"Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya?"
Surah Al-Qasas- Ayat 60
Cerita tentang sikap seorang Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Cerita ni kisah benar dari adik saya sendiri yang bekerja di lapangan terbang, sewaktu dia memeriksa kad pengenalan dan passport beliau. Adik saya sendiri ceritakan dengan nada yang agak marah.
Saya terfikir kenapa perlu dia yang dipilih oleh kerajaan yang didasari oleh pilihan rakyat bersikap kasar semasa berada dikhalayak ramai. Jika dilihat di kaca televisyen, orangnya agak baik dalam mengendalikan sidang parlimen, tapi hakikat berada di tempat awam, begini jadinya! Baru sahaja adik saya meminta kad pengenalan, beliau dengan tergesa-gesa dan menyindir dengan suara tinggi dengan ketidakcekapan adik saya walhal baru DIMINTA menunjukkan kad pengenalan.
Setiap penumpang yang turun dari kapal terbang kena menunjukkan kad pengenalan kan? Ini prosedur yang penting. Kalau tergesa-gesa dan ada hal pun, kenapa beliau tidak berada di laluan VIP. Agaknya inilah sikap meninggi diri yang baru diketahui.. Ataupun beliau pening dengan tugasan beliau sehingga diluar kawalan menjadikan orang sekeliling menjadi mangsa! Jangan ingat darjat tinggi di kerajaan, sudah mula mendabik dada. Ingatlah asal pangkat dan darjat anda itu adalah dari pilihan rakyat untuk RAKYAT..dan tidak kekal melainkan Allah jua yang tetap Maha Adil atas Segalanya.

No comments:
Post a Comment