Sedar nda sedar.. sudah tiba musim haji.. lebih-lebih lagi Hari Raya Aidiladha yang aku nantikan. Apa tidaknya Raya Aidilfitri tidak balik ke kampung halaman, maka raya ni aku sangat bersyukur kerana dapat bersama keluarga. Lama juga nda ber'blog' ni. baru dapat connection di rumah jadi ambil kesempatan mengucapkan Salam Aidiladha 1429 Hijrah.
Sebut ja raya ni, ingat la kita Korban.. ingat Haji... aku rasa raya ni patut lagi meriah dari raya Aidilfitri. tengok di tv, orang berkemampuan pergi haji, tergerak aku nak pergi juga, terasa tenang dan suatu perasaan kerinduan untuk berpijak di tanah suci Islam itu dan menyempurnakan rukun kelima Islam. Amin...
Dalam kemeriahan ini, kita jangan lupa kepada orang yang menghadapi kesusahan dan musibah... musim banjir di sana sini tentu hikmah Allah yang perlu difikirkan dan direnung bersama.
No comments:
Post a Comment