Belilah ikut sekadarnya serta bersederhana dalam segalanya.

Sikecil yang merintih ibunya- Starving...

Fikirkan situasi umat Islam yang berada di negara yang serba kekurangan. Aku tersentuh melihat bila membaca satu artikel majalah berkaitan dengan kurangnya makanan menyebabkan krisis kematian saban tahun meningkat. Gambar yang diselitkan bersama memberi gambaran yang sayu. Anak-anak kecil kurus tidak bermaya menangis kelaparan, si ibu hanya cuma memberikan air kosong yang entah bersih atau tidak. Kita? wah.. mewah dengan pelbagai makanan yang sememang mengenyangkan. Ada sahabatku sempat bercanda -

"Kita mati kekenyangan, dorang ni mati kelaparan"

_____:------( ^ )------:_____

Kak Yani dan aku menelefon Mama...Camat Poca Mum

Madrasah Ramadhan kali ini aku cukup merasakan suatu perasaan yang sangat rindu. Entah kenapa rasa ini memberikan erti buat aku yang serba kekurangan ini. Sahabatku Man juga merasa sedemikian, adakah tidak sabar untuk balik? hehe... tapi inilah yang aku inginkan rasa anugerah Ilahi untuk mensyukuri tiap nikmat diberikan. Berbuka puasa bersama jemaah masjid- aku berniat ingin menjelajah sekitar masjid Lembah Klang ini untuk berbuka puasa dan bertarawih bersama jemaah. Bersahur pun sekadarnya, cukup untuk menggalas tenaga pada paginya. Syukur aku sudah mentarbiah diri untuk puasa sunat supaya perut tidaklah 'culture shock' dengan puasa Ramadhan. hehe~

Sememangnya Ramadhan menggamit kenangan terindah saban tahun. Namun aku titipkan sedikit kenangan ketika masih kecil dahulu. Bila aku terkenangkan semula memang lucu. Untuk melatih aku, kak Yani dan adik-adikku berpuasa, Mama ku yang tersayang akan mencatatkan siapa yang puasa setiap h
ari dalam Ramadhan. Satu hari Satu Ringgit.. Wah..masa tu memang mahu bertanding siapa yang jadi orang kaya puasa. Bapaku jua dicatat puasanya, dan akulah penyaing puasa dengan bapa..hahaha.. Siapa juara puasa? ehem..faham-fahamlah siapa...huah..huah...

Kenangan dulu menggamit memori terindah~

Masuk sekolah menengah, kalau asrama puteri c 'ibu' dewan makan mengejutkan dengan alunan merdu kuali diketuknya- kami pun dengar bah.. asrama lelakinya siapa lagi kalau bukan Ust Naim. Masa tu Form 5, beliau membunyikan pembesar suara (healer) dengan bunyi yang membingitkan telinga. Yang lucunya, ada juga adik junior terbawa bantal masa makan sahur. Adedeh....

Akhir entri permulaan rahmat Ramadhan penuh makna ini, perbanyakkan amalan sunat, amal kebajikan serta kita fikirkan, renungkan serta muhasabah diri. Ambillah masa seketika selepas solat untuk meng'koreksi' diri. (korek isi hati)...

Adakah hari ini aku sudah berjuang untuk diriku atau tidak?

P/s: Kesempatan ini, aku sebagai insan hina dina ni memohon kemaafan jika diri ini pernah terlanjur kata, tersilap madah, tersalah perbuatan dan tersinggung hati nurani. Segala yang baik hakikatnya pada Allah jua layak disandarkan dan kelemahan itu daripada hamba ini, Hanzsensei. Syukran Jazilan...:)

6 comments:

uchiha ct-k said...

farhan...
ko ke yg pkai bju merah blah kanan tu?
giler kurus!
hehehehe.....

HanzSens3i said...

yups.. that's me ct-k..
msa aku form 4 tu...
hihi~

Amirah Tumin said...

menggamit kenangan tul...=)
salam ramadhan.

SuFy said...

haha..rindu plak ust naim..hik2...anyway, salam ramadhan ok...slmt menunaikn ibadah puasa..

♥chentaMAYA™ said...

selamat menunaikan ibadah!

HanzSens3i said...

slm kamoo.. slmt beribadah di bln mulia ini...

amirah: mmg kanangan banar..hihi..

sufy: rindu ma ust naim r..dtg p skul blik..jmpa dia..hahaha~ wt reunion ok jga..

chentaMaya: Slmt berpuasa.. jgn x posa r...kamoo jgn putus asa ngn hidup indah ni...:p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin