| Kenalan Hanzsensei |

Photoscape- Perisian Mudah Ubah Suai Foto


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Entri kali ini berkisar perisian terbaik yang aku gunakan untuk ubahsuai foto yang aku rasa banyak membantu aku mempelbagaikan lagi penampilan foto dan rekabentuk grafik selain Adobe Photoshop dan Corel Draw.

Photoscape- adalah satu perisian ubahsuai foto percuma dari MooiTech merupakan perisian yang amat sesuai kepada mereka yang gemarkan gaya foto yang menarik dan tampak profesional.(hehehe~) Rata-rata blogger bersetuju dengan perisian ini yang aplikasinya mudah dan tidak seperti Adobe atau Corel yang memerlukan teknik dan kaedah peng'edit'an yang teliti. betul kan?

Pelbagai gaya foto yang boleh dihasilkan mengikut kehendak anda. Tidak susah bagi anda untuk menghasilkan 'effect' dan 'filter' yang sesuai kerana perisian ini sudah mempunyai pengaturcaraan yang telah ditetapkan. Malahan hasilnya tidak mengecewakan. anda boleh klik pada screenshot di sini.

Screenshots dilaman itu memudahkan lagi gambaran anda bagaimana perisian ini bukan sahaja setakat pengubahsuaian foto malah lebih dari itu. (tengoklah sendiri ba..huhu)

Anda tidak perlu kamera SLR, kamera digital biasa memadai dengan sedikit 'touch up' dengan perisian ini yang pasti akan nampak seakan menggunakan kamera yang mantop!(kalau ada kamera SLR, lagi pro~hahaha..)

Untuk muatturun klik ini: Photoscape- Free Photo Editing Software
(kalau ada duit, donate r..macam aku tolong promosi saja..kui3..)

p/s: entri tidak panjang..sikit-sikit sudah~just wanna share something that i've been use since i knew this software is easier than other photo editing softwares..
Selamat mencoba...:p

Doa Rindu buat Mereka~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sesekali menjenguk blogku yang seusai teguh meniti waktu.
Andai ia berbicara, pasti kata rindu menyapa,
" Bilakah masa aku ingin bersama pemilikku?".
Aku menjawab," Sudah Pasti sekarang ada masa untukmu. Namun hanya sebentar cuma ku memberi rasa buatmu..Bersabarlah...".

Entah sejak akhir ini, madahku seakan berbunga. Bukan kerana hati mekar kerana bunga menerpa, tapi terkadang aku merasa perlu memberikan keindahan tiap bahasa, andai disulam bait puspawarna bersama alunan bicara berhikmah. MasyaAllah.. Namunku harap pembaca bisa mengerti bahasa yang hanya ku simpulkan sedikit tersirat bersama makna yang mudah dimengertikan.

Alhamdulillah..Segala Puji Bagi Allah..Tuhan Semesta Alam, Pemilik Hati dan Nyawa.. Panjatku rasa syukur ini kerana memberi kekuatan selama hidup ini hingga kini.. Syukur nikmat ini kita panjangkan dalam setiap hela nafas kita. Terkadang ucapan syukur kurang menjadi bahasa indah menterjemah rasa nikmat. Bersama kita sematkan kalimah Thoiyibah sebagai tanda syukur pengucapan kita.Alhamdulillah..(buat diriku jua...)



Hari Sabtu lalu..
Suatu kenangan yang manis buatku dan juga teman-teman Sabah dan Sarawak. Kami berkesempatan melaksanakan operasi khidmat masyarakat bersama anak-anak yatim dan tahfiz di Madrasah Hasyimiah, Selayang. Tampak perjalanan tidak sejauh mana, namun terdetik dihati apakah bahasa pengantar yang sesuai buat media pengantara dengan mereka. Anak-anak ini adalah dari keluarga Myanmar lantaran itu, bahasa yang terfikir adalah bahasa Inggeris. (bahasa Myanmar? sorang pun x pandai..hehehe)






Tugasku di sana sebagai jurugambar bersama kamera SLR (kepunyaan Saiful..tQ bagi aku guna..). Memang kehadiran pelawat dialu-alukan ke madrasah ini untuk bersama meluangkan masa dengan anak-anak yatim yang sudah tidak punya ayah dan ibu. Aku sempat berkenalan dengan dua orang adik,Harun dan Mohamad. Umur sekitar 12-15 tahun dan mereka antara yang 'senior' di sana. Hem..fikiran kami agak meleset bila asyik terfikir soal bahasa. Kebanyakan anak-anak di situ ada yang fasih berbahasa Melayu. Dan tidak kurang berbahasa Inggeris.




Bila tugasku mengambil gambar, aku sempat men'dekat'kan lensa kamera untuk menatap wajah adik-adik ini. Jelas wajah keriangan memberi erti yang sangat bermakna buat mereka titipkan kenangan suka bersama kami. Tambahan ketika mereka menyanyikan nasyid selawat, terasa runtun jiwaku bila alunan merdu adik Anuar dengan irama urdu yang mendayu menikam segenap hati-hati kami. Benak hatiku mendoakan moga Allah memelihara mereka sepanjang jalan hidup ini.





Kami bagaikan adik-beradik pada masa itu. Makan bersama, ada yang masih kecil disuapkan, ada yang sendirian dihiburkan. Kasih sayang dicurahkan walau sekejap umpama hujan rintik membasahi bumi. Setitik anugerah hujan memberikan kenikmatan buat hidupan sekalian. Sedikit aktiviti diadakan bersama sudah cukup memberikan keceriaan pada mereka.



Sewaktu melangkah pergi menuruni tangga, aku bersama teman-teman terdiam sejenak. Bagaimana mereka selepas ini? Yang pasti, kami merindui saat dan detik itu hingga kini. Lelah jerih tiada rasa bila mengenang anak-anak ini. Bila ku tatap gambar-gambar ini, bagai ingin terbang bertanya khabar, menghulur kemesraan semula.



Moga Allah kirimkan doa rindu ini, dengan berharap mereka sejahtera dan sentiasa tabah menghadapi kehidupan dengan keimanan dan kekuatan dari Yang Maha Pengasih dan Penyayang.


p/s: di kesempatan ini, Tahniah diucapkan buat penasyid2 GREK1029 atas kejayaan tempat kedua kategori persembahan dalam Festival Ko-K Pendidikan. Jadikan nasyid sebagai seni dakwah Islam yang berkesan..Allahumma Anta! Hu....

-para penasyid teramai dimuka bumi-40 lebih...fuh..:p






Beraya Rumah Kak Yana + Jalan2 CONVEST = Destinasi Gombak


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga Keberkatan Hidup mengiringi tiap hari anda...
Moga senyuman dan lafaz syukur menitip di bibir sebelum mula bermadah.


Huhu~ sesawang semakin bersawang! Kerana batasan waktu lagi sebagai alasan basi berulat virus..hehe.. tidak mampuku untuk mencari masa sesuai. Ringkasnya dengan formula matematik, mudah menterjemah kenapa tidak meng'update'.

study+ assemen+show+exam+lain2 berkaitan (hooo~) = busy
( simple kan... not pimple ya..!)

Yang atas tu sebagai pembuka bicara. Sesibuk mana pun tidak seperti PM, masih sebagai student yang perlu mengurus masa dengan baik. Hakikat masa itu ibarat mata pedang memang satu pepatah yang amat sesuai buat student macam aku ni. Apa pun, aku nukilkan jua perjalanan sehari ini seperti tajuk di atas nun...
(maaf siapa yang tak dapat ikut ya..sapa2 yang berkenaan r..:)


sahabat2 ging konvoi yang suka senyum

Perjalanan ke rumah Kak Yana (lawyer ni..merangkap peminat FH..hoho~) bermula jam 11 dari rumah 13 uStaRz. Konvoi dengan 7 motor bermacam jenis dengan 13 orang jejaka Borneo= Sabah +Sarawak (Syib termasuk borneo uda walau dia kelate..hahaha). Bermula perjalanan diiringi bacaan doa by Akh Syaifullah.

Perjalanan ke rumah Kak Yana mengambil masa setengah jam juga. Aku bersama Man, tetiba ditahan masa dilaluan motor oleh polis trafik, tapi sahabat2 lain boleh terus lepas....Pelik juga walau benar... Mungkin muka c Man ni macam suspicious someone on their list but he was an innocent person bah.. (Sori Man..huhu.. ) sepanjang perjalanan, kami tergelak dengan situasi tu.. ish..ish..ish...


bersama Kak Yana, empunya tempat beraya..tQ kak!

Sesampai di rumah kak Yana, apalagi.. mula langkah kanan mesti dengan salam, diselangi bicara perkhabaran bersama utusan raya, langkah berterusan menghadap hidangan, makan sahaja apa tersedia.. Sudah agak sate jadi tumpuan, tapi tidak ketinggalan, bubur kambing yang tidak pernahku rasa. Sekali rasa..Fuhhh...sadap bah kata urang Sabah.

Selepas menjamah juadah maka kami berbalas kata, bermadah bicara bersama Kak Yana, lantas gambar diketik sebagai memori kenangan. Akhir bersama, salam dihulur (ayah Kak Yana ya..)maaf dipinta, untuk pergi ke destinasi seterusnya.
UIA, here we come!


pic d luar masjid UIA..saja ja letak Nur Qaseh tu..

Konvokesyen UIA masih berlangsung masa ini sehingga 17 Oktober kalau tidak silap ya.. masuk UIA pergi ke masjid. Hadap Ilahi lebih awla sebelum ke bazar konvo. Seronok melihat para graduasi bersama keluarga, tanda kejayaan dalam perjuangan ilmu selesai pada satu level lagi..(ilmu takkan habis, continuous selagi kita belajar..).
Baju konvo UIA lebih smart dari UM, baju konvo UM agak klasik sikit..hahaha~sekadar gurauan ya..


dun do this at home..hoho~ mo jadi otromen

Jalan2 keliling bazar pastu balik ke rumah..Fuh..letih..namun inilah perjalanan sehari bersama sahabat-sahabat. Susah cari masa untuk berjalan bersama ni..huh~
Akhirulkalam, ucapan terima kasih infiniti~ syukran jazilan, arigato gozaimas buat Kak Yana atas jemputan raya ke rumah akak.

p/s:

pic atas tu tiada kaitan ya..
just candid snap behind fiko...
jadi aku design sikit-sikit n create jadi story yang never ada ni..
hahaha~main2 ja fiko ya..

slamat ari raya..(^_^)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin