Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Entri kali ini berkisar perisian terbaik yang aku gunakan untuk ubahsuai foto yang aku rasa banyak membantu aku mempelbagaikan lagi penampilan foto dan rekabentuk grafik selain Adobe Photoshop dan Corel Draw.Photoscape- adalah satu perisian ubahsuai foto percuma dari MooiTech merupakan perisian yang amat sesuai kepada mereka yang gemarkan gaya foto yang menarik dan tampak profesional.(hehehe~) Rata-rata blogger bersetuju dengan perisian ini yang aplikasinya mudah dan tidak seperti Adobe atau Corel yang memerlukan teknik dan kaedah peng'edit'an yang teliti. betul kan?
Pelbagai gaya foto yang boleh dihasilkan mengikut kehendak anda. Tidak susah bagi anda untuk menghasilkan 'effect' dan 'filter' yang sesuai kerana perisian ini sudah mempunyai pengaturcaraan yang telah ditetapkan. Malahan hasilnya tidak mengecewakan. anda boleh klik pada screenshot di sini.
Screenshots dilaman itu memudahkan lagi gambaran anda bagaimana perisian ini bukan sahaja setakat pengubahsuaian foto malah lebih dari itu. (tengoklah sendiri ba..huhu)
Anda tidak perlu kamera SLR, kamera digital biasa memadai dengan sedikit 'touch up' dengan perisian ini yang pasti akan nampak seakan menggunakan kamera yang mantop!(kalau ada kamera SLR, lagi pro~hahaha..)
Untuk muatturun klik ini: Photoscape- Free Photo Editing Software
(kalau ada duit, donate r..macam aku tolong promosi saja..kui3..)
(kalau ada duit, donate r..macam aku tolong promosi saja..kui3..)
p/s: entri tidak panjang..sikit-sikit sudah~just wanna share something that i've been use since i knew this software is easier than other photo editing softwares..
Selamat mencoba...:p
1 comment:
ok
shrusnya dicuba
tanx 4 da info:-)
keep on sharing ok
sharing is caring bah kan org bilang
hehe
Post a Comment