| Kenalan Hanzsensei |

Tahun Untuk Bangkit !

Tahun Islam silih berganti. Begitu juga tahun Masihi.. umpama baru semalam berpijak di tahun sama. Banyak peristiwa dan kenangan yang perlu dijadikan sempadan dan pengajaran buat menempuhi tahun baru ini. Saya 'tertulis' tajuk tersebut, bila terfikir akan kedhaifan diri yang serba kurang. Juga rasa syukur pada Allah yang membuka mata jalan yang luas untuk menyempurnakan hidup dengan sinarNya. Maka dengan itu, perlu wujud suatu kebangkitan dalam diri untuk azam dan semangat untuk hari mendatang yang lebih mencabar.



ANGGOTA penyelamat Palestin berusaha membantu beberapa mangsa serangan udara Israel yang dihempap konkrit selepas bangunan keselamatan Hamas dibedil jet Zionis di Gaza, lewat kelmarin.
Sumber Berita Harian.





Lembaran baru juga ada isu kebangkitan yang perlu disatukan iaitu kesatuan Islam dalam mewujudkan kestabilan dunia Islam dan kestabilan keseluruhan amnya. Isu Palestin memang tidak asing buat kita dan perlu ditambah tentang isu global memerangi keganasan. Semestinya polis yang membantu penjenayah tidak layak dipanggil sebagai kuasa dunia atas dasar keselamatan global. Inilah sikap yang ditonjolkan Amerika apabila Israel mula menyerang semenanjung Gaza dengan dalil bodohnya menyekat serangan Hamas. Walhal rakyat yang tidak berdosa jadi mangsa keganasan 'penjenayah Israel' dan dilindungi oleh 'polis Amerika'.

Tabik buat rakyat Venezuela, Lubnan, Iran, Indonesia, Malaysia, Turki dan negara-negara yang mengutuk kekejaman Israel.Seharusnya tekanan perlu diberikan buat Amerika dan Israel dalam keadaan kegawatan ekonomi yang bakal melanda tahun 2009 ini. Adakah Presiden Barrack Obama akan meneruskan agenda Bush al-Syib-syib (Maksudnya Bush Selipar.. Padan Muka..!)? Wa'allhua'lam..

Agenda ilmu jua perlu diteruskan walau ada yang sedih dengan keputusan dan sebaliknya. Inilah yang dinamakan 'Cobaan'.. ujian dunia yang perlu ditingkat usaha. Apapun yang berlaku, telah berlaku, dan seterusnya berlaku.. hanya Allah jua tempat mengadu dan tawakal. Maka hijrah di tahun baru ini, kita dengar lagu Devootees - Hijrah Menuju Allah..

Link to Download- .:: Devootees-Hijrah Menuju Allah.mp3 ::.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin